Saya baru pulang dari Kuala Lumpur semalam. Saya ke sana pada hari Isnin dan kembali ke sini semalam. Buat apa? Oh, saya ke sana menghadiri satu interviu untuk jawatan PTD. Macam mana?
Interviu itu menjadi suatu penyiksaan tahap gaban apabila saya mendaftar pada pukul 8 pagi, dan pada pukul 3 petang baru masuk ke bilik interviu. Itupun setelah berpeluh dan kelaparan. (Kemudian saya melepaskan kelaparan dengan membeli 40 cucuk sate Haji Samuri di perhentian Sungai Buloh :razz: )
Kemudian berhadapan pula dengan panel yang memang orang berpengaruh dan besar dalam sektor awam, iaitu Tan Sri Jamaludin, Dato' Mohd Sani dan juga Dato' Dr Abu Bakar. Pekerja sektor awam pasti kenal mereka ini!
Ok, baik lupakan pasal interviu tersebut kerana keputusannya hanya akan diketahui pada hujung Julai, dan kebarangkalian untuk saya mendapat jawatan tersebut hanyalah 0.08%. :sad: Yang lebih penting, blog ini tidak seharusnya dibiarkan bersawang.
Apa yang saya dapat di Kuala Lumpur?
- Hotel Malaya - hotel di tengah-tengah Chinatown ini rupa-rupanya pernah dihuni oleh Altantuya dan sepupunya ketika masih hidup dan datang ke Malaysia. Siapa Altantuya?
- Chinatown - "Bos, mau beli dvd ka? Blue mau?"
- Surat khabar - Budak Sekolah Berani, satu lagi kejijikan.
- Makanan - Nasi lemak ayam, RM3. Nasi putih lauk ikan keli goreng dan telur rebus, RM5.00.
Kesimpulannya, mana-mana pun, sama saja!
~leLabu~
p/s: Jangan biarkan blog awak diselubungi sawang! :smile:
jgn biarkan ia bersawang...biarkan ia memenuhi ruang..hehheee....:)
BalasPadamsial la itu budak2.. laju je mulut aku.. iskk.. perangai macam apa..
BalasPadam:P
ade link aku kat situ.. *clap* he he
~buff, apa citer? bila lg nak menamatkan kesoloan mu? jgn biarkan IA bersawang buff! :razz:
BalasPadam~mohdismail, yg bagus pasti dilink!tq.