Mazidul Akmal, wartawan penyiar TV3 mula menulis blog. Dan kerap kali juga aku mendengar dia mempromosikan blognya dalam segmen Malaysia Hari Ini. Dan hari ini dia cuba mengupas isu gores dan menang atau dia gelarkan gores dan kalah. Tapi nyata post itu dikomen dengan komen yang bagi aku cukup bagus. Kalo media mahu menyokong agenda untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa gores dan kalah itu tidak bagus, mengapa media juga menyiarkan iklan-iklan syarikat-syarikat gores dan kalah itu.Oh, saat post ini aku tulis, dia belum membalas komen tersebut...
Bagi aku ini semua adalah sebab mereka itu hipokrit. Bercakap pasal gores dan kalah sebab mahu menarik penonton ke tv dan menyiar iklan di akhbar sebab dapat duit dari bayaran pengiklanan. Semuanya duit... inilah hipokrit!
Lagi hipokrit yang aku perasan, dalam mengatasi masalah along, media kerap war-warkan bahaya meminjam dari along. Tapi, kalo di belek ruangan iklan di akhbar-akhbar utama, banyak iklan daripada along. Kalo benar mahu mendidik masyarakat, kenapa masih menerima iklan daripada along?
TV3 pula menerima iklan daripada monsun-biz dan seemore dan menayangkan iklan-iklan ini. Adakah TV3 tidak menyedari bahawa kedua-dua laman web ini adalah laman web scam yang menipu duit pelayar internet dan usahawan? Kerana duit, peranan sosial TV3 telah tinggalkan. Kerana iklan di tv ini masyarakat menyangka bahawa laman-laman web tersebut adalah laman web dari syarikat yang menjalankan aktiviti sah dan baik. Namun hakikatnya, laman-lam web tersebut hanya menipu, atau bagi orang yang celik IT dan celik internet dikenali sebagai laman-laman web scam! TV3 perlukan penasihat berkaitan internet!
Ah, bagi aku, semua ini sebab satu sikap, TAMAK! Dan satu lagi sikap, HIPOKRIT!
Assalamualaikum,juz nak tanya.betul ke monsun-biz tu laman scam...setau aku,itu adalah sebuah program berdaftar dan berada dibawah MNRB.
BalasPadam