Gua perasan ramai ibu bapa yang mahu anak anak mereka boleh membaca seawal mungkin. Ada yang mahu seawal usia tiga tahun anak anak mereka mesti sudah pandai membaca.
Gua tidak bercita cita sedemikian. Meskipun anak anak abang gua ada yang boleh membaca seawal umur lima tahun, tapi gua tidak mahu memaksa. Gua tidak mahu masa keanak anakan anak anak gua dibebankan dengan belajar. Biarlah mereka bermain sepuas puasnya. Gua cuma cuba terapkan sedikit demi sedikit adab adab sopan dan menghormati orang.
Gua tidak mahu anak gua, kalau pandai membaca seawal umur tiga tahun nanti kebosanan. Kawan kawan masih bermain main tapi dia telah dibebani dengan tugasan membaca. Jumpa orang itu ibu akan suruh dia membaca (menunjuk nunjuk), jumpa orang ini abah akan suruh dia membaca! Naluri anak anak adalah bermain dan mendapatkan perhatian. Mereka tidak ingin bebanan membanggakan ibu bapa di usia seawal itu.
Biarlah dia membesar normal macam anak anak orang lain.
Gua tak mahu nanti masuk darjah satu dia akan kebosanan cikgu mengajar dia mengenal huruf kembali. Walau pun sekarang pun anak sulung gua sudah ke tadika, tapi gua tidak membebankan dia dengan ekspektasi yang dia akan pandai membaca dalam masa terdekat. Gua cuma mahu dia berkawan dengan seramai mungkin rakan sebaya. Tahun depan gua rasa akan masukkan dia ke tadika lain pula. Usia dia perlu mengenal huruf adalah umur lima atau enam tahun, bukan usia tiga tahun.
Pada gua, umur boleh membaca pada umur sekitar tujuh tahun adalah sedang elok. Gua cuba untuk tidak jadi ibu bapa yang suka menunjuk nunjuk anak mereka pandai itu ini. Anak mereka lebih daripada anak orang lain. Lu cuba ingat balik apa jadi pada keluarga ibu melayu dan bapa pakistan yang cuba menonjolkan anak mereka seorang genius suatu ketika dulu. Apa jadi kepada anak mereka? Bukankah dia tertekan dengan bebanan yang dikenakan dan memilih jalan hitam?
Dan gua tidak rasa kecemerlangan boleh membaca pada usia tiga tahun akan memastikan dia akan terus cemerlang di sekolah, cemerlang di universiti, cemerlang di alam pekerjaan, cemerlang di alam rumah tangga, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat!
Semuanya bergantung kepada asuhan, usaha, konsistensi dan tawakkal.
Jumaat, 28 Januari 2011
Fiqh Teh O
Gua sambung pelajaran kita.
Dulu, semasa gua belajar di sebuah sekolah sekular, ustaz gua ada ajar:
Nak bancuh teh o, masuk gula dulu, masuk teh, kemudian baru tuang air panas. Kalau kalau ada semut dalam gula tu teh o tu kira halal lagi sebab air yg masuk ke tempat bernajis yg sedikit.
Tapi kalau bancuh teh o masuk air dulu baru masuk gula, kalau kalau dalam gula tu ada semut, teh o tu dikira najis! Haram beb minum najis!
Semut mati (najis) masuk ke bukan najis akan jadi najis.
Percaya atau tak percaya. Sesat atau tak sesat. Lu pikir lah sendiri!

Jumaat, 7 Januari 2011
Fiqh Budu & Teh O
Dulu-dulu, gua belajar di sekolah sekular.
Hari-hari pakai kemeja putih lengan pendek, seluar slack hijau lumut, kasut kulit hitam bertali & berstokin putih. Seluar dalam jarang-jarang pakai, stokin style pakai buang lepas dua minggu.
Cilake, bila dah jadi orang ni baru gua tahu, sangatlah no-no jika pakai kasut kulit hitam dilengkapkan dengan stokin putih! Dan sangatlah no-no kalau berkemeja lengan pendek dan bertali leher. Entah malaun mana yang tetapkan uniform sekolah macam haram tu. Tak rujuk penasihat fesyen dan protokol pakaian korporat betul la..
Cis!
Tapi di sekolah sekular pun gua ada jugak belajar agama sikit-sikit...
Ustaz gua dulu ada cakap, makan budu ni hukumnya boleh jadi makruh dan boleh jadi haram! Budu boleh jadi makruh kerana ia makanan yang berbau agak tidak harum walaupun rasanya memang sedap sengoti. Macam makan bawang putih jugaklah hukum dia.
Budu boleh jadi haram jika budu itu ditinggalkan di ruangan terbuka dengan agak lama. Sebab ada tindak balas kimia ntah apa ke jadah bila budu bertemu oksigen, mungkin ada kaitan dengan proses-proses penapaian dan lain-lain, gua tak ingat. Ia berbahaya kepada kesihatan. Sesuatu yang berbahaya untuk kesihatan 'kan hukumnya haram, contohnya rokok, arak, dadah, babi, dan lain-lain.
Oleh itu, ustaz gua pesan, untuk menjaga budu daripada status makruh menjadi haram, sentiasa tutup botol budu! Setiap kali makan budu pastikan budu yang dikeluarkan dari botol hanya cukup-cukup untuk dihabiskan. Jangan makan budu yang terdedah.
Walau bagaimanapun, budu yang dicampur dengan tempoyak (atau durian), diperah limau nipis, diperenyek lada cengek sangatlah sedap dimakan dengan ulam-ulaman seperti pegaga, kacang botol, timun batang, ulam raja, petai, geduak, jering dan lain-lain!
So, jangan terkejut dan kata gua ni Kelate murtad kalau gua cakap gua tak makan budu. Bukan semua budu gua tak makan. Kalau gua nak makan budu gua akan pastikan budu tu budu yang makruh, bukan budu yang haram!
Sekian pelajaran fiqh budu untuk kali ini. Fiqh bancuh teh o gua cerita lain kali.
Kahkahkah! Ada can jadi ustaz celup gua nih!

gambar-gambar digoogle tanpa kebenaran.
So, jangan terkejut dan kata gua ni Kelate murtad kalau gua cakap gua tak makan budu. Bukan semua budu gua tak makan. Kalau gua nak makan budu gua akan pastikan budu tu budu yang makruh, bukan budu yang haram!
Sekian pelajaran fiqh budu untuk kali ini. Fiqh bancuh teh o gua cerita lain kali.
Kahkahkah! Ada can jadi ustaz celup gua nih!
Khamis, 6 Januari 2011
Sorry Gua Terlupa
Sorry semua sebab gua terlupa nak ucapkan selamat tahun baru.
"Selamat Tahun Baru 2011!"
Tapi lu jangan pulak lupa Ahad ni umur gua dah bertambah lagi satu tahun.
Cilakak!
Umur gua dah tiga puluhan rupanya. Baru semalam gua rasa gua baru mimpi basah, baru akil baligh, jerawat penuh kat pipi.

Langgan:
Catatan (Atom)