Bacalah kisah ni sampai habis, kalo korang tak tersentuh hati, mungkin korang takder hati...
=======================
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan
harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak
kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu
minyak dah habis...
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
'Tak tahu... !'
'Saya tak tahu Tuan..! '
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si
isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari
keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh..
cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik
lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tang an kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak
keduanya dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur
bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas
tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa
ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah
menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-
dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak
conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan
untuk lepaskan geram & marah anda...."
p/s: Terima kasih kepada kawan lama yang kirimkan cerita ni ke inbox aku. Kalo ikut Islam, anak-anak ni dari lahir sampai umur 7 tahun kita kena ajar dengan kasih sayang saja, tak perlu pukul-pukul. Lepas 7 tahun kena ajar sembahyang, itu pun kena ajak, bukannya kena pukul. Lepas 10 tahun baru lah boleh pukul, itu pun atas alasan sebab perkara paling besar iaitu nak suruh dia sembahyang...
wow..mndalam betul cite ni.. sedih plk bila baca ape yg terjadi pada ita..kesian budak kecil yang xberdosa 2..
BalasPadamdah lama xsinggah sni :D
ok, aku ada hati lagi ...
BalasPadammemanglah aku dh dgr bnyk kali kisah ni...sblm harga minyak naik lg...dan pstinya aku akan menangis sbb aku pun ada anak,sdgkan anak demampun aku tk tidur.kdg2 trlalu marah aku hanya pukul bantal sbb nk elak dr pukul anak..apalagi anak2ku tkde abah di sisi.
BalasPadamSian..abahnya gi maner..?
BalasPadamsunguh tersentuh hatiii ...
BalasPadam