Jumaat, 13 Jun 2008

Izz Kurang Sihat: Mungkin Sebab Tak Minum Susu Ibu?

Sapa kata susu ibu tak berkhasiat?

Yang aku perasan, Izz jarang-jarang demam masa dia minum susu ibu dari umur dia baru lahir sampai ke enam bulan. Walaupun dia tak reti nak hisap tetek tapi aku paksa jugak dia minum susu ibu. Aku belikan dia botol susu yang paling mahal ada kat pasaran dan aku paksa isteri aku perah susu dan simpan dalam peti ais sebab isteri aku bekerja.

Izz jarang-jarang sekali demam bila dia minum susu ibu tu walaupun susu ibu tu susu yang disimpan dalam peti ais dan dia hisap susu tu pakai botol.

Tapi lepas Izz dah tak minum susu lagi sebab susu ibu dia dah tak banyak lepas dia umur enam bulan, Izz kerap benar demam. Seingat aku dalam sebulan adalah dua kali dia demam. Aku dah naik risau. Hari ni dah lebih seminggu badan dia tak berapa sihat. Siap dengan batuk lagi.

Orang tua-tua kata budak-budak ni dia demam sebab dia nak 'dapat' sesuatu. Ialah, hari tu dia demam sebab nak boleh meniarap, pastu demam sebab nak boleh angkat badan, dan kali ni, kalo ikut kata isteri aku tadi, dia dah boleh menjulur dah.

Aku tak nafikan tu. Tapi bagi aku susu ibu tetap susu yang terbaik. Namun apakan daya ibu Izz dah kering susu sekarang ni. Kesian benar tengok budak-budak demam ni. So, suka aku sarankan, kalo korang ada isteri yang tidak bekerja, bagilah susu ibu kat anak-anak korang. Susu ibu sangat berkhasiat!

Aku jadi macam ni sebab aku minum susu ibu sampai umur dua tahun. Aku bangga jadi anak yang membesar dengan susu ibu. Sebab susu ibu bessstttt...

1 ulasan:

  1. ada cara dia..kalo tak macam mana mak2 kita dulu boleh menyusukan anak2 dia sampai 2 thn. kerja bkn alasan. bykkan bertanya kwn2 n baca dlm forum susuibu.com. & buku2. Insyaallah..anak2 yg membesar dgn susu ibu ni memang cerdik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...