Musim cuti sekolah akan berakhir hujung minggu ni. Seperti biasa, ramailah yang meluangkan masa untuk bercuti bersama anak-anak, isteri
Bagi yang takder idea mana nak pergi musim cuti sekolah ni, (yerlah, kenduri sendiri tak, kenduri orang pun tak..) saya mewakili negeri Pulau Pinang (err, lantik diri sendiri ni..) menjemput awak semua datang bercuti di Pulau Pinang. Awak boleh melawat Taman Negara Pulau Pinang, naik Bukit Bendera, lawat Muzium Perang, tokong ular, dan banyak lagi lah... Kalo tak nak naik jambatan, awak bleh try naik ferry.
Oh, kalo awak memang sibuk, sebab banyak kenduri nak attend hujung minggu ni, saya faham. Tak per..lain kali datang Pulau Pinang ekk..
Saya pun tak sempat menghadiri kenduri-kenduri kawin kawan-kawan hujung minggu lepas sebab: pertamanya notis jemputan yang agak lewat diterima dan keduanya, kesuntukan masa. Yer, saya tahu wajib untuk attend walimatul urus, namun apakan daya, dah diorang lewat hantar jemputan sapa suruh? Semua di Kelantan, Terengganu dan Pahang sana plak tuh... :smile:
Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang baru melangsungkan perkahwinan hujung minggu lepas
- Saudara Wan Amiruddin Wan Hussin dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Ahad lepas di Kelantan.
- Saudara Mohd Faisal Abdul Salam dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas di Terengganu.
- Saudara Johan Ariff Ghazali dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas, juga di Kelantan.
- Saudara Ahmad Zaki Yusof dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas di Pahang.
Selamat pengantin baru, dan selamat bercuti-cuti Malaysia...
~leLabu~
p/s: betul-betul sorry kawan-kawan, nanti kalo awak kawin lagi, saya datang ekk.. :wink:
hi.. i'm back hehe.. erm.. ooo.. skrg ni musim cuti sekolah... nmpknye paklah amik peluang cuti2 sekolah ni utk menunaikan ibadah mendirikan masjid!!!
BalasPadamBest regards,
Best In Shah Alam
biasala...musim mendirikan masjid. apa lagi, ambil kesempatanlah..dah lama dah menduda, tak berteman... :smile:
BalasPadammemang betul, asal cuti sekolah je kawin..... saya dulu kawinpun cuti sekolah jugak. Kenduri kahwin ni boleh lah kita kira sebagai cuti-cuti malaysia
BalasPadam