Saya mula merantau sejak berumur 18 tahun. Mulanya ke Johor, kemudian ke Pahang beberapa tahun. Kemudian merantau lagi ke Johor selama beberapa tahun dan seterusnya ke Putrajaya. Terakhir, kini, saya menetap di Pulau Pinang dan berumah tangga di sini, sudah masuk tahun ketiga. Bila tiba saja hari raya korban, ketika ingin balik kampung, pasti terdengar kawan-kawan mengatakan raya korban di Kelantan lebih meriah. Mana mereka tahu?
Tadi pun semasa servis kereta, mekanik yang seorang tu bertanya,
"Raya korban di Kelantan lebih meriah kan?"
Saya tidak tahu. Bagi saya biasa-biasa saja, mungkin sebab saya selalu raya di kampung, maka saya tidak dapat bezakan di mana lebih meriah.
Saya cuma dapat satu jawapan. Raya korban di Kelantan mungkin lebih meriah kerana ibadat korban dilakukan secara gotong royong - sembelih binatang korban di depan/belakang rumah, sama-sama melapah daging, potong daging, agih-agihkan daging, masak daging untuk jamuan, semuanya dilakukan bersama-sama.
Tidak seperti ibadat korban di kebanyakan negeri lain yang menyerahkan ibadat korban untuk diuruskan oleh jawatankuasa masjid.
Jadi, di Kelantan, orang-orangnya sibuk dengan ibadat korban.
Di kebanyakan negeri lain, ahli jawatankuasa masjid saja yang sibuk dengan ibadat korban, yang lain duduk depan tv tengok sarkis. Macam mana raya korban nak meriah? :-P
~leLabu~
nota: Saya akan balik ke kampung esok, jadi, blog ini akan bersawang selama seminggu. Jumpa lagi minggu hadapan. Selamat Hari Raya Idul Adha.
Selamat Hari Raya Lelabu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
BalasPadamSebab amalan gotong-royong dah tiada. harap yang masih ada di Kelantan itu dapat dipupuk ke tempat lain juga.
BalasPadamAh ah..selamat raya aji..x sempat nok braya rumah.. Sorilah.. Ada masalah famili.. Li.. mung tau Ajik x dok dah?
BalasPadaminna lillahi wa inna ilaihi rojiun...
BalasPadamaku tak tahu ad. bilo takdok? aku balik kg susah sikit nak xs internet.
2hb aritu... Aku pon ore bari jugok..
BalasPadam