Hari-hari pakai kemeja putih lengan pendek, seluar slack hijau lumut, kasut kulit hitam bertali & berstokin putih. Seluar dalam jarang-jarang pakai, stokin style pakai buang lepas dua minggu.
Cilake, bila dah jadi orang ni baru gua tahu, sangatlah no-no jika pakai kasut kulit hitam dilengkapkan dengan stokin putih! Dan sangatlah no-no kalau berkemeja lengan pendek dan bertali leher. Entah malaun mana yang tetapkan uniform sekolah macam haram tu. Tak rujuk penasihat fesyen dan protokol pakaian korporat betul la..
Cis!
Tapi di sekolah sekular pun gua ada jugak belajar agama sikit-sikit...
Ustaz gua dulu ada cakap, makan budu ni hukumnya boleh jadi makruh dan boleh jadi haram! Budu boleh jadi makruh kerana ia makanan yang berbau agak tidak harum walaupun rasanya memang sedap sengoti. Macam makan bawang putih jugaklah hukum dia.
Budu boleh jadi haram jika budu itu ditinggalkan di ruangan terbuka dengan agak lama. Sebab ada tindak balas kimia ntah apa ke jadah bila budu bertemu oksigen, mungkin ada kaitan dengan proses-proses penapaian dan lain-lain, gua tak ingat. Ia berbahaya kepada kesihatan. Sesuatu yang berbahaya untuk kesihatan 'kan hukumnya haram, contohnya rokok, arak, dadah, babi, dan lain-lain.
Oleh itu, ustaz gua pesan, untuk menjaga budu daripada status makruh menjadi haram, sentiasa tutup botol budu! Setiap kali makan budu pastikan budu yang dikeluarkan dari botol hanya cukup-cukup untuk dihabiskan. Jangan makan budu yang terdedah.
Walau bagaimanapun, budu yang dicampur dengan tempoyak (atau durian), diperah limau nipis, diperenyek lada cengek sangatlah sedap dimakan dengan ulam-ulaman seperti pegaga, kacang botol, timun batang, ulam raja, petai, geduak, jering dan lain-lain!
gambar-gambar digoogle tanpa kebenaran.
So, jangan terkejut dan kata gua ni Kelate murtad kalau gua cakap gua tak makan budu. Bukan semua budu gua tak makan. Kalau gua nak makan budu gua akan pastikan budu tu budu yang makruh, bukan budu yang haram!
Sekian pelajaran fiqh budu untuk kali ini. Fiqh bancuh teh o gua cerita lain kali.
Kahkahkah! Ada can jadi ustaz celup gua nih!
owh, aku tak reti makan budu dgn tempoyak. budu dgn cili pastu perah limau tu mmgla banyak kali dah. siap bawak bekal pegi mekah lagi. hahahahaha~
BalasPadam