Kalo awak pernah ke Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, awak pasti perasan yang kebanyakan peniaga adalah wanita. Tapi itu bukan point utama saya. :smile:
Kalo awak pernah ke sana, pasti awak perasan yang setiap produk ditempatkan di kawasan yang sama. Contohnya, sayur-sayuran terletak di aras bawah di tengah-tengah. Semua kat situ jual sayur. Tiada lain melainkan sayur-sayuran sahaja...
Kalo awak nak cari keropok, kacang, beras, sambal daging dan barang-barang makanan kering yang lain, awak perlu ke tingkat 2. Kalo awak nak beli tudung bawal, kain batik, kain pelekat dan pakaian yang lain awak kena naik ke tingkat 3. Kalo awak nak makan-makan, awak naik lagi ke tingkat 4. Tapi itu bukan point utama saya.
Point saya, walaupun satu floor dipenuhi dengan banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang yang sama, persaingan dari segi produk yang tepu, macam mana diorang bleh survive? Berpuluh tahun berniaga di situ? Gelang emas sekerat lengan?
===============
Saya selalu ke pasar pada hujung minggu di Balik Pulau. Boleh dikatakan semua peniaga dalam pasar adalah kaum Cina. Tapi ini bukan point utama saya... :razz:
Saya beli kerang. Biasalah orang mengandung kadang-kadang darah tak cukup, darah rendah kata nurse tu. Jadi antara cadangannya, makanlah kerang, boleh tambah darah.
Hari minggu itu, Sabtu 2 Jun saya bersama isteri membeli dua kilo kerang. Lepas beli, nak balik, lalu lah depan gerai-gerai basah lain. Ada yang offer ikan, offer udang (offer di sini bukan maksud diskaun, tapi tanya kita nak beli ke tak). Dan, ada sorang tokei ikan ni, walaupun dia nampak kat tangan saya dah ada 2 kilo kerang, dia masih offer saya, tanya saya nak beli kerang ker tak?
===============
Semalam saya ke ekspo usahawan bumiputera di Seberang Jaya. Sebenarnya, tugas saya adalah membuat bancian peserta. Tapi dah alang-alang ke situ, saya pun roundlah satu tapak ekspo.
Dari gerai ke gerai, dari kedai ke kedai, tak der sorang pun yang offer saya barang jualan diorang. Tak der sorang pun yang manis mulut suruh cuba tengok-tengok barang jualan dia!
===============
Dah dapat point saya?
- di pasar besar Siti Khadijah yang majoriti peniaga adalah wanita bumiputera kelate, walaupun barang yang sama dijual, tapi mulut tokei kedai tu selalu jer manis offer barang diorang, "Nak beli keropok ker awe?", "Buleh tengok-tengok dulu tudung tu kak, pesen baru tuh..."
- di pasar Balik Pulau yang majoriti peniaga adalah Cina, walaupun barang sama, tapi mulut apek-apek tu ringan saja, "Tokei..angkat ini kerang, selonggok tiga ringgit saja..", "Amoi, mau beli siakap ka?..Ini segar-segar lagi...lapan ringgit saja..."
- di ekspo usahawan bumiputera, walaupun boleh dikatakan barang semuanya lain-lain, kalo ada yang sama dua tiga kedai jer, tapi mulut diorang terkunci, senyum pun tidak, jadi saya setakat lalu saja, dah tader yang rekomenkan saya apa-apa...
Kepada usahawan bumiputera di Pulau Pinang, ringankanlah mulut tu tegur-tegur bakal pelanggan... :razz:
Jangan lupa jengok blog ni esok...
~leLabu~
p/s: Rekod menunjukkan saya lebih tertarik kepada gerai/kedai yang tokei/salesgirl/salesman ramah dengan bakal pelanggan. Rekod juga menunjukkan kewujudan salesgirl yang comel akan lebih meringankan tangan saya untuk masuk ke poket dan mengeluarkan wallet.. :razz:
Betul tu bro. Saya pun lebih suka beli barang dengan penjual yang ramah dan tak sombong. Nampak kita dihargai oleh mereka
BalasPadamtapi,..jgn terlebih ramah plak, nanti kita yg naik menyampah :smile:
BalasPadamBetul kata lelabu tu, nak meniaga nie kene ringan mulut dgn customer, kene ramah sikit, kalau tidak pakat tak masuk lah income..
BalasPadamp/s: nak kongsi info tambah darah, selain kerang boleh gak makan sayur bayam atau hati ayam tak kiralah goreng ke buat masak lain ke..
tq amir,
BalasPadamhati ayam dah makan dah, yg tang sayur tu susah skit kot..hehe. kena paksa nampak gayanya.
Huhu kawe dok g sokmo pasar Siti Khatijah tu gegey sokmo sebab nok tarik pelange.. Hehe mokcik-mokcik pun derah jah soro ahah
BalasPadamHehe faham tak? :P
Lelabu, wife awk ada minum susu anmum tak? kalau takder sya syorkan minum susu anmum nie, bg pendapat sy inilah solution dia, wife sy masa mengandung dulu pun kene macmtu gak HB dia rendah, mcam2 mkn, minum masih tkder kesan, tp selepas minum susu anmum elok terus, mcm kerang tu bukan apa takut ank lahir nanti dia ada elergy..itu jer lah..
BalasPadamWah.. lawa theme. Yes.. se lagi team kita dah join. Lawa apa theme ni kan.
BalasPadamBack to topik.. saya setuju, cina x kisah nak ringankan mulut dan senyum. Melayu? Kebanyakkan la.. masam je, apasal loo? :-)
~labanon, faham-lah, kawe pun kelate jgk.. :smile:
BalasPadam~amir, susu anmum mmg sudah sebati dalam hidupnya pagi dan ptg. tadi pegi klinik nurse tu ckp darah dah naik skit..
~theme ni mmg lawa, wlaupun dah ramai yg pakai, saya nak jgk pakai :smile: . saya tukar ni sbb takut awak jemu tgk theme yg sama jer kat blog saya...
Owh..yer ke, bagus lah..theme nie memang lawa, bnyk yg dah pakai termasuk saya..
BalasPadam:smile:
BalasPadamtapi nape yek punca HB rendah?Betul ke minum susu anmum tu boleh naikkan HB.
BalasPadam~mamamie, tak tahu plak saya... :smile:
BalasPadamalamak kenapa lak ni?ada masalah ker? minum susu anmum rasanya utk tumbesaran baby, bukan utk naikkan HB.
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamItulah wajah2 kelate kito.mek dan kakwe selalu pilihan pelangan dimana saja,seluruh malaysia mahu pun pasar geylang serai di singapura.
Ambo bukan nok sokong kaum ambo,tapi lihatlah sendiri peniaga orang kelate selalu mesra,dan maju selalu.
Apakah demo pakai,buat laku barang?
Senyuman mesra dan mesra teguh adalah teladan, yang mesti ahli peniaga pelajari. Demo kan,tak pernoh kecil hati jikalau adik kakok tokseh beli,malah demo selalu kato ‘lain kali’aje kakwe jual adik beli.
Loni kan senyum selalu mesra selalu - cogan kato terkini.
Cintai kelate kito.
Wassalam.
maaf saya edit komen awak. penggunaan huruf besar dari awal hingga akhir memberi maksud yg awak sedang marah/menjerit.. harap maklum.
BalasPadamassalamualaikum.
BalasPadammaaf,lelabu, bro, saya ini orang lama, tak nampak huruf sangat.tidak, saya tidak pernah marah oleh kerana itu bukan hak saya.
terima kaseh, teguran yang saya ambil sebagai panduan.
wassalam.
bro, saya tak katakan awak marah, tapi dlm dunia penulisan di internet ni (chat/komen/post/forum), penggunaan huruf besar memberi maksud kita meninggikan suara/menjerit/marah.
BalasPadambiasalah, saya dulu2 pun tak tahu jugak. tp dah ada yg tegur, baru saya faham. err, kita kena ikutlah, dah masuk kandang lembu ni, jom lah sama2 menguak.. hehe :evil: