Jumaat, 16 Februari 2007

Antara Car Craze Petronas dan Jom Tukar & Menang Myvi JPN

Saya sengaja menulis perbandingan ini untuk memberitahu, kredibiliti Jabatan Pendaftaran Negara (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri) tercalar apabila membatalkan hadiah cabutan bertuah sempena kempen penukaran KPT kepada MyKad.

Objektif Penawaran Hadiah

MyKad : Untuk menggalakkan rakyat menukar KPT kepada MyKad dengan cepat.

Car Craze : Untuk menggalakkan/menarik pelanggan untuk mengisi petrol di Petronas.

Akibat Daripada Penawaran Hadiah

MyKad : Berduyun-duyun rakyat menukar MyKad dengan cepat, sebelum dikenakan denda. Kalau tiada hadiah, ya betul, rakyat akan tukar jugak Mykad tapi bukan berduyun-duyun dan dengan segera. Mereka tahu tanggungjawab mereka untuk tukar MyKad. Cuma semangat itu lebih apabila ada insentif!

Car Craze : Berduyun-duyun pelanggan mengisi minyak di Petronas, setiap kali isi lebih RM50. Kalau tiada hadiah pun, pelanggan akan isi minyak jugak, tapi bukan di Petronas, dan tidak sampai RM50 pun. Mereka tahu tanggungjawab mereka kepada kenderaan mereka. Cuma keinginan untuk isi di Petronas lebih sebab ada hadiah!

Selepas Habis Tempoh Peraduan

MyKad : Hadiah-hadiah yang dijanjikan kononnya akan diserahkan kepada anak-anak yatim. Eh, pulak! Selepas rakyat berduyun-duyun menukar MyKad, dengan cepat, tiba-tiba rakyat ditipu oleh Menteri sendiri. Hadiah yang dijanjikan diserahkan kepada orang lain pulak. Hmm, mungkin Menteri tersebut tidak kenal erti amanah. Jadi buat apa jadi wakil rakyat kalau tidak amanah?

Car Craze : Hadiah-hadiah yang dijanjikan diserahkan kepada pemenang! Pelanggan yakin dan percaya dengan Petronas. Pelanggan bakal bertambah. Ini yang dinamakan amanah! Cakap serupa bikin!

nota : Kredibiliti Kementerian terbabit pastinya tercalar. Kredibiliti Menteri terbabit tercalar. Sudah tersemat di dada saya, Menteri tersebut tidak amanah! Senang-senang hadiah untuk orang lain diserahkan kepada orang lain. Saya tidak mempertikaikan untuk menderma kepada rumah anak yatim, tapi wajarkah mencuri daripada yang hak dan didermakan kepada anak yatim?

Adil : Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Zalim : Tidak meletakkan sesuatu kepada yang hak. Fikir-fikirlah, wahai Pak Menteri. Natijahnya kepada kamu jugak, hari ini, seorang manusia ini, telah mengecop kamu sebagai orang yang tidak amanah!

Sesiapa yang nak anjurkan peraduan, pastikan hadiahnya diberikan!

2 ulasan:

  1. ha ha ha depa semua mulut hapak. janji tapi tak tunai. sekadar strategi marketing jek.

    BalasPadam
  2. Dimaklumkan bahawa syarat minimum penyertaan Car Craze adalah RM 30 sahaja & bukan RM 50.

    Yang RM 50 tu peraduan "Card Craze"

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...