Isnin, 5 Februari 2007

Tekun Tunas : Salah Satu Skim Pembiayaan Kerajaan

Pembiayaan sebagai modal permulaan ini khusus kepada individu atau bakal usahawan yang berminat dan komited untuk menceburi bidang perniagaan.

Jenis-jenis perniagaan yang boleh diceburi dengan pembiayaan Tekun Tunas ini adalah gerai tetap, gerai bergerak, kedai tetap, perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan pembuatan.

Syarat Kelayakan Asas

  1. Bumiputera berumur 18-60 tahun (ini untuk pastikan usahawan seorang yang mature dan boleh disaman :p )

  2. Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (kalau nak niaga mesti ada lesen kan?)

  3. Mempunyai premis perniagaan/ lokasi/ cadangan lokasi dengan dokumen sokongan (ini nak pastikan betul ke ada tempat nak niaga, kalau bergerak pulak, nak pegi pasar malam mana, jadual pasar malam yang nak niaga)

  4. Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik (kalau ada hutang dengan mara ker..)

  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa (part time tak bleh ekk..)

  6. Mengemukakan rancangan perniagaan (ini kena buat la..tak tahu nak buat, download free gift yang saya offer kat sidebar tu..)

  7. Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

  8. 10% modal keseluruhan disediakan oleh usahawan

  9. Mempunyai pengetahuan/ pengalaman/ kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan (kena ada pengalaman la pulak... :-))


Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

Ada juga kekurangan skim ini, terutamanya :

  • Usahawan perlu menyediakan 10% modal keseluruhan. Apa yang tunasnya kalau nak kena sedia duit sendiri jugak?

  • Caj perkhidmatan 8% setahun.

  • Simpanan akan dikenakan sebanyak 10% dari nilai pembiayaan setahun. Simpanan ini dikutip semasa kutipan bayaran balik pembiayaan.

  • Kutipan bayaran balik selepas 3 bulan mendapat pembiayaan. Rasa macam cepat sangat!


nota : Saya sedang mereview beberapa skim pembiayaan yang ada disediakan oleh agensi-agensi kerajaan. Ramai yang kata skim-skim pembiayaan ini available but not accessable. Adakah ini benar atau sekadar persepsi orang kita yang sememangnya mahu semuanya disuap?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...