Sabtu, 31 Disember 2011

36 Dana Al-Arqam - JAKIM Kecut Telur?

Apa nak jadi dengan orang kita ni. Dah tahu ada ajaran sesat yang gunakan sekolah agama dan rumah anak yatim untuk kumpul dana dan ahli tapi tak nak bagitahu kepada orang ramai. Jenis kena penyakit kecut telur.

BH - 30.12.2011

Kalau tak mahu beritahu, baik tak payah keluar dekat surat khabar. Ini bagi keluar dekat surat khabar konon-konon nak bagitahu orang kata lu buat kerjalah ni. Tapi bila ditanya apa kerja yang lu dah buat, tak mahu cerita pulak!

Siarkan jerlah apa nama sekolah dan rumah anak yatim yang simpati pada Arqam tu. Barulah rakyat boleh berwaspada. Bongok! Sampai nak kena bagi tahu sambil bisik-bisik apa kes?

Nak kena pelangkung ker apa? Nak cakap, cakaplah habis-habis. Tak nak cakap tak payah cakap.

Ini nampak macam pentingkan diri. Kerja gua dah settle, gua dah kesan mana sekolah yang menyeleweng. Tapi gua tak nak cerita sekolah mana. Bongok! Lu ni nak jaga kemaslahatan ummah ke nak jaga periuk nasi sendiri?

Ini kes macam ni mesti risikan tak sahih ni? Takut kalau bagitahu nama sekolah pihak sekolah saman pulak kan? Nak kata lu buat kerja tapi sebenarnya lu buat kerja setengah jalan kan? Telur masih kecut kan? Telur baru setengah masak kan? Kan?

Jaga ummah bro, jangan jaga periuk nasi lu jer. Jangan ingat lu sorang jer tak mahu sesat. Orang lain pun takut tersesat jugak. Jangan ingat lu sorang jer nak masuk syurga. Orang lain pun nak masuk syurga jugak!

Apa nama 36 sekolah dan rumah anak yatim tu? Berani kerana benar bro, dedahkan saja!

Jumaat, 30 Disember 2011

Ombak Rindu Di Youtube

Gua sebenarnya hairan dengan selera orang. Cerita macam ni boleh pecah panggung?

BH - 30.12.2011

Cerita macam ni boleh sampai ratus ribu tengok secara haram? Yang gua tahu, layan Astro First semalam, cerita macam ni bukan sedih sangat pun. Usahkan air mata gua mengalir, meleleh pun tidak!

Hampeh! Gua tengok 3 Idiots lagi boleh meleleh air mata, tahan gelak dan tahan sedih!

Khamis, 29 Disember 2011

Kerja Bangang Lagi


BH - 29.12.2011
Tak habis-habis nak buat kerja bangang di hari keputeraan gua.

Kalau nak buat kerja bangang jugak, gua cadangkan semua yang nak pergi tu sila naik teksi. Ada 10,000 buah teksi yang mundar mandir situ (mengikut kata Pengerusi ni lah - gua kadang-kadang hairan jugak, bawak teksi pun dapat 'datuk' ? Ker orang yang gila jawatan ni mana-mana persatuan pun dia nak jadi pengerusi?). 10,000 teksi mundar-mandir situ pun kerja bangang jugak.

Seorang naik satu teksi dah kira ok. Dapat seorang pemandu teksi RM10 pun dah jadi, RM10 darab 10,000 teksi dah RM100,000.

Penjaja sila buka gerai jual air mineral. Air mineral sangat berguna buat basuh mata lepas kena gas pemedih mata. Kalau 1000 yang hadir, kalau sorang beli sebotol, dah dapat RM1,000. Yang nak hadir perhimpunan sila jangan bawak air botol dari rumah.

Jangan buat kerja bangang.

Rabu, 28 Disember 2011

Doa Seorang King Kenny


Ya Allah, 
Kau selamatkanlah Liverfool dari kutukan-kutukan Syaitan Merah,
Dan Kau tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Amin.

Selasa, 27 Disember 2011

Belasungkawa Buat Sahabat


Noria Idris
1 Sept 1982 - 25 Disember 2011


Sahabatku Muhammad Akram Abdul Aziz, semoga tabah menerima dugaan ini.


Rabu, 21 Disember 2011

Humancode. Kenali potensi diri.

Nota pelajaran humancode gua kongsikan:-





Kalau perhatikan, dalam segitiga abnormal gua, ada kod "0". Ini maksudnya dalam keadaan penuh tekanan, keadaaan luar dari kebiasaan gua, gua seorang yang panas baran. Kepala hangin kata orang.

Gua kira untuk diri sendiri, kod gua adalah 9191. Maksudnya secara lahirnya gua kod 9 (digit pertama) iaitu seorang yg sentiasa mencari kemenangan, degil, selalu nak menang. Dari segi minda (digit kedua) kod gua adalah 1 bermaksud gua seorang yg disiplin, teratur, kemas dan bersistem (sangat bertepatan dgn minda gua yg jenis teknikal dan mengutamakan fakta). Kod 9 (digit ketiga) adalah perangai matang gua iaitu gua seorang yang mengejar kejayaan dan sentiasa inginkan yg terbaik, selalu ingin menang, pendek cerita berminda juara. Kod 1 (digit keempat) adalah isi hati gua. Ini maksudnya walaupun gua berminda juara, selalu nak menang, tapi gua balancekan dengan hati yg bersih, tulus dan jujur. Straight forward dlm apa yg dikata dan sangat pentingkan diri dalam banyak hal.
Ini adalah tafsiran untuk digit kedua Humancode iaitu keadaan minda lu.

Ini adalah tafsiran untuk digit ketiga Humancode. Ini adalah tingkah laku semasa dewasa atau apabila lu sudah matang, sudah menerima didikan dan pengalaman secukupnya.


Ini adalah tafsiran bagi digit keempat Humancode iaitu isi hati lu yang sebenar-benarnya.



Nak lebih detail gua rasa elok lu hadiri kursus yang dikendalikan oleh Kapten (B) Azhar Awang ni.  Memang bagus untuk kenali diri sendiri, orang bawahan dan ahli keluarga kita. Gua tak kata ia 100% tepat, tapi ia salah satu kaedah tepat untuk kenali potensi diri kita.

Jumaat, 16 Disember 2011

Mamat Ni Mengata Kak Ros Kah?

Gua tak mahu cakap banyak. Tapi ayat kedua mamat ni memang kena perati elok-elok.

BH-16.12.2011

Khamis, 15 Disember 2011

Sinis Gua Bersebab

Sinis gua kepada Pak Polisi ada sebab musababnya. Kadang-kadang perkara-perkara traumatik yang melibatkan hidup kita boleh menjadikan kita sedikit sinis dan prejudis.

BH-15.12.11

Ini kisah pertama gua.

Gua ada seorang abang yang orang panggil lemau, atau bodoh-bodoh alang. Mungkin dia jadi begitu sebab masa kecik kepala pernah kena pijak dengan lembu atau apa, gua tak tahu. Lembu dulu-dulu belum pandai duduk dalam kondo lagi. Beberapa tahun ini sahaja lembu-lembu pandai duduk dalam kondo mewah. Tahniahlah kepada NFC kerana memperkenalkan kepada lembu-lembu konsep hidup mewah di kondo.

Abang gua ni suka merayau-rayau. Pada suatu ketika di malam sambutan kemerdekaan di tahun 90-an, dia telah ditangkap oleh Pak Polisi kerana merayau-rayau di bandar Kota Bharu.

Keluarga gua pun buat report polis sebab dah berhari-hari dia tak balik ke rumah. Kami juga berusaha mencari merata-rata. Gua kurang ingat, tapi rasanya sampai masuk paper untuk cari dia. Apa yang membuatkan kami bengang adalah walaupun report polis telah dibuat, tiada tindakan apa-apa pun, walhal abang gua tu dah ditangkap oleh Pak Polisi sendiri. Tengok betapa tidurnya bapak-bapak Polisi ketika itu, sampai family orang yang dia tangkap buat report kat diorang pun diorang boleh tak tahu apa-apa. Inikan pulak nak cari mana-mana budak yang hilang. Huh! Asyik harap orang awam salur maklumat saja!

Kalau bapak-bapak Polisi itu semua bekerja, tentu dengan senang diorang boleh kesan mana abang gua masa tu. Sebab abang gua memang dalam lokap diorang sendiri. Abang gua masuk jail untuk sebulan. Lu orang pikirlah sendiri apa sebabnya. Atas tuduhan apa pun gua tak pasti. Tapi bila siasat-siasat dengan kawan-kawan family yang jadi Pak Polisi jugak, katanya air kencing positif dadah. Mungkin kena swap dek mat-mat gian yang lain.

Lepas sebulan baru abang gua balik ke rumah. Sehari dua lepas balik boleh lagi cerita dia masuk jail. Nombor penjara dia 1546. Dok ulang-ulang. Lepas tu terus gila. Kena masuk wad sakit mental. Lu bayangkan seorang yang bodoh-bodoh alang kena stress masuk jail. Mana boleh tahan, terus mentally ill. Yang jadi mangsanya gua lah yang dok ulang-alik bawak dia ke hospital untuk rawatan susulan. Yang kena panjat bumbung turunkan dia dari bumbung.

Sebab kerja-kerja bangang bapak-bapak Polisi, seorang bodoh yang tak bersalah masuk jail, keluar jail jadi gila. So, mana-mana yang ada kehilangan saudara mara, pesan gua, tak cukup kalau buat report polis saja. Cuba usahakan semak mana-mana lokap polis atau penjara. Benda macam ini dah pernah jadi kat family gua. Mungkin juga berlaku kat family lu. Bukan nak kata Pak Polisi ni semuanya tidur.

Alhamdulillah abang gua kembali bodoh-bodoh, dah tak gila. Tapi sudah upgrade sikit. Sudah pandai solat dan tak tinggal solat. Lebih baik daripada abang-abang lu orang yang cerdik, tak pernah masuk jail, tak pernah jadi gila, tapi tak pernah nak solat. Kehkehkeh!

Kisah 2

Pengalaman traumatik kedua gua dengan Pak Polisi adalah sewaktu gua mula-mula masuk universiti. Lokasinya di Kuantan Parade.

Gua dengan kawan-kawan lepas parking motor, nampak satu black maria Pak Polisi.

Gua dengan selambanya bergurau tanya member gua lu nak naik lori ke tak? Sambil mulut muncung ke arah black maria parking depan pintu masuk Kuantan Parade. Tiba-tiba ada satu Inspektor India muncul dari belakang pegang tangan gua nak bawak gua pergi urine test. Entah sebelum tu dia sembunyi celah longkang mana, celah lurah mana, celah ekzos mana gua tak pasti.

Inspektor tu marah-marah gua dan member-member. Ugut nak bawak gua ngan member-member urine test sebab katanya gua mengata tugas dia. Gua bukan mengata tugas dia, gua mengata lori buruk yang parking depan pintu masuk Kuantan Parade yang gah pada tahun 1999 itu. Gila sensitif Inspektor ni. Sensitif sangat baik tak payah jadi Pak Polisi, lagi elok jadi pengacara Akademi Fantasial.

Kes mengata lori pun sampai nak tangkap orang apa cerita? Kalau ikutkan hati panas baran gua masa tu, mahu saja gua lututkan muka dia.

Sebagai seorang mahasiswa yang masih dengan semangat reformasi yang meruap-ruap, lu mesti tahu apa yang gua buat masa tu....
.
.
.
Gua minta maaf lah. Merayu-rayu sama itu Inspektor. Kahkahkah!

Nasib baik lepas.

Sejak hari tu, gua jadi sinis sama bapak-bapak Polisi. Yang kena dekat gua kira okay lagi. Yang kena dekat abang gua memang menyebabkan gua jadi sinis pada Pak Polisi. Kadang-kadang gua terfikir jugak, yang asyik-asyik Pak Polisi dok harapkan dan menunggu sumber dari RakanCop dan orang awam untuk maklumat selesaikan jenayah, abis Pak Polisi sendiri tak reti nak siasat ker?

Sekarang lagilah. Bapak-bapak Polisi sampai minta bantuan tentera, JPAM, Rela semua untuk tugasan rondaan keselamatan. Apa semua ni? Bapak-bapak Polisi sudah tidak kompeten ker?

Rela tu bukan bagus sangat pun. Rela Abdul Razak area Bayan Baru/Sungai Ara tu lesapkan duit gua RM15,000 tau tak? Lagi lu nak suruh dia bantu Pak Polisi?

Ini namanya harapkan pagar, pagar makan padi!

Kahkahkah!

Ada orang kata kalau takut jumpa Pak Polisi tu sebab kita ni bersalah. Kalau tak buat salah tak takut. Tapi gua seram sejuk bila kena tahan dengan Pak Polisi sebab gua tahu bila seseorang itu berkuasa, amat mudah untuk kuasa itu disalahgunakan.

Bak kata pak menakan Spiderman, "Hang kena ingat, kuasa besaq mai sekali dengan tanggungjawab besaq. Ingat nooo..."


Rabu, 14 Disember 2011

Penguatkuasa MBAS Tak Ada Telur?

Lepas geram dalam facebook gua rasa sangat tidak cool.Begitu jugak kalau bergaduh dalam facebook. Sangat tidak cool. Bergaduh tanpa melututkan kepala sesiapa bagi gua pergaduhan yang sia-sia.

Gua ingat orang Penang panggil gaduh-gaduh seperti ini sebagai "gempaq hindu". Bising-bising-bising tapi tak ada  kepala sesiapa pun ke tanah. Bergaduh cara ini sangat tidak patut. Bergaduh cara ini sangat apakejadahnya. Bergaduh tanpa mengeluarkan peluh sangat tidak cool. Bergaduh cara ini Polis tak mahu layan.

Bergaduh tanpa melututkan kepala sesiapa dan bergaduh jarak jauh sangat tidak normal dalam masyarakat kita yang panas baran.Bergaduh lelaki dan perempuan dalam facebook sangat tidak patut. Kecuali pergaduhan itu adalah bibit-bibit benci tapi rindu. Facebook adalah diciptakan untuk jatuh cinta.

Lebih cool bagi gua kalau tercetus demo oleh 50 orang pelancong yang melancong ke Langkawi dan memakirkan kereta mereka di Kuala Kedah lantas disaman oleh Penguatkuasa MBAS yang bengap. Apa kejadahnya kalau punca masalahnya pengusaha parkir haram tapi kereta pelancong yang disaman?

Pelancong sudah ke Langkawi, tapi pengusaha parkir haram masih di Kuala Kedah. Kenapa yang masih di Kuala Kedah tidak disaman tapi yang di Langkawi disaman? Apakah ini  membuktikan Penguatkuasa MBAS tak ada telor?

Ini orang tua-tua panggil marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Kahkahkah!


Sila telengkan lu punya kapala untuk baca ini berita. kahkahkah! - BH 14.12.2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...