===================
Salam bahagia pembaca budiman semua,
Terima kasih kerana masih sudi melawat blog saya ni. Oh, ya! Kalo awak nak senang baca blog ni, awak bleh langgan full RSS feed blog ni dengan klik link ini atau awak bleh klik button RSS kat tepi tu. Dalam setengah saat jer, selesai. Oh, nama saja langgan tapi awak tak perlu bayar apa-apa pun. :smile:
Tak tahu apa itu RSS? Betul-betul tak tahu? Apa kata kalo awak baca tulisan ini dulu untuk mengetahui apa jadahnya RSS tu.
Sedikit tips pasal RSS, yang saya sedang praktikkan sekarang ni dan ia memang menyenangkan kerja saya:
- Kalo awak selalu online di komputer yang berlainan, atau dengan senang ceritanya awak selalu pakai komputer kepunyaan tokei cyber cafe, awak bleh cuba gunakan web based RSS reader. Buat masa ini saya menggunakan Netvibes dan saya berpuas hati. Awak bleh jugak try Google Reader atau FeedBucket. Err, saya tak penah guna kedua-duanya, tapi sebab pakcik google tunjukkan ni kat saya, saya pun tunjukkan kat awak..
- Kalo awak menawarkan feed kepada pembaca blog atau website awak, pastikan awak berikan Full Feed. Apa dia full feed? Kalo nak tahu apa dia, awak langgan RSS blog saya ni..hehe. :smile: Full feed adalah awak boleh baca feed dari blog saya ni tanpa melawat blog saya, awak bleh baca terus dari RSS reader awak tu keseluruhan post blog saya (kalo tak full, awak bleh baca sikit jer, kalo nak baca lagi awak kena datang jugak ke blog saya ni..). Kan senang, tak yah nak susah-susah taip lelabu.com setiap kali nak baca blog saya.
- Kalo awak nak tawarkan feed, minta pelawat blog awak langgan. Caranya, minta elok-elok macam ni : "Awak,..awak langganlah RSS blog saya ni, nanti awak bleh baca post terbaru saya dengan senang!" Atau awak bleh letakkan button RSS yang sebesar gajah di blog awak, mesti pelawat blog awak terasa nak klik.. :wink:
- Awak boleh gunakan FeedBurner untuk mengendalikan feed blog awak. Banyak kelebihan yang awak dapat. Contohnya, awak bleh menunjuk-nunjuk berapa orang yang langgan feed RSS blog awak dan statistik-statistik lain.
- Kalo awak guna wordpress sebagai platform blog awak, dan mahu menggunakan FeedBurner juga, awak bleh try plugin FeedSmith ini.
- Kalo yang melanggan feed awak tak berapa ramai, tak yah lah nak menunjuk-nunjuk ek.. :razz:
Saya rasa setakat ini jerlah dulu tips pasal RSS ni. Nanti kalo ada yang menarik lagi, saya kongsikan.
Bye..
~leLabu~
p/s: Kalo awak ada apa-apa yang menarik pasal RSS yang awak nak kongsikan, saya sangat-sangat alu-alukan. Bagi saya, kalo saya ada satu, saya kongsikan satu. Kalo ada sepuluh, sepuluhlah saya kongsikan...
Ntah. aku tak paham.
BalasPadamnak tanya kalo pasal yg selalu masuk dlm email kita tu yang macam2 tu RSS jugak ke?
BalasPadammula-mula sekali, terima kasih atas usaha anda.
BalasPadamnamun, penerangan anda tidak begitu tepat dan padat.
Ia juga terlalu lintang-pukang seperti penerangan yang
tidak di rancang terlebih dahulu. Pada masa akan datang,
cuba gunakan pendekatan yang mudah. Kredit pada
pendekatan anda (...tokei cyber cafe). Bagus.
Great Site...
BalasPadam[..] I Stumbled accross this good post and thought you fans would like it.[..]...