Gua ingat orang Penang panggil gaduh-gaduh seperti ini sebagai "gempaq hindu". Bising-bising-bising tapi tak ada kepala sesiapa pun ke tanah. Bergaduh cara ini sangat tidak patut. Bergaduh cara ini sangat apakejadahnya. Bergaduh tanpa mengeluarkan peluh sangat tidak cool. Bergaduh cara ini Polis tak mahu layan.
Bergaduh tanpa melututkan kepala sesiapa dan bergaduh jarak jauh sangat tidak normal dalam masyarakat kita yang panas baran.Bergaduh lelaki dan perempuan dalam facebook sangat tidak patut. Kecuali pergaduhan itu adalah bibit-bibit benci tapi rindu. Facebook adalah diciptakan untuk jatuh cinta.
Lebih cool bagi gua kalau tercetus demo oleh 50 orang pelancong yang melancong ke Langkawi dan memakirkan kereta mereka di Kuala Kedah lantas disaman oleh Penguatkuasa MBAS yang bengap. Apa kejadahnya kalau punca masalahnya pengusaha parkir haram tapi kereta pelancong yang disaman?
Pelancong sudah ke Langkawi, tapi pengusaha parkir haram masih di Kuala Kedah. Kenapa yang masih di Kuala Kedah tidak disaman tapi yang di Langkawi disaman? Apakah ini membuktikan Penguatkuasa MBAS tak ada telor?
Ini orang tua-tua panggil marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Kahkahkah!
Sila telengkan lu punya kapala untuk baca ini berita. kahkahkah! - BH 14.12.2011 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan