Sabtu, 30 Disember 2006

Raya Korban Di Kelantan Lebih Meriah

Setiap kali tiba hari raya korban, semua orang cakap, katanya raya di Kelantan lebih meriah. Betul ke?

Saya mula merantau sejak berumur 18 tahun. Mulanya ke Johor, kemudian ke Pahang beberapa tahun. Kemudian merantau lagi ke Johor selama beberapa tahun dan seterusnya ke Putrajaya. Terakhir, kini, saya menetap di Pulau Pinang dan berumah tangga di sini, sudah masuk tahun ketiga. Bila tiba saja hari raya korban, ketika ingin balik kampung, pasti terdengar kawan-kawan mengatakan raya korban di Kelantan lebih meriah. Mana mereka tahu?

Tadi pun semasa servis kereta, mekanik yang seorang tu bertanya,
"Raya korban di Kelantan lebih meriah kan?"

Saya tidak tahu. Bagi saya biasa-biasa saja, mungkin sebab saya selalu raya di kampung, maka saya tidak dapat bezakan di mana lebih meriah.

Saya cuma dapat satu jawapan. Raya korban di Kelantan mungkin lebih meriah kerana ibadat korban dilakukan secara gotong royong - sembelih binatang korban di depan/belakang rumah, sama-sama melapah daging, potong daging, agih-agihkan daging, masak daging untuk jamuan, semuanya dilakukan bersama-sama.

Tidak seperti ibadat korban di kebanyakan negeri lain yang menyerahkan ibadat korban untuk diuruskan oleh jawatankuasa masjid.

Jadi, di Kelantan, orang-orangnya sibuk dengan ibadat korban.

Di kebanyakan negeri lain, ahli jawatankuasa masjid saja yang sibuk dengan ibadat korban, yang lain duduk depan tv tengok sarkis. Macam mana raya korban nak meriah? :-P

~leLabu~

nota: Saya akan balik ke kampung esok, jadi, blog ini akan bersawang selama seminggu. Jumpa lagi minggu hadapan. Selamat Hari Raya Idul Adha.

Seminar Pembiayaan Kpd Peniaga & Usahawan Bumiputera

Salam Sejahtera,

Saya ada satu pengumuman. Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan seminar pembiayaan pada 13 Januari 2007 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar, NPC, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan menyesuaikan keperluan usahawan kepada pelbagai kemudahan pinjaman yang disediakan. Kali ini daripada bank-bank, antaranya, Bank Rakyat dan SME Bank.

Yang paling penting, anda akan mendapat format permohonan pinjaman daripada SME Bank. Kerana seminar ini sehari suntuk, makan tengahari disediakan, jangan risau, anda tidak akan dibiarkan mati kelaparan...

Berapa perlu bayar? Tak perlu bayar apa-apa!!

Jika ditanya, cakap saja saya yang ajak anda datang. Senang bukan?

Jumpa anda di sana. Cari saya di sana! Kalau ada masalah, tanyakan kepada urusetia seminar!

Ikhlas,
~leLabu~

Selasa, 26 Disember 2006

Blog Saifulsham Di Hack

Saya tidak tahu, rupanya atas muka bumi ini masih ramai yang busuk hati.

Saya mengunjungi blog Saifulsham.com tadi, dan dapati blog mereka sudah dihack. Ini kerja yang tidak bertanggungjawab. Kenapa perlu merosakkan harta orang?

Diharap gang Saifusham boleh bersabar dengan cabaran ni.

~leLabu~

Jumaat, 22 Disember 2006

Rabu, 20 Disember 2006

Untuk Melayu Pulau Pinang Lagi..

#petikan Berita Harian, 19.12.2006

PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) memulakan langkah awal dalam memenuhi matlamatnya meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial di bandar dengan membeli tiga bidang tanah seluas 50 hektar di Pulau Pinang.

Ketiga-tiga bidang tanah itu akan dimajukan dengan projek perumahan mampu milik serta ruang perniagaan bagi memastikan Bumiputera tidak terpinggir dan kekal tinggal di bandar.

Pembangunannya akan dilaksana secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010.

PHBB, syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang memulakan operasinya September lalu itu, semalam memeterai dua perjanjian masing-masing dengan Island & Peninsular Development Sdn Bhd (I&P Development) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Di bawah perjanjian dengan I&P Development, ia membeli tanah pegangan bebas seluas 44.408 hektar di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada harga RM97.5 juta, sementara dengan TNB pula membabitkan tanah pegangan bebas seluas 2.4 hektar di Gelugor pada harga RM14 juta dan tanah pajakan seluas 23,140 meter persegi di Pengkalan Weld pada harga RM5 juta.

Pada majlis yang diadakan di Pulau Pinang itu, PHBB diwakili Ketua Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman; I&P Development oleh Pengarah Urusannya, Datuk Jamaludin Osman, manakala TNB oleh Naib Presidennya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

nota: Satu lagi respon untuk isu Melayu Pulau Pinang terpinggir. Saya teringat dalam satu mesyuarat di peringkat jabatan, ada seseorang meluahkan, "Nak majukan Melayu Pulau Pinang lagi susah dari nak tolong orang asli. Orang asli, bila diberi bantuan, dibuat itu ini, tidak pandai komplen. Tapi Melayu Pulau Pinang, beratus juta pun dibantu, masih lagi komplen!"

~leLabu~

Jumaat, 15 Disember 2006

Report Percuma Lagi

Selepas The Death Of Adsense & The Death Of Internet Marketing, kini muncul satu lagi peluang untuk buat duit dengan menyebarkan laporan percuma.

Secara jujurnya, saya mendapat $18 dalam masa satu jam (belum lagi dimasukkan ke paypal saya) selepas mempromosikan laporan tersebut kepada kawan-kawan. Anda bayangkan sendiri berapa yang telah saya dapat selepas mempromosikan laporan ini selama 2 hari. Saya bertungkus lumus 2 hari pertama ini kerana saya akan bercuti ke Langkawi esok, dan pulang semula ke Penang pada hari Ahad.

Kini ada lagi satu laporan percuma yang anda boleh download iaitu "Give PPC The Finger".

Laporan ini menceritakan tentang alternatif pengiklanan kepada PPC (pay per click) dan search engine. Ia cuma setebal 11 mukasurat sahaja.

Penulis ingin memperkenalkan sistem terbarunya ModernClick.com.

Jika anda ingin cepat, terus daftar di laman web http://tinyurl.com/ygg2h4

Berita baiknya, anda boleh mendapatkan wang dengan hanya refer orang untuk download laporan percuma tersebut. Yang lebih baiknya ialah komisen diberi kepada 3 peringkat.

Peringkat 1: USD1.00
Peringkat 2: USD0.75
Peringkat 3: USD0.50

Mari kita buat kira-kira sikit ;)

Jika anda mendapat 100 orang yang download, dan 100 orang tadi mendapat 10 setiap seorang dan 1000 orang pula mendapat lagi 10, berapa yang anda akan dapat?

Peringkat 1: USD1.00 x 100 = USD100
Peringkat 2: USD0.75 x 1,000 = USD750
Peringkat 3: USD0.50 x 10,000 = USD5,000

Jumlah: USD5,850 secara percuma! Anda cuma perlu mempromosi sahaja dan tiada belian perlu dibuat.

Itu cuma illustrasi sahaja.. Semuanya bergantung kepada usaha anda untuk promosi. http://tinyurl.com/ygg2h4

Apa tunggu lagi? Daftar percuma sekarang sebelum terlambat di http://tinyurl.com/ygg2h4

Bayaran dibuat melalui paypal. Anda boleh menggunakan duit dalam akaun paypal ini untuk membeli atau membayar pelbagai servis/produk di internet.

Selamat Berjaya!!

~leLabu~

Isnin, 11 Disember 2006

Sayangi Isteri Anda!

Assalamulaikum,

Saya tahu, sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog yang semakin bersawang ini.

Keghairahan saya untuk menjadi seorang bapa akhirnya terbantut jua. Saya bercuti dari tugas di pejabat pada 6 Disember 2006 dan esok barulah saya kembali ke ofis. Semuanya demi insan tersayang yang bergelar isteri.

Isteri saya terpaksa dimasukkan ke ward selama satu hari untuk aktiviti pembersihan rahim setelah mengalami missed abortion (saya tak tahu betul ke nama ni sebab dengar-dengar macam tu je apa yang doktor cakap). Dengan bahasa senangnya, janin itu tiada degup jantung dan terpaksa digugurkan, masa itu isteri saya sudah 11 minggu hamil.

Saya menjadi peneman setia untuk beberapa hari ini, dan tidak berkesempatan untuk menjengah blog dan penjualan ebook saya. Saya berharap semua yang mengirimkan email kepada saya bersabar. Saya sedang membalas email anda semua satu persatu.

Mungkin apa yang saya lakukan adalah sangat kecil berbanding isteri saya yang menemani saya selama ini. Walaupun sedikit kecewa kerana belum berpeluang menjadi seorang bapa, saya redha bahawa saya belum ada rezeki.

Pengajaran paling bermakna, sayangi isteri anda! Anda akan jadi kelam kabut walaupun cuma sehari ketiadaannya.

~leLabu~

Isnin, 4 Disember 2006

Ajaran Sesat Lagi..

Kebelakangan ini, berita yang menjadi topik hangat adalah berita kesesatan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada tahun 1994. Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan mereka difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam dan merosakkan akidah.

Isu Aurad Muhammadiah dan Asaari Muhammad muncul kembali selepas penangkapan 100 orang dari pertubuhan Rufaqa yang sedang mendengar ceramah di Selangor. Memang sebelum ini pun saya pernah terbaca satu forum yang melibatkan penyokong Asaari. Nampak sangat ketaksuban puak-puak ini kepada pemimpin mereka.

Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia sekarang sudah sedar bahawa ajaran menyeleweng daripada Arqam dahulu telah diwarisi Rufaqa. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar, dan berwaspada apabila berurusan dengan Rufaqa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...