Isnin, 4 Disember 2006

Ajaran Sesat Lagi..

Kebelakangan ini, berita yang menjadi topik hangat adalah berita kesesatan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada tahun 1994. Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan mereka difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam dan merosakkan akidah.

Isu Aurad Muhammadiah dan Asaari Muhammad muncul kembali selepas penangkapan 100 orang dari pertubuhan Rufaqa yang sedang mendengar ceramah di Selangor. Memang sebelum ini pun saya pernah terbaca satu forum yang melibatkan penyokong Asaari. Nampak sangat ketaksuban puak-puak ini kepada pemimpin mereka.

Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia sekarang sudah sedar bahawa ajaran menyeleweng daripada Arqam dahulu telah diwarisi Rufaqa. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar, dan berwaspada apabila berurusan dengan Rufaqa.

13 ulasan:

  1. takde beza rufaqa ngan arqam cuma nama jer bertukar. Tapi saya tengok pengikut rufaqa ni memang taksub ngan pemimpin abuya ni.
    Sampaikan gambar diletak merata-rata. selalu gak tgk diorang , kat sebab markas damansara diorang juz cross the road dari rumah saya.

    BalasPadam
  2. Semalam aku gi sarapan pagi kat sebelah kedai makan Rufaqa. Berani betul dia tampal poster Abuya "Pemimpin ajaib di zaman ini". Besar plak tu..Student aku pun ada yang masih jadi pengikut Abuya ni..Tapi susah jugak nak nasihat budak ni, sebab dia very smart and briliant student..Cara didikan Abuya ni memang bagus.. pengikutĂ‚² dia pun bukan calangĂ‚² orang.. Tapi sayang seribu kali sayang..

    BalasPadam
  3. ntahlah...abuya ni tak serik dan tak insaf lagi.

    dulu aku tgk ekonomi arqam, sbb tgk dari luar, nampak gah lah, macam mana sistem ekonomi diorang yang boleh bukak cawangan sampai merata nusantara.

    tp bila tahu yang diorang mengerah tenaga, dalam hati aku cakap, kalau kerja tak bayar gaji, syarikat mana2 pun boleh untung...pekerja pulak yang kena menyumbang kepada syarikat....

    BalasPadam
  4. ramai yang terjerumus takkan serik punya... dah bersarang dalam kepala minda... dan terkini dah tentunya melalui penyebaran melalui email.... saya dah dapat satu... baca dan nilai sendiri....
    dan mungkin ramai lagi yang dah dapat... kesiannya...

    kenapa ler bersusah payah menyusahkan orang??

    ajaib sungguh kah???

    oh ajaib oh ajaib!

    BalasPadam
  5. ramai bah yang terpesong sekarang ini bah....... ndak perlu kna cakap....... tapi secara taqiyyah bah kan......... itulah sekarang gawat sudah agama islam pun suda di rendah-rendah kan,,,,,,,,,,,,, apalagi mantapkan iman dengan AL-QURAN LAHHHH...

    BalasPadam
  6. ajaran terbaru ajaran anuar dan ajaran politik hehehehehehehehehehh lagi sesat

    BalasPadam
  7. sesat lagi? betulkah? atau kita yang tidak cukup ilmu pegang berlandaskan cakap orang? kenapa tak kaji? dah jumpe bukti? berkaitan akidah ke? kalau abuya boleh berlapang dada mengapa yang menuduh dan yang suka memanjang2kan tuduhan tidak berlapang dada? Tuhan, anugerahkanlah taufik dan hidayah pada hamba-hamba-MU.....

    BalasPadam
  8. 1. jangan kamu menuduh seseorang islam itu sesat kerana jika mereka tidak sesat maka sesat itu akan kembali kepada kamu.

    2. jika sesat sekali pun maka adakah anda berhikmah dalam memujuk mereka kembali ke pangkal jalan?

    3. sudah puas pujuk dan muzakarah? benarkah? katakanlah benar, tetapi mereka bersungguh-sungguh mempertahankan pegangan mereka, tidakkah kamu belajar terdapat perkara ikhtilaf yang dibenarkan di dalam islam maka kenapa kamu tidak berlapang dada sedangkan pihak yang dituduh berlapang dada.

    4. berkaitan aqidah? benarkah? cuba kaji kitab tauhid apakah tanda seseorang itu sesat? kufur? ada pada merekakah?

    5. adakah yang mengikut mereka bodoh-bodoh belaka? ya barangkali di malaysia semua bodoh sebab belajar tak tinggi [sebab belajar agama di malaysia kena dapat pengiktirafan jika tidak dianggap sesat!] maka bagaimana dengan orang yang di luar sana? bodohkah mereka? jahilkah mereka? tidak belajar agamakah mereka?

    6. kenapa tidak kaji? kenapa hanya dengar-dengar cakap orang? berita dari akhbar dan tv? adilkah menghukum seseorang tanpa diberi peluang membela diri? [jika di mahkamah] adilkah saudara menuduh jika saudara sendiri tidak memahami apa yang saudara katakan?

    7. kalau saudara kata taksub, maka bagaimana pula dengan orang politik? orang seni? orang yang ape-ape aje le.....

    8. akhirnya....... fahami bait di bawah:-
    jika mata tidak dapat melihat
    jangan anggap sesuatu tidak ada
    jika telinga tidak mendengar suara
    jangan anggap suara tidak ada

    BalasPadam
  9. ni komen pengikut tegar kot.
    kalau dah taksub tu taksub jugak. tahi lembu pun bau wangi gamaknya...

    BalasPadam
  10. assalamualaikum......
    kpda suma pembaca....
    aq pun nda tau mau ckp apa
    tapi, klu aku cuma ikut ajaran
    yg sepatut nya di ikuti..
    lakukan 5 rukun islam & 6 rukun iman...
    taat kpada allah...
    tidak menzalimi org lain mahupun diri sendiri...
    sentiasa melakukan kebajikan...dan yg sepatutnya lagi...
    terlalu lebih 2 yang menyebabkn sesat...
    e2 pandangan aku lahh....
    tepuk dada tanyalah IMAN........

    BalasPadam
  11. ko orng sibuk sngt dgn gambar abuya dipamerkan..salah ke..biar lah dia..dia nak pamerkan gambar guru dia pemimpin dia..yg lain tu apa kurangnya tak pulak engko orng bising...pas dgn gambar pemimpin pasnya..umno dgn gambar pemimpin umnonya..kalau musim pilihanraya lagi banyak gambar2 bergantungan sana sini engko orang tak nampak ke...kat parlimen tu siap dgn patung pemimpinnya lagi,ko orang tak nampak ke...merata pejabat ke premis ke bergantungan gambar pemimpin mereka ko orang tak nampak ke...duit yg ko orang pegang tu ada gambar juga ko orang tak nampak ke..kenapa ko orang sakit hati sngt dgn gambar abuya saja..kalau artis2 yg ko orng puja2 tu gambarnya disana sini tak pulak ko orng bising..tak salah betul aja pulak..hai entah lah...ni lah dikatakan akhir zaman...biarlah luncai terjun dgn lelabunya.

    BalasPadam
  12. dimana kita boleh cari satu kumpulan yang bersih nak masuk pas pun cacar marba kalau rufaqa sesat. apa kata kita sama-sama buat satu jemaah yg lebih gah dari arqam atau rufaqa ada sesiapa berani...

    BalasPadam
  13. Faktor mudah untuk seseorang itu menuduh seorang sesat yang bererti mengkafirkan seseorang muslim itu walaupun tidak berniat begitu ibarat membunuh tanpa niat adalah disebabkan sifat bermalas-malas orang melayu untuk mengkaji apakah yang dikatakan sesat itu benar, adakah dia mengkaji sendiri (bukan dari sumber kedua, ketiga dan seterusnya. Berkaitan dengan kepergian abuya ke luar negara semasa zaman arqam adalah untuk mencari jemaah kebenaran yang dijanjikan di dalam hadis tidak dijumpainya dan akhirnya membentuk perjuangan sendiri dengan harapan bahawa jemaah arqamlah yang akan berjaya. Tidak salah jika beranggapan demikian dan jika mati pun adalah mati syahid.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...