Jumaat, 15 Jun 2007

Apa Dia RSS Button Ini?

Nampaknya masih ramai mat rempit yang tersesat ke blog saya ni mencari download video lauk.3gp :smile: Untuk makluman mat-mat semua, kat sini tader video tu. Kalo awak download pun awak akan dapat tengok nasi lemak lauk ikan bilis jer...Dah la kawan-kawan awak yang tak bertamadun tu cabul pompuan, pastu awak plak terhegeh-hegeh nak tengok..sorry la ekk.. :razz:

===================

Salam bahagia pembaca budiman semua,





Terima kasih kerana masih sudi melawat blog saya ni. Oh, ya! Kalo awak nak senang baca blog ni, awak bleh langgan full RSS feed blog ni dengan klik link ini atau awak bleh klik button RSS kat tepi tu. Dalam setengah saat jer, selesai. Oh, nama saja langgan tapi awak tak perlu bayar apa-apa pun. :smile:

Tak tahu apa itu RSS? Betul-betul tak tahu? Apa kata kalo awak baca tulisan ini dulu untuk mengetahui apa jadahnya RSS tu.

Sedikit tips pasal RSS, yang saya sedang praktikkan sekarang ni dan ia memang menyenangkan kerja  saya:

  • Kalo awak selalu online di komputer yang berlainan, atau dengan senang ceritanya awak selalu pakai komputer kepunyaan tokei cyber cafe, awak bleh cuba gunakan web based RSS reader. Buat masa ini saya menggunakan Netvibes dan saya berpuas hati. Awak bleh jugak try Google Reader atau FeedBucket. Err, saya tak penah guna kedua-duanya, tapi sebab pakcik google tunjukkan ni kat saya, saya pun tunjukkan kat awak..
  • Kalo awak menawarkan feed kepada pembaca blog atau website awak, pastikan awak berikan Full Feed. Apa dia full feed? Kalo nak tahu apa dia, awak langgan RSS blog saya ni..hehe. :smile: Full feed adalah awak boleh baca feed dari blog saya ni tanpa melawat blog saya, awak bleh baca terus dari RSS reader awak tu keseluruhan post blog saya (kalo tak full, awak bleh baca sikit jer, kalo nak baca lagi awak kena datang jugak ke blog saya ni..). Kan senang, tak yah nak susah-susah taip lelabu.com setiap kali nak baca blog saya.
  • Kalo awak nak tawarkan feed, minta pelawat blog awak langgan. Caranya, minta elok-elok macam ni : "Awak,..awak langganlah RSS blog saya ni, nanti awak bleh baca post terbaru saya dengan senang!"  Atau awak  bleh letakkan button RSS yang sebesar gajah di blog awak, mesti pelawat blog awak terasa nak klik.. :wink:
  • Awak boleh gunakan FeedBurner untuk mengendalikan feed blog awak. Banyak kelebihan yang awak dapat. Contohnya, awak bleh menunjuk-nunjuk berapa orang yang langgan feed RSS blog awak dan statistik-statistik lain.
  • Kalo awak guna wordpress sebagai platform blog awak, dan mahu menggunakan FeedBurner juga, awak bleh try plugin FeedSmith ini.
  • Kalo yang melanggan feed awak tak berapa ramai, tak yah lah nak menunjuk-nunjuk ek..  :razz:

Saya rasa setakat ini jerlah dulu tips pasal RSS ni. Nanti kalo ada yang menarik lagi, saya kongsikan.

Bye..

~leLabu~

p/s: Kalo awak ada apa-apa yang menarik pasal RSS yang awak nak kongsikan, saya sangat-sangat alu-alukan. Bagi saya, kalo saya ada satu, saya kongsikan satu. Kalo ada sepuluh, sepuluhlah saya kongsikan...

Rabu, 13 Jun 2007

TM Net, What The Fuck!

Maaf saya mencarut.

Tapi kalo awak melanggan pakej 1Mbps dengan bayaran bulanan RM88 dan anda mendapat kelajuan 56 Kbps, (kelajuan modem) apa awak nak cakap?

streamyx

Klik untuk tengok gambar yang lebih besar..dan mari kita sama-sama katakan, mangkuk hayun nyer tm net cekik duit aku!!

~leLabu~

p/s: Ramai yang dah tak puas hati dengan servis tmnet ni. Tapi saya memang tak puas hati giler ah, pakej 1 Mbps saya dapat 56Kbps jer. Kalo macam ni buat apa saya bayar sampai RM88 sebulan, baik pakai dial up jer... :mad:

Selasa, 12 Jun 2007

Ada Apa Dengan Internet?

Salam bahagia semua,

Saya nak cerita pasal internet pula hari ini. Yer, selepas saya menerima panggilan daripada seorang pembaca setia blog ini (barangkali) dan mahu bertanyakan saya soalan pasal internet, tapi, dia tak tahu macam mana nak tanya. Dan dalam dia dok nak tanya tu, terlupa plak saya nak tanya nama dia. :smile: Anyway, terima kasih kerana sudi membuat panggilan! (Mintak maaf, semalam saya sibuk dengan pinggan-pinggan kenduri yang perlu diuruskan, biasalah jadi penanggah/bentara/jurukaka...apa saja yang dipanggil bagi mereka yang kerja angkat hidangan/basuh pinggan..)



Oh, ya! Sebelum apa-apa, saya nak umumkan, bahawa kalo ada antara awak semua yang terasa nak tanyakan apa-apa soalan kepada saya, ia sangat dialu-alukan. Caranya adalah dengan menghantar email ke lelabu80[at]yahoo.com. Sebarang soalan boleh ditanya, dan saya akan jawab setakat mana yang boleh dijawab. :razz:

==================

Ok, berbalik kepada soalan yang memanggil semalam, apa yang boleh dibuat dengan internet? (kalo saya tak salah interpret apa yang dia nak tanya semalam lah, sebab memang dia tak tahu macam mana nak tanya..)

Saya jawab secara ringkas, dengan jawapan budak darjah satu sampailah yang dah tua berjanggut:
  1. Awak boleh jadikan sebagai alat perhubungan - dengan adanya internet awak boleh mempunyai alamat email. Kawan-kawan awak tak perlu lagi menulis surat kat awak. Diorang bleh tulis email, dan klik send. Tak sampai dua saat email tu dah sampai kat awak, awak bleh bukak dan baca..senangkan? Tak payah tunggu posmen...
  2. Awak boleh jadikan library - kalo zaman saya dulu rujukan utama untuk pembelajaran adalah buku dan perpustakaan. Sekarang ni tak payah pergi library lagi, dah banyak bahan ilmiah didigitalkan dan boleh dibaca melalui internet. Rujukan untuk thesis pun sudah menerima rujukan internet sekarang ni..kan senang...(teringat zaman buat thesis, jenuh dok usung buku... :sad: )
  3. Awak boleh jadikan eksiklopedia - awak nak tahu pasal apa? Semuanya hanya dihujung jari awak. Awak pergi saja ke search engine dan taip apa awak nak cari. Dalam sekelip mata awak akan dapat berlambak apa yang awak cari tu...tapi bahan informatif jer la..kalo nak makan goreng pisang pergi lah cari kat simpang sana tu.. :razz:
  4. Awak boleh berkenalan dengan pakcik google, pakcik yahoo dan lain-lain - pakcik google adalah salah satu search engine yang popular. Awak ke www.google.com, pastu carilah apa yang awak nak. Kalo awak nak cari resepi ikan siakap sweet sour, awak masukkan "resepi siakap sweet sour" kat dalam kotak carian pakcik google tu. Sekelip mata jer pakcik google bawakan awak resepi ikan siakap sweet sour..
  5. Awak boleh cari jodoh - awak bleh cari jodoh dengan macam-macam servis yang ada kat internet. Sebab saya tak pernah cari jodoh kat internet, saya tak leh bagi contoh. Cuba awak bisik kat pakcik google supaya dia tunjukkan kat mana tempat cari jodoh... :wink:
  6. Awak boleh berhibur - apa awak nak? Semua ada...macam-macam ada...
  7. Awak boleh download mp3 dan video (dan lain-lain lagi) - awak dengan senang bleh cari mp3 atau video kegemaran awak. Awak bleh guna torrent atau p2p untuk download. Kalo awak nak tahu lagi pasal torrent ni, awak blehlah tanya pakcik google ekk..sebab saya pun bukan tahu sangat..
  8. Awak boleh membeli-belah - sekarang ni kat internet dah berlambak online store. Apa yang awak nak semuanya ada, daripada ubat penambah tenaga kelelakian sampailah ke ebook belajar bahasa arab.
  9. Awak boleh berniaga - awak bleh belajar berniaga dengan menjual informasi.
  10. Awak boleh buat blog - awak bleh buat blog macam blog saya yang tak seberapa ni, atau awak bleh buat blog yang dikunjungi oleh puluhan ribu pelayar internet sehari, sambil-sambil tu, awak juallah apa-apa yang patut..
  11. Awak boleh cari duit dengan program pengiklanan - kat Malaysia ni dah ramai yang buat blog, lepas tu dapat duit dengan meletakkan iklan di blog. Awak pun bleh try..
Banyak lagi sebenarnya yang awak bleh buat dengan internet ni. Yang ni saya baru cerita benda-benda baik yang awak bleh buat. Tak cerita lagi benda-benda yang tak baik yang awak bleh buat... :evil:

Sehingga bertemu lagi,

~leLabu~

Khamis, 7 Jun 2007

Asal Cuti Jer Kawin

Salam,

Musim cuti sekolah akan berakhir hujung minggu ni. Seperti biasa, ramailah yang meluangkan masa untuk bercuti bersama anak-anak, isteri-isteri, keluarga dan ada juga yang ambil kesempatan untuk buat kenduri kahwin dan menamatkan zaman solo masing-masing (atau menambah dan mencukupkan kuota :razz: ). Turut sama mengambil kesempatan adalah Pak Lah kita..

Bagi yang takder idea mana nak pergi musim cuti sekolah ni, (yerlah, kenduri sendiri tak, kenduri orang pun tak..) saya mewakili negeri Pulau Pinang (err, lantik diri sendiri ni..) menjemput awak semua datang bercuti di Pulau Pinang. Awak boleh melawat Taman Negara Pulau Pinang, naik Bukit Bendera, lawat Muzium Perang, tokong ular, dan banyak lagi lah... Kalo tak nak naik jambatan, awak bleh try naik ferry.

Oh, kalo awak memang sibuk, sebab banyak kenduri nak attend hujung minggu ni, saya faham. Tak per..lain kali datang Pulau Pinang ekk..

Saya pun tak sempat menghadiri kenduri-kenduri kawin kawan-kawan hujung  minggu lepas sebab: pertamanya notis jemputan yang agak lewat diterima dan keduanya, kesuntukan masa. Yer, saya tahu wajib untuk attend walimatul urus, namun apakan daya, dah diorang lewat hantar jemputan sapa suruh? Semua di Kelantan, Terengganu dan Pahang sana plak tuh... :smile:

Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang baru melangsungkan perkahwinan hujung minggu lepas dan sampai sekarang asyik dok mandi wajib pagi-pagi sebelum subuh, antaranya:
  • Saudara Wan Amiruddin Wan Hussin dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Ahad lepas di Kelantan.
  • Saudara Mohd Faisal Abdul Salam dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas di Terengganu.
  • Saudara Johan Ariff Ghazali dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas, juga di Kelantan.
  • Saudara Ahmad Zaki Yusof dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas di Pahang.
Semoga kalian semua berbahagia dengan pasangan masing-masing sehingga ke anak cucu. Yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kawin yer...

Selamat pengantin baru, dan selamat bercuti-cuti Malaysia...

~leLabu~

p/s: betul-betul sorry kawan-kawan, nanti kalo awak kawin lagi, saya datang ekk.. :wink:

Rabu, 6 Jun 2007

Perdana Menteri Akan Bernikah Sabtu Ini

Salam bahagia semua,

Mungkin tersentuh dengan tulisan Shuth betapa pemimpin lebih diberi keutamaan kepada yang sudah berkahwin, (entahlah, PM baca ker tak tulisan Shuth ni.. :razz: sekadar ayat penambah garam penyedap rasa..) maka YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan akan bernikah pada Sabtu ini.

Sedikit pengenalan kepada bakal isteri Perdana Menteri, sebagai mana disiarkan dalam kenyataan media  yang dikeluarkan  oleh Pejabat Perdana Menteri pada 6 Jun 2007:

  • Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
  • Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific.
  • Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.
Majlis akad nikah akan diadakan Sabtu ini di Seri Perdana dan hanya kaum keluarga terdekat sahaja dijemput.

Semoga berbahagia, ikatan kekal abadi...

~leLabu~

p/s: Eloklah tu kawin...jangan dikenang barang yang dah lepas.. :smile: Ada jugak member office yang tanya apsal Pak Lah tak cari yang muda-muda cun melecun lemak berkrim disukai ramai? Kalo nak jawab, ni jawapan saya: Kereta lama, orang muda tak minat kot... hehe :razz:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...