Assalamulaikum,
Saya tahu, sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog yang semakin bersawang ini.
Keghairahan saya untuk menjadi seorang bapa akhirnya terbantut jua. Saya bercuti dari tugas di pejabat pada 6 Disember 2006 dan esok barulah saya kembali ke ofis. Semuanya demi insan tersayang yang bergelar isteri.
Isteri saya terpaksa dimasukkan ke ward selama satu hari untuk aktiviti pembersihan rahim setelah mengalami missed abortion (saya tak tahu betul ke nama ni sebab dengar-dengar macam tu je apa yang doktor cakap). Dengan bahasa senangnya, janin itu tiada degup jantung dan terpaksa digugurkan, masa itu isteri saya sudah 11 minggu hamil.
Saya menjadi peneman setia untuk beberapa hari ini, dan tidak berkesempatan untuk menjengah blog dan penjualan ebook saya. Saya berharap semua yang mengirimkan email kepada saya bersabar. Saya sedang membalas email anda semua satu persatu.
Mungkin apa yang saya lakukan adalah sangat kecil berbanding isteri saya yang menemani saya selama ini. Walaupun sedikit kecewa kerana belum berpeluang menjadi seorang bapa, saya redha bahawa saya belum ada rezeki.
Pengajaran paling bermakna, sayangi isteri anda! Anda akan jadi kelam kabut walaupun cuma sehari ketiadaannya.
~leLabu~
takziah. redhalah atas kehilangan....
BalasPadamTakziah jugak dari saya..
BalasPadamtakziah dari saya
BalasPadamdan memang patut anda sayangi isteri anda... dan juga hargai ibu anda sebaiknya...
sekian terima kasih...
herm..terharu membacanya..takpe..insya-allah kalau ada rezeki tak kemana..Jaga wife baik2..
BalasPadamAku tumpang bersimpati Li.. kuatkan semangat Li,ada hikmah besar tu.. Salam takziah untuk wife mu Li.. Allah nak naikkan darjat mu tu Li. Semoga Allah memberkati kesabaran mu dan ketabahan wife mu Li.. Amin..
BalasPadamterima kasih dan insya-Allah, masih boleh bersabar.
BalasPadam