Rabu, 14 Februari 2007

Glory Glory Man Utd

LONDON: Gary Neville yakin Manchester United boleh menamatkan tiga musim yang penuh kekecewaan dan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris. United sudah menyaksikan Arsenal dan kemudiannya Chelsea dua kali mengatasi mereka sebagai jaguh England.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Sir Alex Ferguson itu tidak langsung menunjukkan sebarang kejatuhan selepas mengungguli kedudukan carta liga sejak pertengahan Oktober dan kini mendahului dengan enam mata di depan Chelsea dengan berbaki 11 perlawanan.
[audio:http://myebookdepot.com/music/Manutd.mp3|autostart=yes]

Neville, ketua pasukan United berkata: “Pasukan lain yang bergelut untuk mengatasi kami.

“Kami mempamerkan bola sepak terbaik yang dapat disaksikan buat bertahun-tahun dan kami perlu mengekalkannya.

“Ramai bercakap mengenai tekanan berada di puncak tetapi kami sebenarnya hanya baru menikmati bola sepak kami.

“Saya rasa skuad ini bersedia untuk kembali menang. Kami sudah mengalami tiga tahun yang mengecewakan dan tidak mampu beraksi setanding dengan keupayaan kami.

“Kami terjejas dengan kecederaan bagi tiga musim terdahulu pada babak paling penting bagi musim itu.

“Ia bermakna kami sudah jauh ketinggalan dan pada ketikanya kami tidak mampu mempamerkan aksi yang memuaskan.

“Pasukan ini sudah cukup menderita dan kini bersedia untuk bersatu dan tahu apa yang perlu dilakukan.”

Neville percaya skuad sekarang bertambah matang dan ia adalah kunci utama kepada peningkatan mereka.

“Kami matang dalam beberapa aspek dan beberapa pemain muda kini menghasilkan permainan yang menakjubkan,” katanya kepada laman web rasmi kelab.

****
Shebby kata, jurulatih TMFC tak ajar apa-apa kat pemain-pemain, dan dia kena ajar pemain-pemain tu dari A balik...(banyak la ko! macam la ko terer sangat! kita tengokla malam ni!)

nota: Jangan marah saya, sebab saya sedang menggodek-godek blog ini untuk banyakkan audio dan video.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...