Banyak yang boleh didapati di ekspo tersebut!
Fakta ekspo tersebut:
- Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2007 yang berlangsung seminggu bermula 31 Mei lalu disasarkan akan mampu mencatat jualan dan nilai kontrak lebih RM4 juta.
- Jumlah penyertaan ekspo ini meningkat berbanding tahun 2006 iaitu melebihi 400 usahawan atau syarikat berbanding seramai 380 penyertaan pada tahun lalu.
- Ekspo pada 2006 mencatat jumlah jualan tunai dan kontrak sebanyak RM3.4 juta manakala pada 2005 (RM3.1 juta) dan 2004 (RM1.5 juta).
- Daripada trend yang dapat dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah jualan dan nilai kontrak yang bakal diperoleh usahawan yang menyertai ekspo ini akan meningkat kepada RM4 juta.
Ekspo ni juga antara lain dapat membantu memberi pendedahan kepada usahawan dan masyarakat mengenai peluang baru yang disediakan kerajaan bagi membantu membangun produk tempatan.
Pakat-pakat mai la no...
~leLabu~
p/s: Petang ni saya akan turun padang untuk buat bancian kepada semua peserta ekspo. Ada lebih 400 gerai...akan lenguh jugak kaki nih... :razz:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan