Sabtu, 30 Jun 2007

Adakah Semua Baby Comel?

Ini adalah gambar anak buah saya...

Qistina Batrisha

Any comments?

Bye...

~leLabu~

update: Apa katanya bila MohdIsmail kirim salam...

Khamis, 28 Jun 2007

Saya Perlukan Bantuan Awak!

Salam bahagia semua,

Tertarik dengan satu plugin yang membolehkan komen awak, saya balas terus kepada awak, atau dalam bahasa teknikalnya "threaded comment" yang disarankan oleh MohdIsmail dan JohnChow, maka saya pun singgahlah di blog Brian untuk mendownload Brian's Threaded Comments Plugin.

Sambil bersiul-siulan dan sesekali teroff key, saya pun mengunzip dan mengupload plugin itu ke directory /plugins/ dalam instalasi wordpress saya. Kemudian saya upload fail comments.php yang disertakan ke dalam directory /themes/suhweet10/ seperti mana yang diajarkan Brian. Sebelum itu saya sudah membackup fail comments.php yang asal.

Rabu, 27 Jun 2007

Awak Muslim, Mencari Kerja?

Salam bahagia,

Saya terima satu email yang diattachkan dengan gambar di bawah ini. Boleh tak sesiapa verify yang gambar ini gambar asli? Atau ada sesiapa yang beli dan baca The Star pada 2 Jun 2007 yang boleh confirmkan?

muslimunwanted

Kalo gambar ini betul, sememangnya mereka ingin kurang hajar dengan kita!

Klik di sini untuk gambar lebih besar.

update:


Berikut adalah kenyataan penuh daripada Metro Kajang Holding:

HR Dept. of Metro Kajang Holding


Per: Kenyataan Penjelasan


Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan mengambil tanggungjawab
sepenuhnya di dalam iklan jawatan kosong kami yang bertarikh 2hb Jun
2007 di dalam suratkhabar "The Star" dan ingin memohon maaf di atas
segala salah faham.

Jawatan kepada Pengurus Quality Assurance, Pengurus Pemasaran
dan Eksekutif Akaun (bertempat di Batang Berjuntai, Selangor) adalah
khusus untuk perniagaan yang berunsur 'Tidak Halal'. Dengan itu,
jawatan tersebut adalah tidak bersesuaian untuk mereka yang beragama
Islam.


Adalah menjadi polisi Syarikat kami untuk mengamalkan peluang pekerjaan kepada pelbagai kaum. -Via Harakah

nota: Kalo betul jawatan tu berkaitan dengan perkara tidak halal, maka iklan tersebut seharusnya dipuji, kerana mengambil kira sensitiviti orang Islam, yang seharusnya tidak perlu melibatkan diri dengan perkara haram/tidak halal!

================

Dan ini satu lagi gambar yang menjijikkan. Remaja dirogol beramai-ramai di tepi jalan. Ini pun saya dapat daripada email yang diforwardkan kepada saya..

Selasa, 26 Jun 2007

Genting Highland Yang Tak Best!



Ikuti pengembaraan leLabu & wife ke Genting Highland, err... yang tak best!!

Kereta Kabel Genting Skyway..

Dari Kereta Kabel

Jumaat, 22 Jun 2007

Bila Nilai Agama Tinggal Dua Sen



Apa yang nak dihairankan bila Amani botak?

Syarifah Amani

Dua tiga hari ini, apabila mendengar radio, yang ramai lepaskan geram adalah pasal Sharifah Amani yang membotakkan kepalanya. Ramailah yang memberi pandangan, sokongan, kritikan, cemuhan dan bermacam lagi. Tapi apa sangat yang nak dihairankan? (Memang wujudnya dunia seni kini untuk melanggar hukum hakam. Seni yang menghalalkan aurat dan maksiat..)

So, sebab saya pun suka bagi komen yang sikit membina dan banyak yang tak berapa membina, (sekadar memberi pandangan tanpa diambil perhatian pun! Sekadar nilai dua sen!) maka mari baca apa yang saya nak sebut...

Sebagai :
  • sebagai seorang lelaki - "Buruknya pompuan nih!"
  • sebagai seorang pencinta seni - "Nak dapatkan feel lah tu konon?" Maksud berlakon, adalah melakukan yang bukan sebenarnya, atau menjadi watak dalam cerita (atau kata kesatnya, berlakon=menipu). Apa relevannya kata pelakon kalo dalam tv macam tu, kat luar pun macam tu! So, dia bukan berlakonlah, dia tunjukkan diri dia yang botak saja!
  • sebagai seorang muslim - "Dia ni jahil agama agaknya!"
==============

Seorang yang ingin menanam Al-Quran di kutub utara, membatalkan hajatnya bila mufti melarang, kerana dia tahu yang dia tidak tahu pasal agama. Dan yang penting, dia minta nasihat dan mendengar nasihat.

==============

Kata Sharifah Amani,

Banyak kata-kata sokongan yang saya terima terutama apabila saya berjalan di depan orang awam. Ada di antara mereka yang menjerit ‘Adik salutelah, bestlah, adik pelakon hebat’ dan bermacam-macam lagi.

Saya buat semua ini demi kerjaya. Saya mewakili pelakon lain yang cintakan kerjaya mereka tetapi tidak diberi peluang untuk melakukan perkara ini. Saya berdiri di sini untuk senior saya dalam bidang lakonan, kami buat untuk seni serta cinta kami terhadap seni.”
Bangganya bila ada orang yang begini! Pengorbanan seorang pelakon yang sanggup mengenepikan halal haram dan ingin terus menyanjung kerjaya seni. Oh, pasti demi seni dia sanggup lakukan apa saja!

Apa sangatlah, saya cadangkan dia melakonkan babak romen atas katil pulak, tak yah pakai baju, buat adegan bogel! Haram? Mana ada halal haram dalam seni? Semuanya boleh, bukan? Demi seni! Lakukan!!

Pengorbanan yang tidak bertempat barangkali. Hukum dunia lebih penting dari hukum Allah?

===============

Tonton video ini, bagaimana Islam sekarang!

nota: Rukun Islam adalah
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Sembahyang lima waktu - langsung tak bleh tinggal. Darurat macam mana pun tak bleh tinggal. Hatta mati sekalipun kena sembahyang!
  3. Puasa di bulan Ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat - bukan sekadar zakat fitrah tau...
  5. Haji bagi yang mampu
Adakah menyeberang selat lebih penting daripada sembahyang?

Awak jawab sendiri!

===============

Oklah, saya stop!

~leLabu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...