Khamis, 15 Disember 2011

Sinis Gua Bersebab

Sinis gua kepada Pak Polisi ada sebab musababnya. Kadang-kadang perkara-perkara traumatik yang melibatkan hidup kita boleh menjadikan kita sedikit sinis dan prejudis.

BH-15.12.11

Ini kisah pertama gua.

Gua ada seorang abang yang orang panggil lemau, atau bodoh-bodoh alang. Mungkin dia jadi begitu sebab masa kecik kepala pernah kena pijak dengan lembu atau apa, gua tak tahu. Lembu dulu-dulu belum pandai duduk dalam kondo lagi. Beberapa tahun ini sahaja lembu-lembu pandai duduk dalam kondo mewah. Tahniahlah kepada NFC kerana memperkenalkan kepada lembu-lembu konsep hidup mewah di kondo.

Abang gua ni suka merayau-rayau. Pada suatu ketika di malam sambutan kemerdekaan di tahun 90-an, dia telah ditangkap oleh Pak Polisi kerana merayau-rayau di bandar Kota Bharu.

Keluarga gua pun buat report polis sebab dah berhari-hari dia tak balik ke rumah. Kami juga berusaha mencari merata-rata. Gua kurang ingat, tapi rasanya sampai masuk paper untuk cari dia. Apa yang membuatkan kami bengang adalah walaupun report polis telah dibuat, tiada tindakan apa-apa pun, walhal abang gua tu dah ditangkap oleh Pak Polisi sendiri. Tengok betapa tidurnya bapak-bapak Polisi ketika itu, sampai family orang yang dia tangkap buat report kat diorang pun diorang boleh tak tahu apa-apa. Inikan pulak nak cari mana-mana budak yang hilang. Huh! Asyik harap orang awam salur maklumat saja!

Kalau bapak-bapak Polisi itu semua bekerja, tentu dengan senang diorang boleh kesan mana abang gua masa tu. Sebab abang gua memang dalam lokap diorang sendiri. Abang gua masuk jail untuk sebulan. Lu orang pikirlah sendiri apa sebabnya. Atas tuduhan apa pun gua tak pasti. Tapi bila siasat-siasat dengan kawan-kawan family yang jadi Pak Polisi jugak, katanya air kencing positif dadah. Mungkin kena swap dek mat-mat gian yang lain.

Lepas sebulan baru abang gua balik ke rumah. Sehari dua lepas balik boleh lagi cerita dia masuk jail. Nombor penjara dia 1546. Dok ulang-ulang. Lepas tu terus gila. Kena masuk wad sakit mental. Lu bayangkan seorang yang bodoh-bodoh alang kena stress masuk jail. Mana boleh tahan, terus mentally ill. Yang jadi mangsanya gua lah yang dok ulang-alik bawak dia ke hospital untuk rawatan susulan. Yang kena panjat bumbung turunkan dia dari bumbung.

Sebab kerja-kerja bangang bapak-bapak Polisi, seorang bodoh yang tak bersalah masuk jail, keluar jail jadi gila. So, mana-mana yang ada kehilangan saudara mara, pesan gua, tak cukup kalau buat report polis saja. Cuba usahakan semak mana-mana lokap polis atau penjara. Benda macam ini dah pernah jadi kat family gua. Mungkin juga berlaku kat family lu. Bukan nak kata Pak Polisi ni semuanya tidur.

Alhamdulillah abang gua kembali bodoh-bodoh, dah tak gila. Tapi sudah upgrade sikit. Sudah pandai solat dan tak tinggal solat. Lebih baik daripada abang-abang lu orang yang cerdik, tak pernah masuk jail, tak pernah jadi gila, tapi tak pernah nak solat. Kehkehkeh!

Kisah 2

Pengalaman traumatik kedua gua dengan Pak Polisi adalah sewaktu gua mula-mula masuk universiti. Lokasinya di Kuantan Parade.

Gua dengan kawan-kawan lepas parking motor, nampak satu black maria Pak Polisi.

Gua dengan selambanya bergurau tanya member gua lu nak naik lori ke tak? Sambil mulut muncung ke arah black maria parking depan pintu masuk Kuantan Parade. Tiba-tiba ada satu Inspektor India muncul dari belakang pegang tangan gua nak bawak gua pergi urine test. Entah sebelum tu dia sembunyi celah longkang mana, celah lurah mana, celah ekzos mana gua tak pasti.

Inspektor tu marah-marah gua dan member-member. Ugut nak bawak gua ngan member-member urine test sebab katanya gua mengata tugas dia. Gua bukan mengata tugas dia, gua mengata lori buruk yang parking depan pintu masuk Kuantan Parade yang gah pada tahun 1999 itu. Gila sensitif Inspektor ni. Sensitif sangat baik tak payah jadi Pak Polisi, lagi elok jadi pengacara Akademi Fantasial.

Kes mengata lori pun sampai nak tangkap orang apa cerita? Kalau ikutkan hati panas baran gua masa tu, mahu saja gua lututkan muka dia.

Sebagai seorang mahasiswa yang masih dengan semangat reformasi yang meruap-ruap, lu mesti tahu apa yang gua buat masa tu....
.
.
.
Gua minta maaf lah. Merayu-rayu sama itu Inspektor. Kahkahkah!

Nasib baik lepas.

Sejak hari tu, gua jadi sinis sama bapak-bapak Polisi. Yang kena dekat gua kira okay lagi. Yang kena dekat abang gua memang menyebabkan gua jadi sinis pada Pak Polisi. Kadang-kadang gua terfikir jugak, yang asyik-asyik Pak Polisi dok harapkan dan menunggu sumber dari RakanCop dan orang awam untuk maklumat selesaikan jenayah, abis Pak Polisi sendiri tak reti nak siasat ker?

Sekarang lagilah. Bapak-bapak Polisi sampai minta bantuan tentera, JPAM, Rela semua untuk tugasan rondaan keselamatan. Apa semua ni? Bapak-bapak Polisi sudah tidak kompeten ker?

Rela tu bukan bagus sangat pun. Rela Abdul Razak area Bayan Baru/Sungai Ara tu lesapkan duit gua RM15,000 tau tak? Lagi lu nak suruh dia bantu Pak Polisi?

Ini namanya harapkan pagar, pagar makan padi!

Kahkahkah!

Ada orang kata kalau takut jumpa Pak Polisi tu sebab kita ni bersalah. Kalau tak buat salah tak takut. Tapi gua seram sejuk bila kena tahan dengan Pak Polisi sebab gua tahu bila seseorang itu berkuasa, amat mudah untuk kuasa itu disalahgunakan.

Bak kata pak menakan Spiderman, "Hang kena ingat, kuasa besaq mai sekali dengan tanggungjawab besaq. Ingat nooo..."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...