Selasa, 27 November 2007

Twitter Tools - Update Blog Dengan Twitter

Aku kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja yang official di pejabat dan juga kerja-kerja yang tak berapa official di rumah seperti basuh pakaian sendiri setiap hujung minggu, masak air panas untuk baby aku mandi, tolong istinjakkan baby bila dia pupu dan banyak lagi tugas yang dilakukan oleh seorang abah yang baru dilantik.

Maka dengan itu, aku mencari jalan bagaimana untuk mengupdate blog in secara ringkas walaupun ketika di jalanan. Dan aku mahukan update-update ringkas ini muncul berlainan daripada entry-entry biasa yang aku tulis. Arakian terjumpalah aku dengan satu cara untuk menghighlightkan update-update ringkas ini iaitu dengan  format asides.

Maka tanpa berlengah-lengah dan melenggang mak limah lagi, aku hubungi pakcik google dan bertanya, "Pakcik, macam mana nak buat asides yang macam kat fotoblog Matt tu? Sebab Matt tu macam tak jelas jer penerangan dia.. macam tak ikhlas jer nak bagitahu.. :-) "

Pakcik google pun jawab, "Demo ikut jah guano hok budok ni buat..."

Aku terkejut, rupa-rupanya pakcik google orang Kelantan...

Aku pun ikut sebijik-sebijik. Akhirnya asides tu berjaya jugak aku buat. Tapi ada satu kemusykilan... Kalaupun aku boleh buat asides, aku masih lagi kena bukak internet nak update blog. Sekonyong-konyong, si Musnaz telah menjadi pengkomen paling aktif kat blog ni... Aku pun dengan sengaja klik link ke blog Musnaz. Oh, Musnaz bleh update blog dengan twitter... Tak sempat aku nak tanya banyak, blog dia dah kena suspended oleh hosting provider... terlebih aktiviti la kot.. haha.. aku pun penah kena sekali, sebab banyak guna server.. server penat barangkali..

Sekali lagi aku tanya pakcik google. Pakcik google suruh tengok satu wordpress plugin nama dia twitter tools. Aku pun pergi download twitter tools dan activate dalam wordpress aku. Tapi ada masalah sebab tak bleh nak setkan kategori bagi setiap update yang hantar melalui twitter...

Aku pun cari solusi dia. Penat juga dok berbincang dengan pakcik google, akhirnya dapat jalan penyelesaian dia lepas sorang mamat ni bagitahu macam mana nak adjust sikit twitter tools tu... Alhamdulillah, semua dah ok, dan aku bleh bagi update ringkas ke blog ni melalui twitter...

Senang sangat...

Dalam bahasa senang,
  • asides - macam entry blog jugak, cuma ia diberi format yang berlainan daripada entry biasa. Sekali tengok, macam sangat ringkas dan memikat jiwa.. nak tengok macam mana rupanya.. scroll ke bawah lagi, yang tulisan merah lepas entry ni adalah asides.
  • twitter tools - satu plugin wordpress yang membolehkan setiap update twitter dijadikan sebagai entry blog, dan bila dikategorikan sebagai asides, update tu akan muncul sebagai asides di blog ni.




sedang update blog dgn twitter

sedang update blog dgn twitter

Kemandulan Minda - Bahasa Melayu Tak Ada Class...

Baru semalam aku tulis pasal bahasa, hari ni ada plak dalam paper pasal bahasa. Beritanya pasal mandul minda. Apsal mandul? Sebab tak bleh nak cipta istilah bahasa melayu sendiri dan terlalu meminjam perkataan mat salleh.

Betul. Aku setuju! Sekarang ni banyak sangat perkataan mat salleh yang dimelayukan, dan dimasukkan plak dalam Kamus Dewan. Sungguh tak patut..

Mungkin pakar-pakar bahasa melayu dah hilang kepakaran sekarang ni. Aku ingat lagi, dulu masa di sekolah cikgu aku ajar, istilah bahasa inggeris yang boleh dimelayukan hanyalah perkataan/istilah yang tiada dalam bahasa melayu. Tapi herannya, sebab banyak istilah dan perkataan bahasa inggeris, yang ada perkataan sendiri dalam bahasa melayu, turut dimelayukan. Contohnya:
  • bajet - dalam bahasa melayu dah ada perkataan belanjawan, kenapa masih dimelayukan perkataan budget?
  • konsultansi - dalam bahasa melayu dah ada perkataan perundingan, kenapa masih dimelayukan perkataan consultancy?
  • diskusi - dalam bahasa melayu dah ada perkataan perbincangan, kenapa masih dimelayukan perkataan discussion?
  • famili - dalam bahasa melayu dah ada perkataan keluarga, kenapa masih dimelayukan perkataan family?
  • dan lain-lain lagi
Pelik kan? Macam kita ni terlalu bangga dengan bahasa inggeris daripada bahasa melayu sampaikan yang ada perkataan melayu pun, kita nak juga guna perkataan bahasa inggeris. Pastu pulak, takut dikatakan kita gunakan bahasa rojak, kita melayukan pulak perkataan tu. Pelik sungguh...

Kita dah hilang jati diri agaknya... :-P

p/s: Penulisan di blog ini tidak menggunakan laras bahasa melayu yang betul. Pun begitu, penulis amat berminat dalam mengkaji perkembangan Bahasa Melayu sebab penulis seorang yang pelik. :-P

Isnin, 26 November 2007

Komen Ngeri... Eeeii, Takutnya...!

Selama berblog ni, macam-macam komen yang pelawat blog ni bagi. Kebanyakannya memberikan komen kerana diorang memang layak bagi komen. Diorang layak bagi komen sebab diorang menggunakan akal yang telah dianugerahkan oleh Allah.

Dan ada pula yang tidak layak bagi komen, dan komen diorang aku spam-kan sebab diorang meletakkan otak mereka di kepala lutut. Bila otak mereka di kepala lutut, maka kambing pun bleh buat kesimpulan bahawa mereka itu tidak berakal.

Ini salah satu komen yang aku sifatkan sebagai mengerikan dan datang daripada mereka yang tidak berakal aka otak kat kepala lutut.

komenngeri

Bila baca komen ni, saya terbayang gambar-gambar kepala manusia yang dipancung, mayat yang ditarik dengan motosikal di atas jalan raya dan lain-lain gambar yang mengerikan semasa sengketa di Ambon... Betapa mereka itu tiada peri kemanusiaan lagi, memancung kepala warga sendiri.

Sungguh mengerikan...eeii...takutnya...! Jadi, apa lagik korang, spamlah emailnya... hehe :-P

Diorang Baru Tahu Perkataan 'Baharu'

Aku selalu tengok tv. Hari-hari aku tengok tv. Apa ada dalam tv? Yang paling aku kerap tengok adalah iklan. Iklan bahasa melayu, iklan bahasa inggeris. Tapi korang perasan tak, bila ada produk baru, dalam iklan tu dia tulis BAHARU. Kenapa ek?

Mari kita belajar bahasa melayu. Dalam bahasa melayu, ada perkataan BARU dan ada perkataan BAHARU. Mari kita kaji sikit. Walaupun ayat bahasa melayu aku tunggang langgang dalam blog ini, tapi aku masih lagi ikut perkembangan terkini dalam bahasa melayu, cuma sedikit tak setuju bila bahasa melayu ditukarkan ke bahasa malaysia.

BARU - baru bermaksud belum berapa lama (cth: saya baru datang), apabila saja, sesudah (cth: baru digertak dia sudah lari), pada masa itulah (selepas saya jelaskan baru dia sedar).

BAHARU - bermaksud benda-benda yang takder sebelum ni.

Tapi dua perkataan ni dulu lah. Sekarang ni, perkataan baharu dah jarang digunakan dan Kamus Dewan pun dah iktiraf BAHARU boleh digantikan dengan BARU. Maknanya, kalo dulu, silap letak BAHARU pada sepatutnya BARU, cikgu pangkah. Sekarang ni cikgu dah tak bleh nak pangkah.

Kalo dulu, bila buka Kamus Dewan, cari makna BAHARU, dia akan bagi apa dia makna BAHARU. Tapi sekarang ni, buka Kamus Dewan edisi keempat (terbit tahun 2005 lagi..), bila cari makna BAHARU, dia akan bagi makna BAHARU adalah BARU. Senang cerita, perkataan BAHARU, sekarang ini sama maknanya dengan BARU. Dan perkataan BARU telah mengandungi makna-makna bagi yang dulunya dipunyai oleh perkataan BAHARU.

Jadi, korang tak payah pening-pening nak pikir apa yang aku merepek ini. Aku cuma nak merepek sebab pembuat iklan kat tv tu lembap (dulu ada dua perkataan lembab dan lembap, sekarang satu saja, lembap - bawa dua maksud) sungguh mengikuti perkembangan bahasa melayu! Sesudah perkataan BAHARU dijadikan BARU oleh pakar-pakar bahasa, barulah diorang terhegeh-hegeh nak gunakan perkataan BAHARU...

Mesti korang pening.. hehe :-P

Ahad, 25 November 2007

Kiva.Org - Ini Yang Mampu Aku Tolong!

Aku baru tertemu dengan sebuah website yang cool! Dalam kita sibuk mengejar duit di negara kita yang makmur segala-galanya ni, kita perlu tahu, masih ada negara negara miskin yang memerlukan bantuan kita. Negara-negara macam Somalia, Uganda, Azerbaijan, Palestin, Congo, Iraq dan lain-lain. Jadi, aku perkenalkan korang dengan satu organisasi tidak berasaskan keuntungan yang cool!, www.Kiva.Org!

Kiva.Org membolehkan individu dari seluruh dunia, asalkan ada duit seminimum $25 untuk meminjamkan duit mereka kepada usahawan-usahawan kecil dari negara membangun dan negara-negara miskin. Dengan berbuat demikian, individu macam korang, macam aku, macam kita semua boleh menyediakan modal untuk usahawan-usahawan dari negara-negara mundur dan miskin untuk memulakan perniagaan (membeli mesin jahit, bijih benih, dan lain-lain). Secara tak langsung, kita dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan. Cuma, apsal tak ada organisasi dari Malaysia yang perkenalkan skim macam ni? Atau aku yang tak tahu kewujudannya?

Ini adalah satu cara baru, langsung dan mampan untuk melawan kemiskinan di dunia. Kalau kita ada satu organisasi seperti ini untuk Malaysia, kan ker bagus? Dan aku tak nampak keuntungan dunia, aku nampak betapa $25 yang aku pinjamkan tu dapat keluarkan satu keluarga daripada kemiskinan. Kalo nak dapat interest, baik simpan saja duit tu kat bank!

Anyway, kalo korang ada seminit, lawatlah www.Kiva.Org. Kalo korang tak tertarik lagi dengan apa yang aku tulis ni, mungkin sebab apa yang aku tulis tak best. Tapi Kiva.org ni dah famous dan pernah keluar dalam penerbitan The Wall Street Journal dan BusinessWeek (mungkin kita yang tak baca dua-dua tu!). Cuma aku hairan, kita di Malaysia tak der penglibatan dalam Kiva.Org ni.

Kiva - loans that change lives

Terima kasihlah sebab sudi baca!

Khamis, 22 November 2007

Gua kena kursus tiga hari kat ...

Gua kena kursus tiga hari kat putrajaya. Esok gua balik. Dah rindu kat nur izz zayani ni. Gini rupanya jd bapak...

Khamis, 15 November 2007

Baby Blog! Jom Tukar Link!

Err, sesapa yang ada baby blog, budak comel di izz.lelabu.com ingin berkenalan dengan anda semua.. Mari kita kumpulkan baby-baby di alam cyber...

Baby-baby semua, mari kita tukar link! Yeaaahh!!

Selasa, 13 November 2007

Update Kencang #04

Nur Izz Zayani

Budak comel ni dah semakin sihat. Semalam pegi check kuning dia kat hospital dan dah turun ke 107. Aku pun tak tahu apa yang diorang ukur, tapi ada kaitan ngan sel darah lah. Budak-budak sekarang memang biasa kena kuning. Anak azwanhadzree, si Sofea pun kena jugak dan sampai masuk wad. Alhamdulillah anak aku tak sampai masuk wad, ditutup mata dan dipancarkan cahaya lampu minyak tanah UV.

Aku pun pelik. Mengikut kata orang-orang tua. Dulu-dulu, nak cari budak yang kena kuning ni memang susah. Macam nak cari uban kat kepala, lepas selak-selak baru jumpa satu uban. Tapi sekarang ni, budak-budak memang biasa kena kuning, nak cari yang tak kena kuning, macam nak cari rambut hitam atas kepala yang dah di-blonde-kan.

Oh! Baru teringat anak aku masih belum dibotakkan kepalanya.. nanti dua tiga hari lagi botaklah gamaknya...

Baby Blog

Baby blog untuk budak comel akan dibuat tak lama lagi di subdomain izz.lelabu.com dan akan mula boleh dibaca selewat-lewatnya hujung minggu ni.

Asalnya aku dah buat satu blog kat subdomain junior.lelabu.com tapi disebabkan ramalan doktor tu tidak benar belaka, terpaksalah aku buat satu lagi blog yang comel untuk budak comel. Nama 'junior' macam tak best jer untuk baby girl yang comel tu. So, semua post yang ada akan dipindahkan ke blog izz.lelabu.com. Tapi korang bleh agaklah, mesti banyak ngan gambar... :smile:

Abah Budak Comel

Abah budak comel dah mula kerja hari ni. Fail dah mula menimbun kat atas meja aku bila masuk ofis pagi tadi. Petang tadi plak ada meeting, nak kena siapkan minit mesyuarat plak. Target: sebelum balik fail yang ada atas meja perlu dikurangkan kepada tidak lebih daripada dua fail sahaja.

Abah budak comel juga akan singgah ke supermarket untuk cari wet wipes dan pampers untuk budak comel petang ni... :razz:

Rabu, 7 November 2007

Tiga Budak Hitam Versi Lelabu dot Com

Tiga budak hitam. Masuk hutan. Jumpa dewa tersangkut dahan pokok. Dewa mahu tunai permintaan, kalau tiga budak hitam turunkan dia.

Budak hitam 1: Aku mahu arak, banyak arak!
Budak hitam 2: Aku mahu perempuan, banyak perempuan!
Budak hitam 3: Aku mahu rokok, banyak rokok!

Tiga budak hitam, masuk dalam gua. Dalam gua, budak hitam dapat apa yang diminta. Satu dapat banyak arak, semata-mata arak. Dua dapat perempuan, banyaknyer... perempuan. Tiga dapat rokok, banyaaak rokok.

Pintu gua tutup, dewa blah. Dewa janji nak datang lepas tiga hari.

Lepas tiga hari. Dewa datang buka pintu gua. Gua satu, muka happy. Gua dua, muka happy. Gua tiga, muka macam nak berapi, merah padam nak marah kat dewa.

.
.
.
.
.

"Celaka kau dewa! Rokok ajer? Lighter mana?"

moral of the story: jangan percaya kat dewa! percayakan Tuhan!

Selasa, 6 November 2007

Bini n baby gua dah slamat bal...

Bini n baby gua dah slamat balik rumah. Cuma baby ada kuning..kena check kat hospital setiap 2 hari.. Nama baby gua Nur Izz Zayani

Nur Izz Zayani - Kekasih Baru...

Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya...

Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku qamatkan kat telinga dia.. anak pompuan kena qamat lah kan?

BeberapaMinitDilahirkan

Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu... hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..

Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..

BeberapaJamDilahirkan

Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu... dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama...

BeberapaJamDilahirkan-2

Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..

HariKedua

Baby girl ni dah dapat nama..

HariKedua-2

Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..

HariKetiga

Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..

HariKeempat

Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..

HariKeempat-2

Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi...


 

Sabtu, 3 November 2007

Bini n baby gua masih dlm wad....

Bini n baby gua masih dlm wad. Smalam silap lapor. Gua dpt baby girl. Maknanya dua kali scan nmpak boy tu salah. Gua dah siap ada nama u ...

Bini gua dah selamat melahirka...

Bini gua dah selamat melahirkan seorang hero yg tampan mengikut iras abahnya pkl 4 ptg td.. Alhamdulillah sumanya selamat...

Jumaat, 2 November 2007

Bini gua dah masuk bilik bersa...

Bini gua dah masuk bilik bersalin. Bila2 masa je gua akan jd abah..suspens siot!!

Khamis, 1 November 2007

Update Kencang #03

Mat Indon Tak Sedar Diri Menyerang Lagi

Mat Indon yang mengkomen berlebih-lebihan dengan bahasa beracun mengkomen lagi. Kali ini dalam post yang aku tulis pasal Mat Indon yang otak kat lutut tu. Terus terang aku tak tahu apsal dia jaki sangat dengan negara kita Malaysia walhal sini lah tempat warga diorang tuju untuk cari makan. Pikiran naif aku, dia ni mungkin tak cukup duit nak tambang feri datang sini kot...

Bini Aku Dah Datang Tanda

Mungkin petang ni atau malam ni, aku bakal menyambut kehadiran orang baru dalam hidup. Huhu, bila teringat kat doktor celaka kat Balik Pulau tu, memang aku rasa nak terajang dia! Kiranya tindakan aku untuk bawak bini aku ke hospital adalah tindakan tepat, yang tersasar sikit adalah jumpa doktor celaka tu jer. Walau bagaimanapun, aku rasa aku takkan buat aduan dan merosakkan karier doktor celaka tu. Sebabnya? Kegembiraan boleh menghapuskan dendam.. dok gitu? Lagi pun aku bukannya jenis pendendam sangat, dendam sikit-sikit jer.. maaf yang terbaik.. kan?

Aku Atau Saya

Kalo tengah marah, mestilah aku kan. Mesti kena cakap, aku marah kat ko ni. Barulah menunjukkan kemarahan.. Apa-apapun, aku ker, saya ker, gua ker, ana ker, semuanya membawa maksud yang sama. Kalo ber"aku-ko" pun, masih tulisan aku ni difahami lagi, kecuali Mat Indon yang bangang tuh..

bini gua dah mula turun darah ...

bini gua dah mula turun darah semalam. dan tadi dah buka dalam 4cm. mungkin ptg atau malam ni boleh bersalin. huhu, gua dah nak jd abah ni..

Bini gua masih dlm wad bersali...

Bini gua masih dlm wad bersalin. Tp baru buka 1cm, mgkn lmbat lg bersalin. Anyway, nurse kt sini tader yg comel2 ke? :-p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...