Apa yang nak dihairankan bila Amani botak?
Dua tiga hari ini, apabila mendengar radio, yang ramai lepaskan geram adalah pasal Sharifah Amani yang membotakkan kepalanya. Ramailah yang memberi pandangan, sokongan, kritikan, cemuhan dan bermacam lagi. Tapi apa sangat yang nak dihairankan? (Memang wujudnya dunia seni kini untuk melanggar hukum hakam. Seni yang menghalalkan aurat dan maksiat..)
So, sebab saya pun suka bagi komen yang sikit membina dan banyak yang tak berapa membina, (sekadar memberi pandangan tanpa diambil perhatian pun! Sekadar nilai dua sen!) maka mari baca apa yang saya nak sebut...
Sebagai :
sebagai seorang lelaki - "Buruknya pompuan nih!"sebagai seorang pencinta seni - "Nak dapatkan feel lah tu konon?" Maksud berlakon, adalah melakukan yang bukan sebenarnya, atau menjadi watak dalam cerita (atau kata kesatnya, berlakon=menipu). Apa relevannya kata pelakon kalo dalam tv macam tu, kat luar pun macam tu! So, dia bukan berlakonlah, dia tunjukkan diri dia yang botak saja!- sebagai seorang muslim - "Dia ni jahil agama agaknya!"
Seorang yang ingin menanam Al-Quran di kutub utara, membatalkan hajatnya bila mufti melarang, kerana dia tahu yang dia tidak tahu pasal agama. Dan yang penting, dia minta nasihat dan mendengar nasihat.
==============
Kata Sharifah Amani,
Banyak kata-kata sokongan yang saya terima terutama apabila saya berjalan di depan orang awam. Ada di antara mereka yang menjerit ‘Adik salutelah, bestlah, adik pelakon hebat’ dan bermacam-macam lagi.Bangganya bila ada orang yang begini! Pengorbanan seorang pelakon yang sanggup mengenepikan halal haram dan ingin terus menyanjung kerjaya seni. Oh, pasti demi seni dia sanggup lakukan apa saja!
Saya buat semua ini demi kerjaya. Saya mewakili pelakon lain yang cintakan kerjaya mereka tetapi tidak diberi peluang untuk melakukan perkara ini. Saya berdiri di sini untuk senior saya dalam bidang lakonan, kami buat untuk seni serta cinta kami terhadap seni.”
Apa sangatlah, saya cadangkan dia melakonkan babak romen atas katil pulak, tak yah pakai baju, buat adegan bogel! Haram? Mana ada halal haram dalam seni? Semuanya boleh, bukan? Demi seni! Lakukan!!
Pengorbanan yang tidak bertempat barangkali. Hukum dunia lebih penting dari hukum Allah?
===============
Tonton video ini, bagaimana Islam sekarang!
nota: Rukun Islam adalah
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Sembahyang lima waktu - langsung tak bleh tinggal. Darurat macam mana pun tak bleh tinggal. Hatta mati sekalipun kena sembahyang!
- Puasa di bulan Ramadhan
- Mengeluarkan zakat - bukan sekadar zakat fitrah tau...
- Haji bagi yang mampu
Awak jawab sendiri!
===============
Oklah, saya stop!
~leLabu~
Sharifah Amani & Sharifah Mazlina 2 org berlainan
BalasPadam:-/
Hukum Membotakkan Kepala Bagi Wanita MUSLIM
BalasPadamMessage: Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum
Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :
Rasulullah saw. telah melarang
perempuan mencukur ( membotakkan )
kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz
Ziinah , bab Larangan Perempuan
mencukur kepalanya
2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
Rasulullah saw. berlepas diri dari
perempuan yang meninggikan suara
tangisan ketika meratap dan
membotakkan kepala ketika musibah .
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam
keadaan mereka menerima musibah
dilarangkan oleh Rasulullah saw.
sehingga baginda melafazkan bahawa
baginda akan berlepas diri darinya ,
inikan pula membotakkan kepala dalam
keadaan aman tanpa sebarang
musibah .Pastinya ia lebih dimurkai
oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas Rhma :
Rasulullah saw. telah bersabda :
dilarang ke atas perempuan bercukur (
membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi
perempuan memotong sedikit dari
rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab
al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud ( sebab datang )
nya hadis ini berkait dengan tahallul
dalam ibadah haji , maka jelas
hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah
seperti tahallul dari ihram haji atau
umrah , seorang wanita dilarang
mencukurkan kepalanya , inikan pula
dalam keadaan di luar ibadah , tentu
sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya
Syarah Sohih Muslim jilid keempat
jelas menghuraikan persoalan ini .
Maksudnya :
Adapun menggunting rambut dan
memendekkannya ( bagi seorang
perempuan ) untuk berhias dan
kelihatan cantik , maka ia adalah
harus jika mendapat izin dari suami
dengan syarat tidak sampai kepada had
menyerupai kaum lelaki .
Dalam huraian yang menyerupai masaalah
di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili
menambah syaratnya :
Bahawa tidaklah yang sedemikian itu (
merujuk kepada menggunting dan
memendek rambut ) dengan tangan lelaki
ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai
tukang gunting )
Kalau dilihat dalam kitab Fathul
Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 :
lebih jelas membahaskan betapa Allah
menghiasi perempuan dengan rambut yang
cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan
menyambung rambutnya atau memakai
rambut palsu . Pengharaman tersebut
kerana merubah anugerah Ilahi . Maka ,
betapa pula dicukur dan dibotakkan
kepala ?
Kalau menyambung rambut hukumnya
haram , inikan pula membotakkannya
bagi seorang wanita , hukumnya adalah
juga tetap haram .
Kerajaan Mesti Peka
Kerajaan digesa agar lebih peka dalam
soal yang berkait dengan agama dan
hukum . Garis panduan berasaskan
syara' mesti dikeluarkan untuk
industri perfileman Negara begitu juga
untuk industri hiburan agar ianya
tidak menyeleweng dari syariat dan
merosakkan akhlak serta minda
masyarakat.
hoho... botak kepala aje ke.. kening tak pulak? mungkin lepas nih kot? entahlah... nama lagi botak. bagi kpd lelaki sudah ler utk title botak yang muktamad.
BalasPadamalahai perempuan botak...
bila nilai agama tinggal dua sen,tak jugak parah sangat, atleast ada nilai -- dua sen zaman 1940 boleh jugak makan nasi lemak!
BalasPadamapa akan jadi jikalau agama tak ada nilai langsung dengan setengah orang islam kita?
fikir2lah kita,apa nak jadi dengan anak2 melayu islam kita?
tak tentu hara jadinya(tok sangat marah sekali)
satu nak tanam Al Quran dan lagi satu pulak dah kepala botak.
tentu sekali kalau nak dirikan satu 'rostrum' yang kukuh dibina di kutub utara dimana duduknya Al Quran,siap dengan diserkup dengan cermin untuk dipamirkan, ha itu baru gah namanya.
kalau tak tahu menahu sangat fasal agama,tolonglah rujuk kepada orang masjid.kalau malu sangat pergi tanya pada ibu bapa sendiri.
Lawa la sharifah tu hihi... erm... sbnrtnye xpatut amalan sebegini diamalkan hanya kerana ingin menjadikan watak sedemikian lebih brhasil... lihat shj cerita yg dijalankan di negara barat... mereka dpt menggunakan alat solekan ataupun alatan yg boleh nmpk dlm pelbagai rupa bukan shj drpd kepala botak malah drpd rupa juga...
BalasPadamSbnrnya ia tidak wajar amalan botakkan kepala ini dicontohi krn ditakuti akan mempengaruhi kpd para pelakon lain bukan shj yg senior, junior malah juga kpd bakal2 pelakon... ditakuti akan mnjd ikutan para remaja juga yg amat mudah terpengaruh dan menjadikan ianya untuk menarik perhatian org ramai...
Kesan jngka pnjg amat tidak baik ditakuti ianya akan menjadi amalan kehidupan biasa kpd org kita terutama islam!!
Ttp sharifah amani tentu mempunyai cara2nya sendiri mengapa ianya berbuat demikian yg kita tidak ketahui...
Namun disini w/apa pun ia tidak ptt diamalkan oleh kita yg beragama islam!!
[...] Lelabu - Bila nilai agama tinggal 2 sen [...]
BalasPadamlaa,tkley ke ppuan botak ?
BalasPadamigtkan bolehh.
tapi kalo niat kte btol tk pe kan ?
arap ade yg bg kpastian k ?