Sabtu, 14 Jun 2008

Sumpah Tak Buat Lagi!

Bacalah kisah ni sampai habis, kalo korang tak tersentuh hati, mungkin korang takder hati...

=======================

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan
harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak
kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu
minyak dah habis...

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si
isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari
keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh..
cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik
lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tang an kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak
keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur
bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas
tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa
ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah
menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-
dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak
conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan
untuk lepaskan geram & marah anda...."

p/s: Terima kasih kepada kawan lama yang kirimkan cerita ni ke inbox aku. Kalo ikut Islam, anak-anak ni dari lahir sampai umur 7 tahun kita kena ajar dengan kasih sayang saja, tak perlu pukul-pukul. Lepas 7 tahun kena ajar sembahyang, itu pun kena ajak, bukannya kena pukul. Lepas 10 tahun baru lah boleh pukul, itu pun atas alasan sebab perkara paling besar iaitu nak suruh dia sembahyang...

Jumaat, 13 Jun 2008

Izz Kurang Sihat: Mungkin Sebab Tak Minum Susu Ibu?

Sapa kata susu ibu tak berkhasiat?

Yang aku perasan, Izz jarang-jarang demam masa dia minum susu ibu dari umur dia baru lahir sampai ke enam bulan. Walaupun dia tak reti nak hisap tetek tapi aku paksa jugak dia minum susu ibu. Aku belikan dia botol susu yang paling mahal ada kat pasaran dan aku paksa isteri aku perah susu dan simpan dalam peti ais sebab isteri aku bekerja.

Izz jarang-jarang sekali demam bila dia minum susu ibu tu walaupun susu ibu tu susu yang disimpan dalam peti ais dan dia hisap susu tu pakai botol.

Tapi lepas Izz dah tak minum susu lagi sebab susu ibu dia dah tak banyak lepas dia umur enam bulan, Izz kerap benar demam. Seingat aku dalam sebulan adalah dua kali dia demam. Aku dah naik risau. Hari ni dah lebih seminggu badan dia tak berapa sihat. Siap dengan batuk lagi.

Orang tua-tua kata budak-budak ni dia demam sebab dia nak 'dapat' sesuatu. Ialah, hari tu dia demam sebab nak boleh meniarap, pastu demam sebab nak boleh angkat badan, dan kali ni, kalo ikut kata isteri aku tadi, dia dah boleh menjulur dah.

Aku tak nafikan tu. Tapi bagi aku susu ibu tetap susu yang terbaik. Namun apakan daya ibu Izz dah kering susu sekarang ni. Kesian benar tengok budak-budak demam ni. So, suka aku sarankan, kalo korang ada isteri yang tidak bekerja, bagilah susu ibu kat anak-anak korang. Susu ibu sangat berkhasiat!

Aku jadi macam ni sebab aku minum susu ibu sampai umur dua tahun. Aku bangga jadi anak yang membesar dengan susu ibu. Sebab susu ibu bessstttt...

Rabu, 4 Jun 2008

Kau Hipokrit

Mazidul Akmal, wartawan penyiar TV3 mula menulis blog. Dan kerap kali juga aku mendengar dia mempromosikan blognya dalam segmen Malaysia Hari Ini. Dan hari ini dia cuba mengupas isu gores dan menang atau dia gelarkan gores dan kalah. Tapi nyata post itu dikomen dengan komen yang bagi aku cukup bagus. Kalo media mahu menyokong agenda untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa gores dan kalah itu tidak bagus, mengapa media juga menyiarkan iklan-iklan syarikat-syarikat gores dan kalah itu.Oh, saat post ini aku tulis, dia belum membalas komen tersebut...

Bagi aku ini semua adalah sebab mereka itu hipokrit. Bercakap pasal gores dan kalah sebab mahu menarik penonton ke tv dan menyiar iklan di akhbar sebab dapat duit dari bayaran pengiklanan. Semuanya duit... inilah hipokrit!

Lagi hipokrit yang aku perasan, dalam mengatasi masalah along, media kerap war-warkan bahaya meminjam dari along. Tapi, kalo di belek ruangan iklan di akhbar-akhbar utama, banyak iklan daripada along. Kalo benar mahu mendidik masyarakat, kenapa masih menerima iklan daripada along?

TV3 pula menerima iklan daripada monsun-biz dan seemore dan menayangkan iklan-iklan ini. Adakah TV3 tidak menyedari bahawa kedua-dua laman web ini adalah laman web scam yang menipu duit pelayar internet dan usahawan? Kerana duit, peranan sosial TV3 telah tinggalkan. Kerana iklan di tv ini masyarakat menyangka bahawa laman-laman web tersebut adalah laman web dari syarikat yang menjalankan aktiviti sah dan baik. Namun hakikatnya, laman-lam web tersebut hanya menipu, atau bagi orang yang celik IT dan celik internet dikenali sebagai laman-laman web scam! TV3 perlukan penasihat berkaitan internet!

Ah, bagi aku, semua ini sebab satu sikap, TAMAK! Dan satu lagi sikap, HIPOKRIT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...