Amaran: Ini adalah perbincangan serius. Sila muntahkan diri anda dahulu sebelum anda dimuntahkan oleh tulisan ini.Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?
Jawapan Islamik oleh Ustazah Sakinah:- Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.
Jadi, jika diharuskan melihat,membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu,iaitu:
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.
Wallahu a’lam.
Jawapan dari seorang Muslim yang bernama En. leLabu :-
Apa kata kalau kita serahkan sahaja dosa-dosa kita selaku suami yang tidak berkuasa menjaga aurat isterinya (kerana ketiadaan kuasa, wang, kemahiran), atau isteri-isteri yang terpaksa mendedahkan auratnya semasa melahirkan ke atas batu jemala mereka ini:
- Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan dan meninggalkan kerjaya di hospital bersalin untuk membuka klinik sendiri. Mereka ini walaupun berjilbab labuh tapi melupakan tanggungjawab mereka untuk melindungi aurat wanita muslim yang lain. Mereka ini perlu sedar bahawa menjadi kewajipan ke atas mereka untuk bekerja di hospital bersalin bagi menyambut kelahiran umat Islam dan juga menjaga aurat muslimah yang melahirkan.
- Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan sehingga meninggalkan hospital bersalin kerajaan (di mana kebanyakan rakyat muslimah pergi untuk bersalin) dan membuka hospital bersalin swasta sedangkan mereka menyedari bahawa ramai wanita muslimah yang tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
- Pemimpin-pemimpin yang mengaku Muslim tapi terlalu bodoh untuk menyedari bahawa perlunya satu dasar kesihatan bahawa hanya doktor wanita muslimah dibenarkan bekerja di hospital bersalin kerajaan.
Masalah dengan kita adalah kita ada ramai professional tapi amat kurang professional yang menerapkan nilai Islam.
Kerana aku seorang yang tidak mampu, maka isteri aku terpaksa bersalin di hospital bersalin kerajaan di Pulau Pinang. Berdasarkan carta organisasinya, hampir 90% doktor yang bakal menyambut kelahiran adalah doktor-doktor bukan Islam.
Dan doktor-doktor pakar di situ pula adalah doktor lelaki bukan Islam. Ya, aku dan isteri mungkin terlepas berdosa (mungkinkah?)sebab darurat dan tiada keupayaan untuk mendapatkan khidmat doktor muslimah untuk menyambut kelahiran anak kami.
Tapi apakah pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam itu juga berada dalam keadaan darurat untuk tidak mencadangkan satu dasar bahawa setiap hospital bersalin kerajaan hanya perlu ada doktor wanita muslimah?
Atau adakah doktor muslimah yang ingin membuka klinik sendiri dan hospital bersalin swasta berada dalam keadaan darurat sehingga perlu meninggalkan hospital bersalin kerajaan?
Wanita-wanita di luar sana,
*pepet kamu akan dilihat oleh bukan sahaja suami kamu, tetapi juga lelaki-lelaki bukan Islam yang lain. Tidakkah kamu rasa tercabar? Atau kamu sememangnya suka
*pepet kamu menjadi tontotan umum?
Ada komen?