Selasa, 26 Jun 2007
Genting Highland Yang Tak Best!
Ikuti pengembaraan leLabu & wife ke Genting Highland, err... yang tak best!!
Kereta Kabel Genting Skyway..
Errkk..gayat, gayat!.. Tak der lah gayat sangat pun. Kalo nak dibandingkan dengan kereta kabel di gunung Mat Cincang di Langkawi, kereta kabel di Langkawi lagi gayat, sebab gunung tu tinggi dan tiang kabel yang jaraknya memang jauh giler... Kira kereta kabel Genting ni biasa-biasa saja laa.. :smile:
First World Hotel..
Tempat penginapan buat semalam sahaja.. :razz: Hotel ini adalah antara hotel yang paling banyak bilik di dunia. Sebabkan tempat tinggi dan sedia sejuk, jadi bilik hotel ini tidak disediakan aircond. Malah kelengkapan pun ala kadar saja. Cerek air tader, seterika tader, malah complimentary coffee pun tader...hampeh betul laa.. saya duduk Hotel Malaya kat Chinatown pun ada complimentary coffee.. :sad:
Kabus Yang Sejuk..
Pemandangan yang tak best dari tingkat paling atas hotel...lenguh jugak jalan sebab dapat bilik yang kat hujung dunia.. sapa yang pernah datang tahu la betapa besarnya hotel ni.. Saya tak kisahlah lenguh sikit, tapi hangin jugaklah sebab ia menyebabkan ibu mengandung terpaksa jalan jauh.. hehe :smile:
Taman Tema Genting..
Taman tema air dari dalam "ulat bulu"...
Disebabkan saya membawa ibu mengandung bersama, jadi tidak berpeluang mencuba permainan yang ekstrem. Kami sekadar pusing-pusing di dalam indoor theme park dan mencuba menaiki monorail ulat bulu yang membawa kami pusing satu taman tema Genting! Err,..boring!
Monorail "Ulat Bulu.."
"Lapar laa..."
Bila sudah boring, maka perut pun mula la lapar. Kami hanya menjamu selera di KFC untuk makan tengahari. Oh, harga makanan di sini boleh tahan jugak. Boleh dikatakan dua kali ganda harga di tempat lain. Tapi tak kisahlah, sekali sekala saja datang sini, lepas ni tak datang dah! Kalo nak datang pun tunggu anak besar, bolehlah dia cuba semua permainan yang ada!
Buffet Dinner..
"Burrpp!! Alhamdulillah...syukur nikmat!"
Kami makan malam di First World Cafe. Buffet dinner. Jadi, kami makan sepuasnya. Part ini saja lah yang best! Makan!
Jom Balik..
"Jom, Balik!!"
Ambil gambar kenangan sikit...
Bye...
~leLabu~
p/s: Kalo awak nak datang, awak jangan datang dengan ibu mengandung. Nanti tak boleh nak cuba mainan yang ekstrem. Kalo nak jugak datang ngan dia, tunggu anak besar.. :razz:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HHAHHAAAA BEST NYE
BalasPadam