Aku baru tertemu dengan sebuah website yang cool! Dalam kita sibuk mengejar duit di negara kita yang makmur segala-galanya ni, kita perlu tahu, masih ada negara negara miskin yang memerlukan bantuan kita. Negara-negara macam Somalia, Uganda, Azerbaijan, Palestin, Congo, Iraq dan lain-lain. Jadi, aku perkenalkan korang dengan satu organisasi tidak berasaskan keuntungan yang cool!, www.Kiva.Org!
Kiva.Org membolehkan individu dari seluruh dunia, asalkan ada duit seminimum $25 untuk meminjamkan duit mereka kepada usahawan-usahawan kecil dari negara membangun dan negara-negara miskin. Dengan berbuat demikian, individu macam korang, macam aku, macam kita semua boleh menyediakan modal untuk usahawan-usahawan dari negara-negara mundur dan miskin untuk memulakan perniagaan (membeli mesin jahit, bijih benih, dan lain-lain). Secara tak langsung, kita dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan. Cuma, apsal tak ada organisasi dari Malaysia yang perkenalkan skim macam ni? Atau aku yang tak tahu kewujudannya?
Ini adalah satu cara baru, langsung dan mampan untuk melawan kemiskinan di dunia. Kalau kita ada satu organisasi seperti ini untuk Malaysia, kan ker bagus? Dan aku tak nampak keuntungan dunia, aku nampak betapa $25 yang aku pinjamkan tu dapat keluarkan satu keluarga daripada kemiskinan. Kalo nak dapat interest, baik simpan saja duit tu kat bank!
Anyway, kalo korang ada seminit, lawatlah www.Kiva.Org. Kalo korang tak tertarik lagi dengan apa yang aku tulis ni, mungkin sebab apa yang aku tulis tak best. Tapi Kiva.org ni dah famous dan pernah keluar dalam penerbitan The Wall Street Journal dan BusinessWeek (mungkin kita yang tak baca dua-dua tu!). Cuma aku hairan, kita di Malaysia tak der penglibatan dalam Kiva.Org ni.
Terima kasihlah sebab sudi baca!
Timakasih kerana sudi melawat blog aku. Cool blog!.
BalasPadam