Aku selalu tengok tv. Hari-hari aku tengok tv. Apa ada dalam tv? Yang paling aku kerap tengok adalah iklan. Iklan bahasa melayu, iklan bahasa inggeris. Tapi korang perasan tak, bila ada produk baru, dalam iklan tu dia tulis BAHARU. Kenapa ek?
Mari kita belajar bahasa melayu. Dalam bahasa melayu, ada perkataan BARU dan ada perkataan BAHARU. Mari kita kaji sikit. Walaupun ayat bahasa melayu aku tunggang langgang dalam blog ini, tapi aku masih lagi ikut perkembangan terkini dalam bahasa melayu, cuma sedikit tak setuju bila bahasa melayu ditukarkan ke bahasa malaysia.
BARU - baru bermaksud belum berapa lama (cth: saya baru datang), apabila saja, sesudah (cth: baru digertak dia sudah lari), pada masa itulah (selepas saya jelaskan baru dia sedar).
BAHARU - bermaksud benda-benda yang takder sebelum ni.
Tapi dua perkataan ni dulu lah. Sekarang ni, perkataan baharu dah jarang digunakan dan Kamus Dewan pun dah iktiraf BAHARU boleh digantikan dengan BARU. Maknanya, kalo dulu, silap letak BAHARU pada sepatutnya BARU, cikgu pangkah. Sekarang ni cikgu dah tak bleh nak pangkah.
Kalo dulu, bila buka Kamus Dewan, cari makna BAHARU, dia akan bagi apa dia makna BAHARU. Tapi sekarang ni, buka Kamus Dewan edisi keempat (terbit tahun 2005 lagi..), bila cari makna BAHARU, dia akan bagi makna BAHARU adalah BARU. Senang cerita, perkataan BAHARU, sekarang ini sama maknanya dengan BARU. Dan perkataan BARU telah mengandungi makna-makna bagi yang dulunya dipunyai oleh perkataan BAHARU.
Jadi, korang tak payah pening-pening nak pikir apa yang aku merepek ini. Aku cuma nak merepek sebab pembuat iklan kat tv tu lembap (dulu ada dua perkataan lembab dan lembap, sekarang satu saja, lembap - bawa dua maksud) sungguh mengikuti perkembangan bahasa melayu! Sesudah perkataan BAHARU dijadikan BARU oleh pakar-pakar bahasa, barulah diorang terhegeh-hegeh nak gunakan perkataan BAHARU...
Mesti korang pening.. hehe :-P
perghh! aku baharu tau lah info nih, smart! ho ho
BalasPadambro, penggunaan baharu dalam komen bro ni salah... hehe
BalasPadamsepatutnya, perghh! aku baru tau lah info nih, smart! ho ho
bagus artikel ni! sebenarnya dulu2 punya iklan guna BARU jer! tapi lately tiba2 tukar baharu! pelik aku! aku ingat ni mesti pengaruh indon! naik angin la aku! rupanya dewan bahasa yang buat undang2 baru! aiyo konpius aku undang2 baharu ke baru? story sket!
BalasPadamo yer lembap pun dah jadi satu.. dulu aku belaja ada 2 b dan p! satu maksud bangang satu maksud basah! skang diorang dah cancel p pulak!
sama la kita aku pun mmg tak setuju langsung tukar jadi bahasa malaysia! main2 jer menteri kita
sori silap kensel b pukan p.
BalasPadammcm mana kau boleh catch up memandangkan kita semua dah lama meninggalkan alam persekolahan yang mmg menensenkan tu?
Apa pun alasan yg d beri, perkataan BAHARU tu pada saya adalah lucu. Sepatutnya bahasa bertambah moden, bukan sebaliknya. Kalau konsep BAHARU dan BARU d trima pkai maka kenapa tak buat juga konsep untuk LAMA (atau LAHAMA/LAMAHA) sebab ianya juga melibatkan masa, BARU/LAMA?
BalasPadam