Rabu, 25 Mei 2011

2 Tahun: Afham

Semalam, 23 Mei 2011 adalah hari ulangtahun kelahiran Muhammad Izz Al-Afham yang kedua. Semalam juga Afham dapat sepupu baru.

Hari Ahad nanti baru ada kesempatan sambut birthday Afham.

Jumaat, 13 Mei 2011

Keluar Mulut Naga, Masuk Mulut Buaya

Baca perenggan bawah ini elok-elok.
Mengikut perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang diperoleh daripada pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.

Mana penjimatannya kalau duit yang dijimatkan tu bukan dapat kat MBAS tapi kena bayar kepada syarikat lain? Dari bayar bil kepada TNB, bayar kepada syarikat lain? Apa faedahnya penjimatan ni kalau duit hasil penjimatan tidak dapat kat MBAS?

Pelik gua dengan cara konar lipat sesetengah orang!

Report lengkap di bawah:

Gagal bayar hutang, MBAS disita

Laporan Berita Harian - 2011/05/13

Syarikat bekal alat jimat elektrik tuntut RM749,355 sejak 2008

ALOR SETAR: Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini, disita semalam akibat gagal menjelaskan bayaran RM749,355 kepada sebuah syarikat pembekal peralatan jimat tenaga elektrik yang tertunggak sejak 2008.

Tindakan menyita MBAS yang turut menempatkan pejabat Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, dilakukan jam 1 tengah hari semalam selepas plaintif, Veecan Management Sdn Bhd (Veecan) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 24 Mac untuk menyita dan menjual harta MBAS.

Bagaimanapun, pelaksanaan writ sitaan dan penjualan harta MBAS itu disempurnakan semalam. Writ berkenaan diserahkan plantif yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ismail Said bersama peguamnya, Judy Toh serta bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali.

Hamid kemudian melaksanakan perintah sitaan itu dengan merantai pintu masuk utama pejabat MBAS itu serta meletakkan pita halangan dan menampal notis sitaan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

Mengikut writ tuntutan yang difailkan 27 Julai 2010, plaintif menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM672,992.47 serta faedah lapan peratus bermula daripada 30 September 2009.

Ismail berkata, Veecan menandatangani kontrak dengan MBAS untuk memasang alat penjimatan tenaga elektrik di tiang lampu seluruh kawasan pentadbiran bandar raya ini pada 2008.

Mengikut perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang diperoleh daripada pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.

Bagaimanapun, defendan melanggar syarat kontrak apabila gagal membuat bayaran kepada plaintif bermula September 2008 hingga tahun lalu, menyebabkan syarikat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Sementara itu, Khazali berkata, MBAS akur keputusan mahkamah dan akan membayar jumlah yang diarahkan.

Katanya, MBAS lewat membuat pembayaran kepada syarikat itu untuk meneliti tuntutan berkenaan kerana membabitkan wang rakyat yang jumlahnya agak besar.

“Tambahan pula, plaintif tidak memenuhi syarat kontrak apabila gagal menghantar invois dan laporan teknikal mengenai peralatan itu setiap tujuh hari bulan pada setiap bulan kepada MBAS,” katanya.

Isnin, 9 Mei 2011

Sebab Kukuh Kenapa Lu Tak Boleh Pinjam Telefon

Sebab kenapa lu tak boleh pinjam telefon kawan untuk hantar SMS pada girlfriend adalah seperti berikut:-

Telefon itu adalah telefon ke berapa kawan lu, dan tak semua kawan/kenalan kepada kawan lu itu simpan nombor yang entah ke berapa itu. Satu sebab kukuh gua tak suka banyak-banyak nombor telefon.

Bila lu pinjam telefon kawan untuk hantar mesej kepada girlfriend tapi tersilap hantar SMS berbunyi lebih kurang begini ke nombor gua (dan gua tak kenal itu nombor siapa):
B baru keluar wad. Nak ajak b pergi shopping. Ada guess sale. Tu pun kalau  sayang b lagi laa.."

Akan serta merta gua balas dengan :
B mana ni, B ke babi?"

Tapi lebih haru biru kalau kawan yang lu pinjam telefon tu abang ipar gua!

Cilakak!

Sumpah gua ingat itu SMS spam yang berbunyi horny yang selalu dok hantar tanya gua nak tengok gambar dia mandi ke tak, balas ON ke nombor 12345!

 

Selasa, 3 Mei 2011

Kod Etika Penarik Kereta (Pemegang Permit Ejen Perolehan Semula) Di Bawah Akta Sewa Beli (Pindaan 2010)

Geng,

Mulai bulan Mei Jun 2011 ini, kalau ada sapa-sapa nak tarik kereta lu yang dah banyak bulan tak bayar, mula-mula buat benda nih:

1. Minta penarik kereta tu tunjukkan permit Ejen Perolehan Semula (EPS) dia (berbentuk seperti kad pengenalan, dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, KPDNKK), IC dia dan surat tarik dari bank. Kalau dia tak boleh tunjukkan, jangan bagi dia tarik. Kalau 5 orang yang datang, 5 orang tu kena ada permit). Pastikan jugak permit tu masih sah, belum tamat tempoh.

2. Kalau berlaku kekerasan semasa proses tu, lu orang jangan lupa buat laporan polis dan aduan ke Pejabat KPDNKK terdekat. Lepas tamat permit dia, jangan harap dapat renew kalau dah ada rekod. Memang tak boleh nak cari makan la lepas nih.

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, gua kongsikan kod etika yang perlu dipatuhi oleh semua penarik kereta (atau nama rasminya Ejen Perolehan Semula). Layan~....

-Start-

KOD ETIKA BAGI PEMEGANG PERMIT EJEN PEROLEHAN SEMULA DI BAWAH AKTA SEWA BELI (PINDAAN 2010)


1. a) Pemegang permit (penarik kereta) harus memiliki kad Permit EPS yang sah dan memastikan permit masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan. b)Pemegang permit yang terlibat semasa aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan haruslah pada bilangan yang minima. (kalau datang sepuluh org pun, semua mesti ada kad Permit EPS, kalau bawak geng tak ada permit EPS, sila report polis dan KPDNKK)

2. Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian.

3. Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan.

4. Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pengambilan semula dijalankan.

5. Sewaktu proses pengambilan semula dijalankan, pemegang permit harus :

i. Mempamerkan Permit EPS, Kad Pengenalan dan menyatakan lokasi pemunya (biasanya bank) yang akan menerima barangan yang diambil semula.
ii. Memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barangan peribadi kepunyaan penyewa (penyewa ni lu ler bro).
iii. Mengambil gambar dalam dan luar kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya. (gua sarankan lu pun buat benda ni untuk rujukan masa depan)
iv. Mengeluarkan senarai inventori tentang keadaan barang semasa proses pengambilan semula dijalankan.

6. Proses pengambilan semula perlu dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa yang berkenaan terhadap kenderaan atau barangan tersebut. (kalau tiba-tiba kereta lu kena tarik masa parking kat mana-mana tanpa lu ada masa kena tarik tu, sila report polis) Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.

7. Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pengambilan semula selesai dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa pelanjutan tidak melebihi 48 jam.

8. Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pengawal (KPDNKK) bagi menjalankan aktiviti pengambilan semula.

9. Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal (KPDNKK) dari semasa ke semasa.

-End-

Yang italic dan warna merah tu komen gua nak bagi kawan-kawan yang bengap sikit tu faham. Harap lu semua dapat print dah kongsi-kongsikan dengan saudara mara.

Lepas ni Jozan memang tak bleh cari makan nak buat lawak tukang tarik kereta macam gangster dah...

Tapi nasihat ikhlas gua, installment kereta tu jangan lupa bayar tiap-tiap bulan!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...