Gua perasan ramai ibu bapa yang mahu anak anak mereka boleh membaca seawal mungkin. Ada yang mahu seawal usia tiga tahun anak anak mereka mesti sudah pandai membaca.
Gua tidak bercita cita sedemikian. Meskipun anak anak abang gua ada yang boleh membaca seawal umur lima tahun, tapi gua tidak mahu memaksa. Gua tidak mahu masa keanak anakan anak anak gua dibebankan dengan belajar. Biarlah mereka bermain sepuas puasnya. Gua cuma cuba terapkan sedikit demi sedikit adab adab sopan dan menghormati orang.
Gua tidak mahu anak gua, kalau pandai membaca seawal umur tiga tahun nanti kebosanan. Kawan kawan masih bermain main tapi dia telah dibebani dengan tugasan membaca. Jumpa orang itu ibu akan suruh dia membaca (menunjuk nunjuk), jumpa orang ini abah akan suruh dia membaca! Naluri anak anak adalah bermain dan mendapatkan perhatian. Mereka tidak ingin bebanan membanggakan ibu bapa di usia seawal itu.
Biarlah dia membesar normal macam anak anak orang lain.
Gua tak mahu nanti masuk darjah satu dia akan kebosanan cikgu mengajar dia mengenal huruf kembali. Walau pun sekarang pun anak sulung gua sudah ke tadika, tapi gua tidak membebankan dia dengan ekspektasi yang dia akan pandai membaca dalam masa terdekat. Gua cuma mahu dia berkawan dengan seramai mungkin rakan sebaya. Tahun depan gua rasa akan masukkan dia ke tadika lain pula. Usia dia perlu mengenal huruf adalah umur lima atau enam tahun, bukan usia tiga tahun.
Pada gua, umur boleh membaca pada umur sekitar tujuh tahun adalah sedang elok. Gua cuba untuk tidak jadi ibu bapa yang suka menunjuk nunjuk anak mereka pandai itu ini. Anak mereka lebih daripada anak orang lain. Lu cuba ingat balik apa jadi pada keluarga ibu melayu dan bapa pakistan yang cuba menonjolkan anak mereka seorang genius suatu ketika dulu. Apa jadi kepada anak mereka? Bukankah dia tertekan dengan bebanan yang dikenakan dan memilih jalan hitam?
Dan gua tidak rasa kecemerlangan boleh membaca pada usia tiga tahun akan memastikan dia akan terus cemerlang di sekolah, cemerlang di universiti, cemerlang di alam pekerjaan, cemerlang di alam rumah tangga, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat!
Semuanya bergantung kepada asuhan, usaha, konsistensi dan tawakkal.
membesar bagai juara!
BalasPadamsetuju.
BalasPadamaku start membaca pun 7 tahun. hahahaha. sebab aku nak tau kenapalahhhh abang-abang dan kakak aku selalu membaca (diaorang sangat kuat membaca). last-last melekat. hehehhe.