Isnin, 6 Oktober 2008

Mana Hilangnya Pahala Puasa?

Apa yang bengangkan aku bila atas jalan raya di hari raya:

  • potong sebelah kiri - Aku tahulah keta ko laju keta aku tak selaju keta ko. Tapi bila ko potong belah kiri aku jadi tak perasan ko potong ngok! Aku lebih rela ko bagi hi beam kat aku dari ko potong belah kiri.

  • bawak macam siput - Bawak keta macam siput kat jalan satu lorong yang tak bagi can aku potong. Aku tau la jalan tu jalan kampung ko tapi kampung aku jauh lagi. Aku nak kena sampai kampung aku kena bawak laju dari yang ko bawak. Kalo ko bawak macam tu dah tu tak bagi aku potong plak bila masa aku nak sampai. Ko tak per la rumah ko dekat-dekat situ jer.

  • bawak macam siput dok sebelah kanan, bagi lampu tinggi dia buat derrkk jer - Ko kalo bawak slow dok belah kiri. Tapi kalo ko tak sengaja aku tak marah. Tapi kalo dah aku bagi lampu ko buat derrkk jer aku mula la naik hangin. Ko belajar kat driving school mana?

  • traffic light kat roundabout - ini yang aku paling benci, mana punya tempat la dia belajar buat traffic light kat roundabout. Dah roundabout tu biar kan jer la roundabout. Ko nak buat traffic light lagi kat situ apa kes?

  • naik motor sembang-sembang - naik motor sembang-sembang ngan kawan yang naik motor. Pastu buat jalan tu macam jalan bapak dia punya. Aku geram jer nak langgar mat-mat motor yang macam nih.. naik motor konvoi ramai-ramai tu tak per lah, jangan dok sembang-sembang sampai ke tengah jalan plak.

  • menyelit kat tol gate - Ingat ko sorang jer nak bayar tol? Orang lain bleh beratur yang ko tak bleh beratur apa kes? Dah tak tahan sangat nak terberak?

  • pam minyak sambil borak-borak - Abis isi minyak tu start keta blah la wei! Aku pun nak isi minyak jugak, ini terhegeh-hegeh...


Agaknya pahala puasa aku hilang kat atas jalan jer... hehe.

p/s: dah la raya wei.. kerja, kerja...

Isnin, 22 September 2008

Update Kurang Kencang #1

Tukar tempat kerja

Sekarang aku tidak lagi bekerja di Pulau Mutiara yang banyak kedai nasi kandar. Aku telah ditukarkan ke Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Darul Aman. Mungkin kerana bos aku benci tengok aku lama sangat berada di Penang atau mungkin jugak aku yang menyampah tengok muka bos aku yang kat Penang tu. Walaupun setiap kali sembahyang aku doakan semoga bos aku tu dinaikkan pangkat dan dengan serta merta boleh dia cabut dari pejabat lama aku tu, nampak gayanya doa seorang yang ‘karut’ macam aku ni belum lagi dimakbulkan Allah. Mungkin aku kena kurangkan kekarutan dan lebih fokuskan kepada perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

Tempat kerja baru ni masih dalam proses mengenali diri aku. Ker aku yang dalam proses memahami kerja baru aku? Lantaklah yang mana satu pun asalkan aku dapat terus berkhidmat untuk negara yang tercinta nih. Cuma bila jadi hamba kerajaan ni terpaksalah aku meninggalkan anak bini yang kini masih lagi di Penang. Bini plak kerja USM, tader can lah nak tukar-tukar macam pegawai kerajaan lain. Tader dalam kamus dia la nak bertukar kerana mengikut suami bertugas. Terpaksalah aku berulang-alik Penang-Alor Star seminggu sekali. Nak balik hari-hari pun boleh, tapi ongkosnya tidak mengijinkan pak…

Internet yang terbatas

Internet di tempat baru ini agak terbatas kerana banyak laman-laman bersosial dan porno yang diblock dan juga capaiannya yang agak lembap. Mungkin kerana terlampau ramai yang menggunakan internet di pejabat ni buat masa ini. Apabila setengah daripada staff di pejabat ini berpindah ke pejabat masing-masing di seluruh negeri Kedah, mungkin talian internet akan kembali pulih seperti sedia mula. Mungkin akan bertambah laju dan pantas, bolehlah aku merempit...

Rumah sewa

Aku menyewa di sebuah rumah di Hutan Kampung bersama seorang rakan (moshuchikata.blogspot.com) sama kerja tapi pejabat lain-lain. Sewanya bagi aku tidaklah mahal kerana hanya RM300 untuk sebuah rumah dua bilik. Kalau dibandingkan dengan harga sewa rumah di Penang tentunya bagi aku tidak mahal. Tapi kalau dibandingkan dengan sewa rumah di Kelantan mungkin mahal… apa-apa pun rumah ini akan menjadi tempat persinggahan aku semasa hari kerja sahaja. Hari minggu aku akan tetap kembali ke Pulau Pinang.

Semalam aku berenti gerai tepi jalan tu nak beli nasi buka puasa. Mentang-mentanglah aku pakai seluar pendek (masih tutup aurat tau..) dan t-shirt jer, diorang ingat aku tak puasa barang kali. Kat gerai tu jual lauk jer. Aku tanya la makcik tu nasi ada tak? Makcik tu dengan muka saspens dan perlahan tanya aku, nak nasi betul ker? Oii makcik, dah dekat nak buka makcik oii.. ingat aku tak puasa ker? Lepas tu yang ada dekat-dekat situ dok pakat gelak… hampeh nyer makcik..

Selamat hari raya

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog leLabu dot com kerana sampai sekarang masih sudi menjengok blog ini. Walaupun blog ini sangat gersang dengan post-post baru kebelakangan ini, tapi masih ada yang setia.

Walaupun kebelakangan ini tiada isu-isu panas yang dibincangkan, tapi selepas ini blog ini akan kembali aktif membincangkan isu-isu dalam kain, luar kain dan isu-isu yang tak cukup kain untuk dibincangkan.

Blog ini bukan blog yang niche. Jadi, ia sebuah blog yang cacamerba. Aku akan tulis apa yang aku nak tulis. Peduli apa aku kan….

Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin.

Isnin, 8 September 2008

Al-Fatihah

Assalamualaikum,..

Tuan-tuan, aku masih hidup lagi.

Mungkin korang sudah kekonfiusan dengan berita yang tersebar melayang menyatakan bahawa aku dah meninggal. Hari Rabu hari tu bukan aku yang meninggal. Tapi abang aku yang meninggal. Abang aku yang nombor 3. Pada tanggal 3 Ramadhan dia meninggal sebab kena serangan jantung. Aku masih ingat, dua tahun lepas, tanggal 3 Ramadhan juga abangku yang nombor dua meninggal dunia. Mengikut jejak rupanya.

Ramai yang datang melawat keluarga arwah dan jenazah arwah. Abang aku yang ini meninggal pada umur 53 tahun. Ramai kawan-kawan dari TUDM, Airod dan ATSC datang melawat. Oh, abangku ini dulunya seorang mekanik jet pejuang TUDM. Kalo kamu pernah masuk ke kem TUDM Kuantan di Jalan Gambang, bila kamu ketemu sebuah jet pejuang yang diletakkan sebagai monumen disitu, pastikan kamu melihat nama abangku ada terpahat di situ, Che Daud Che Hasan.

Arwah mula diserang sakit dada petang Rabu itu. Kemudiannya sempat dibawa ke hospital dengan ambulans. Masuk ke unit jagaan rapi, ICU selama 15 minit dan kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia. Sekejap sahaja, senang sahaja nyawa itu dicabut. Tidak perlu tangguh walau sesaat, walau untuk melihat anak-anak yang jauh.

Aku memecut dari Seri Kembangan ke Kuantan selepas mendapat perkhabaran itu. Pukul 3 pagi juga aku sampai ke Kuantan.

Arwah disemadikan pada pukul 10 di Perkuburan Islam Kampung Pandan.

Al-Fatihah.

Selasa, 2 September 2008

Yang Miskin Jugak Patriotik

Korang perasan tak? Sambutan bulan kemerdekaan tahun ni tak meriah macam tahun-tahun lepas.

Mungkin sangkaan aku meleset, sebab indicator aku hanyalah bilangan kenderaan yang memasang bendera. Memang kurang giler yang pasang bendera tahun ni. Mungkin diorang sibuk dengan banyak isu...

Tapi korang perasan tak? Yang selama ni kalo sambutan kemerdekaan, yang sibuk usung bendera adalah budak-budak naik beskal, budak-budak naik motor, lori-lori sayur, treller. Maknanya rakyat marhaen yang tak kaya ni lah yang patriotik.

Aku nak tanya, penah korang nampak Mercedes ker, BMW ker yang pacak bendera? Tak penah kan? Mereka bilang nanti rosak cat keta sebab pelekat bendera tu kuat sangat. Mangkuk hayun nyer tokei yang bawak mercedes! Ko pandai sangat kaut kekayaan kat Malaysia ni tapi ko nak lekat satu bendera pun ko berkira?

Kesimpulan, yang pakai keta-keta besar pandai kaut kekayaan negara kita tapi tak pandai nak bayar balik. Nak kibar bendera setahun sekali pun tak nak... tahun depan kalo nak sambut merdeka, kalo aku nampak keta-keta besar ni tak pacak bendera siap laaa... aku lukis bendera kat keta diorang sendiri..

Ada yang tak setuju ngan aku?

Aku pedulik hapa...hehe

Gamelan

*gambar sewaktu menyertai kumpulan gamelan buat persembahan... tader kena mengena dengan post hari ni.

Rabu, 27 Ogos 2008

Demi Tugas Perlu Berkorban, Kan?

Akhirnya kursus DeePeeYay dah habis. Dah tamat, dah khatam, tutup buku. Bukak buku baru pulak.

Buku barunya, sekarang ni aku dok melangut kat HQ nak tunggu posting ke mana arah tujunya aku ni. Sama ada akan kembali ke pejabat lama di Pulau Pinang atau perlu ke negeri-negeri lain. Kalau ikutkan kepentingan peribadi aku, nak jer aku mintak balik ke pejabat lama. Tapi aku dah lama sangat kat situ. Nanti tak berkembang plak kerjaya aku, nanti tak bermultiskill plak aku asyik buat kerja yang sama. Tapi family aku kat Penang. Maka backup plannya, kalau aku tak dibenarkan kembali ke pejabat lama, aku nak mintak ke pejabat SDO Penang. Advantage kepada aku sebab family kat Penang dan juga advantage kepada perkhidmatan kerana aku tak pernah kerja kat situ. Atau boss besar sini akan hantar aku ke negeri Kedah?

Mengikut kata pengarah sumber manusia banyak post kosong di empat negeri pembagkang iaitu Penang, Kedah, Perak dan Selangor. Kalau terpaksa juga keluar dari ngeri Pulau Pinang, maka pilihan terakhir aku adalah ke Selangor, kerana Selangor yang paling jauh dengan Penang. Itu pun kalau boss besar nak hantar aku ke Selangor, doakan banyak-banyak aku takkan pergi ke Selangor.

Inilah dilemma kakitangan kerajaan yang bersumpah untuk 'berkhidmat untuk negara' dan menjadi seorang 'saya yang menurut perintah'. Kepentingan peribadi mesti dikorbankan demi untuk negara. Anak bini terpaksa ditinggalkan untuk menyahut seruan tugas dalam perkhidmatan awam.

Sehingga aku tentu akan bertapak di negeri mana, yang sahihnya di negeri pembangkang, Adiooss!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...