Dengan berbesar hati gua jemput lu semua datang ke rumah terbuka sempena Aidilfitri famili gua di alamat:
340-A, Mukim 7, Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 3 Oktober 2009. Dari jam 12.00 tengahari hingga jam 5.00 petang.
Menu open house dua tahun lepas adalah:
Satay
Lontong
Bihun Sup
Kuih Raya
Cendol
Air Oren
Menu tahun ni belum tentu lagi. Kebarangkalian yang tinggi untuk lu jumpa:
Mee Kari
Char Koay Teow
Kuih Muih Raya
Cendol
Air Oren
Kalau lu kelapangan, daripada tersadai depan tv layan Buletin 1.30 baik lu start motor Kawasaki Er6n lu (kalau lu ada motor ni laa..), pecut datang rumah gua makan mee kari.
Peta ke rumah gua:
Lu masuk highway PLUS arah ke Georgetown/Pulau Pinang. Bayar tol PLUS, masuk ke Jambatan Pulau Pinang. Bayar tol jambatan (RM7-kereta, RM1.40-motor), pecut ke Balik Pulau. Tuan-tuan, silalah baca signboard yang ada.
Sudah sampai ke Balik Pulau, sila ikut signboard menuju ke Kem Bina Negara. Lu tegak jer sampai lu jumpa Masjid Raudhah Pulau Betong di sebelah kanan lu. Itu maknanya lu tak sesat. Kalau lu sesat memang lu tak jumpa masjid ni. Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah.
Sampai masjid, call gua, gua bagi arah seterusnya yang perlu lu ikut.
Rabu, 30 September 2009
Selasa, 29 September 2009
Rumah Terbuka La Pulak
Raya dah lepas. Open house la pulak.
Tataplah gambar raya ni puas-puas. Kadang-kadang nampak hensem pulak gua nih.
Tapi yang gua perasan, gua akan kelihatan hensem dan cerah masa gua tengah gunting rambut kat kedai mamak. Masa tu gua rasa gualah lelaki hensem berkulit cerah dikelilingi mamak-mamak tukang gunting. Rasa megah sambil dengar lagu Tamil dicorong radio.

Khamis, 17 September 2009
Anggaplah Itu Semua Cobaan
Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. (FYI: Gua cuti raya sampai 26 Sept 2009)
source
Kalau sebelum ini gua pernah kutuk lu, makan chickades lu tanpa minta kebenaran, habiskan 100+ lu yang lu simpan dalam icebox dalam bilik tu,kutuk susu lu besar tak padan ngan badan lu yang cekeding walaupun memang gua suka tengok susu lu (hehe), tak datang kenduri kawin lu walaupun masa tu gua tader buat apa cuma layan tidor, lupa nak kejutkan lu semayang subuh, lupa nak cover rahsia lu kencing dalam kayak, tak sound kawan-kawan yang cuba nak cabul lu sambil gua gelak-gelak buat rilek, ambik jungle hat lu tanpa kebenaran, tak sanggup jadi belayer lu sebab lu tu berat sangat, pecahkan rahsia lu korek hidung atas tangga masa malam mess, lupa nak hon/angkat tangan masa selisih kat jalan walaupun masa tu gua rempit 80km/h jer, gua sikat rambut belah tepi, naik basikal lepas handle, tinggikan suara, buat-buat tak tahu masa jumpa kat shopping complex, tak bayar hutang lu lagi sebab gua tengah sesak, tak balas komen lu dalam FB, letak nama lu dalam hitlist Mafia, dan lain-lain... (nanti gua tambah kalau ada lagi...)
Jangan bimbang jangan takut. Anggaplah itu semua COBAAN...
Dan lu perlu maafkan gua.
p/s: Sila-silalah tambah dosa gua kat lu yang gua tak sebut dalam ruangan komen. Nanti gua cuba minta maaf. Sebab gua ni lahir bulan Safar. Orang bulan Safar gini perangainya.
source
Kalau sebelum ini gua pernah kutuk lu, makan chickades lu tanpa minta kebenaran, habiskan 100+ lu yang lu simpan dalam icebox dalam bilik tu,
Jangan bimbang jangan takut. Anggaplah itu semua COBAAN...
Dan lu perlu maafkan gua.
p/s: Sila-silalah tambah dosa gua kat lu yang gua tak sebut dalam ruangan komen. Nanti gua cuba minta maaf. Sebab gua ni lahir bulan Safar. Orang bulan Safar gini perangainya.
Rabu, 16 September 2009
Hang Tuah Gagal Dalam Peperiksaan SPM
Video ni gua tujukan khas untuk lu yang bangga sangat dengan Hang Tuah. Apa lu ingat Hang Tuah tu bagus sangat?
Hang Tuah tu SPM pun fail lu tau tak?
Lu tak percaya?
Ini bukti gua bagi lu.
Hang Tuah tu SPM pun fail lu tau tak?
Lu tak percaya?
Ini bukti gua bagi lu.
Isnin, 14 September 2009
Makanan Idaman Selepas Solat Tarawih
Lepas tarawih, dulu-dulu, sebelum gua tersadai di negeri Pulau Pinang, gua akan selalu cari makanan kegemaran ni. Biasanya dengan kawan-kawan seperjuangan.
Gua teringat masa zaman pembelajaran gua dulu. Gua dan kawan-kawan selalu gerak sama-sama nak kemana-mana. Gua ingat masa gua kat Pahang, paling koman pun 5 bijik motor sekali gerak. Berderu-deru atas jalan raya. Kadang-kadang bawak laju, kadang-kadang bawak perlahan. Tapi masa tu istilah mat rempit tak ujud lagi. Kalau istilah tu ada, memang gua dan kawan-kawan ni pasti dipanggil mat rempit oleh Intan, awek depan rumah tu.
Tak payahlah cerita pasal lauk berbuka. Gua nak cerita makanan yang menajdi idaman gua setiap kali tiba Ramadhan. Ini makanan lepas solat tarawih gua:
Colek Perut + Colek Campur
Colek perut dan colek campur yang best hanya gua perolehi di Kelantan. Itu pun kalau gu-gu balik dari perantauan. Biasanya teman makan colek adalah Fuad dan Aming. Tapi dah dua tiga tahun tak pekena colek sejak gua sibuk menguruskan rumahtangga. Aming pun sibuk dok layan bini. Fuad pun dah jarang jumpa.
Tahun ni pulak gua beraya kat Penang. Lagilah tak sempat nak merasa colek perut dan colek campur yang best tu. Colek campur tu ada dalam bulan Ramadhan je. Tahun lepas balik raya di Kelantan tapi tak dapat merasa colek campur. Sampai-sampai terus sentap tengok ramai sangat dok beratur. Sampai ke tepi jalan.
Mengikut kata hati gua yang memang kurang sabar, asyik nak baran je, gua blah pegi pekena colek buah kat kedai sebelah.
Kerang Rebus
Kerang rebus kat mana-mana pun ada. Sekarang gua main rebus kerang sendiri je. Sukati gua nak makan banyak mana. Sekilo gua beli kerang hidup baru RM2. Kalau kat kedai RM3 tu baru satu pinggan kecik.
Masa gua sekolah dulu lagi mahal kerang ni. Makcik kantin yang gua dan kawan-kawan gua gelar Binyok (singkatan bagi bab* tonyok) tu jual kerang kat budak-budak ni 10 sen dua. Macam jual gula-gula. Punyalah sial makcik tu. Dia tak kira dah gua ni anak yatim, tetap dia jual 10 sen dua bijik juga. Tu belum kira jual ayam goreng yang dah berulat, jual keropok lekor yang dah berkulat dan macam-macam lagi.
Itu pun ada nafsu nak jadi pemimpin. Berkat sumpahan gua dan kawan-kawan gua masa kami belum akil baligh dululah agaknya, dia kalah masa jadi calon pilihanraya masa tahun 1999/2004 dulu. Perangai macam Binyok pun ada hati nak bertanding. Nak lawan Nik Aziz pulak tu... tak sedar diri betul. (Cheh, tak pasal-pasal gua mengumpat orang pulak bulan-bulan puasa nih.)
Colek Buah
Yang ni adalah colek buah. Colek buah biasanya menjadi pengganti bila colek perut dah habis.
Otak-otak
Yang ni paling banyak kat Johor. Kat mana-mana kedai pun ada banyak otak-otak ni. Biasanya dimakan secara regular masa tengok bola kat kedai mamak. Sampai sekarang gua masih terngiang-ngiang kesedapan dia tu.
Sekarang ni rasanya seluruh negara pun dah ada otak-otak nih. Otak-otak Kempas gua rasa nama dia. Cara nak bakar pun kena betul jugak nak bagi otak-otak ni best. Jangan bakar lama sangat nanti tak sedap.
Keropok
Ini kira paling koman. Dah tak tahu nak makan apa sangat.
Uh, bulan-bulan puasa di siang hari bercerita pasal makanan. Pedih perut gua dibuatnya...

Rabu, 9 September 2009
Politik Pegawai Kerajaan: Pemerintah Atau Pembangkang?
Gua pernah beberapa kali dicop sebagai pembangkang oleh pengerusi-pengerusi JKKKP hanya kerana gua bertegas bahawa bantuan kerajaan adalah untuk semua, tanpa mengira parti.
Kerajaan mahu hapuskan kemiskinan semua rakyat. Bukan kemiskinan rakyat yang berparti Barisan Nasional sahaja. Kadar kemiskinan tegar negara tidak akan jadi 0% menjelang 2011 sekiranya masih ramai orang-orang berparti Pakatan Rakyat hidup merempat, miskin tegar.
Gua harap nanti mereka akan faham tugas seorang penjawat awam macam gua ni. Gua tidak boleh berpihak. Gua tidak boleh mengira parti. Gua bekerja untuk kerajaan. Gua berkhidmat untuk negara Malaysia. Gua berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Gua berkecuali. Gua tidak berpolitik. Gua tidak berparti.
Salah untuk gua katakan gua adalah penyokong Barisan Nasional. Kenapa?
Kalau tiba-tiba gua ditukarkan ke jabatan-jabatan negeri Pulau Pinang macam mana? Adakah gua perlu menyokong pembangkang di Pulau Pinang kerana Barisan Nasional adalah pembangkang di Pulau Pinang? Tidak. Gua perlu setia kepada kerajaan hari itu.
Kalau hari ini, gua ditugaskan untuk berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, maka kesetiaan gua adalah kepada kerajaan persekutuan, bukannya Barisan Nasional.
Kalau esok gua ditukarkan ke perkhidmatan negeri Pulau Pinang, maka kesetiaan gua esok adalah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, bukannya Pakatan Rakyat.
Gua berkecuali, sebagai penjawat awam, gua tidak menyokong mana-mana parti politik.
Gua harap rakyat Malaysia akan celikkan mata. Kerajaan dan parti adalah dua perkara berbeza. Anggota pentadbiran kerajaan (PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri, Senator) adalah anggota parti, tapi penjawat awam (KSN, KSU, SUK, dll) adalah manusia yang tidak berparti, berkecuali dan berkhidmat untuk negara!
Gua adalah penjawat awam, juga dipanggil kakitangan awam!
Jadi selepas ini jangan terasa hati kalau gua kata lu bodoh. Gua kata lu bodoh sebab lu tak faham tugas penjawat awam.

Selasa, 8 September 2009
Gaji Minimum Amah Indonesia RM800 : Gua Setuju!
Jangan kecoh-kecoh kalau amah minta gaji minimum RM800 sebulan. Itu kira orait apa. Gua memang setuju habis dengan cadangan ni.
Dengan syarat tambahan amah tu mesti bawah 25 tahun. Single and available. Rupa paras cun melecun macam Dian Sastro atau paling koman pun seksi dan mungil macam Agnes Monica.
source
Kalau syarat tambahan gua tu tak dapat dipenuhi, jangan lupa buat potongan. Dalam slip gaji tu, jangan lupa buat potongan-potongan berikut:
Jika dicampur dan ditolak. Gaji minimum RM800, ditolak dengan semua potongan tadi sebanyak RM500, maka yang amah akan dapat bulan-bulan hanya RM300 sahaja.
Maka sewajarnya lu cuba bincang dengan amah lu. Dia nak gaji RM800 yang dapat kat tangan cuma RM300 atau nak gaji macam sekarang ni, antara RM450 ke RM600. Itu pun kalau amah lu tak memenuhi syarat tambahan yang gua cakap tadi.
Kalau amah lu memang muda, single and available, cun melecun, seksi dan mungil macam Agnes Monica, lu bagi je gaji RM800 tu. Kalau lu tak sanggup, lu pass amah lu kat gua...
Sapa nak bagi gaji minimum RM800 lepas tu kena tanggung makan minum dan tempat tinggal amah? Gila ke hapa?

- Caj Sewa Bilik - RM200. Biasanya yang mampu menggaji amah Indonesia ni orang yang berada dan mampu. Maknanya mampu ada rumah yang selesa. Dalam rumah yang luas dan selesa common area pun pasti ada dan menyelesakan penyewa bilik juga. Jadi, caj RM200 itu pada pandangan gua sangat berpatutan.
- Caj Makan Minum - RM250. Kalau sudah 24 jam di rumah tu, pastinya makan minum pun di rumah. Apa yang tuan rumah makan, biasanya amah pun dapat juga. Kentucky. Pizza. Bubur lambuk. Kerabu kaki ayam atau apa saja. Kalau tuan rumah makan 6 kali sehari, paling koman pun amah dapat makan 3 kali sehari. RM250 kira tersangat murah untuk kos makan minum selama 30 hari.
- Bil Elektrik dan Air - RM20. Amah pun nak kena pakai kipas angin. Nak kena mandi jugak. Nak tumpang tengok tv atau setidak-tidaknya mendengar radio transistor di bilik sendiri. Itu semua menggunakan tenaga elektrik dan mandi perlu guna air.
- Caj Pengangkutan - RM30. Kadang-kadang amah perlu mengikut majikan outstation. Jadi pengangkutan perlulah dibayar sendiri kerana majikan tidak diwajibkan menyediakan elaun pengangkutan. Yang wajib gaji minimum RM800 sahaja.
Jika dicampur dan ditolak. Gaji minimum RM800, ditolak dengan semua potongan tadi sebanyak RM500, maka yang amah akan dapat bulan-bulan hanya RM300 sahaja.
Maka sewajarnya lu cuba bincang dengan amah lu. Dia nak gaji RM800 yang dapat kat tangan cuma RM300 atau nak gaji macam sekarang ni, antara RM450 ke RM600. Itu pun kalau amah lu tak memenuhi syarat tambahan yang gua cakap tadi.
Kalau amah lu memang muda, single and available, cun melecun, seksi dan mungil macam Agnes Monica, lu bagi je gaji RM800 tu. Kalau lu tak sanggup, lu pass amah lu kat gua...
Sapa nak bagi gaji minimum RM800 lepas tu kena tanggung makan minum dan tempat tinggal amah? Gila ke hapa?
Isnin, 7 September 2009
Gambar Lama: Member Datang Menjenguk
Ahad, 6 September 2009
Gua Sumpah Lu : Mati Hidup Balik Jadi Katak
Orang yang tak ada tanah. Hidup menumpang atas tanah orang lain. Begitulah adatnya. Meminta belas ihsan sesama saudara Islam.
Satu hari. Ada ribut. Rumah yang menumpang tanah itu tercabut bumbungnya.
gambar hiasan: google
Ada ke bangang tuan tanah tu tak bagi pejabat gua bantu repair rumah mangsa ribut tu. Abis tu nak biarkan anak-anak kecik kawan tu tidur dalam hujan?
Alasan dia: Ada perjanjian bahawa penumpang tanah tadi tidak dibenarkan membesarkan rumah.
Wahai ngok, baiki rumah dengan buat extension rumah sangat-sangatlah berbeza.
Sama-sama Melayu pun busuk hati.
Gua memang dah mark dah tuan tanah kedaun ni. Kalau dia minta apa-apa bantuan dengan pejabat gua. Mati hidup balik,jadi katak, mati pulak kena penyek ngan tayar motor aiskrim, hidup balik pun gua takkan layan.
Nasib baik gua bukan kerja pejabat tanah. Kalau gua kerja pejabat tanah, gua check dia punya cukai tanah. Kalau ada rekod dia pernah miss bayar, gua cepat-cepat usahakan keluar notis rampas balik tanah.Hahaha. Biar dia tahu sapa lagi jahat.
Ada jugak, dalam bulan Ramadhan, manusia yang boleh menghalang bantuan kepada sesama Islam. Jenis tak pernah dengar fadhilat tarawih punya manusia.
Kejamnya hidup ini...
Auuwww...
Satu hari. Ada ribut. Rumah yang menumpang tanah itu tercabut bumbungnya.
gambar hiasan: google
Ada ke bangang tuan tanah tu tak bagi pejabat gua bantu repair rumah mangsa ribut tu. Abis tu nak biarkan anak-anak kecik kawan tu tidur dalam hujan?
Alasan dia: Ada perjanjian bahawa penumpang tanah tadi tidak dibenarkan membesarkan rumah.
Wahai ngok, baiki rumah dengan buat extension rumah sangat-sangatlah berbeza.
Sama-sama Melayu pun busuk hati.
Gua memang dah mark dah tuan tanah kedaun ni. Kalau dia minta apa-apa bantuan dengan pejabat gua. Mati hidup balik,
Nasib baik gua bukan kerja pejabat tanah. Kalau gua kerja pejabat tanah, gua check dia punya cukai tanah. Kalau ada rekod dia pernah miss bayar, gua cepat-cepat usahakan keluar notis rampas balik tanah.
Ada jugak, dalam bulan Ramadhan, manusia yang boleh menghalang bantuan kepada sesama Islam. Jenis tak pernah dengar fadhilat tarawih punya manusia.
Kejamnya hidup ini...
Auuwww...
Khamis, 3 September 2009
Siput Gonggong
Gua teringin nak makan siput gonggong nih.
Kali terakhir makan adalah pada tahun 2003 di Pasir Gudang, Johor. Kat Penang memang tak ada siput ni.

Rabu, 2 September 2009
Michael Jackson, Ustaz Asri & Kita Semua: Pergi Tak Kembali
Selalu terhegeh-hegeh. Gua baru perasan. Yang kita ni selalu terhegeh-hegeh.
Dulu masa Michael Jackson tu hidup tak ada pulak buka lagu di komputer masa buat kerja. Kutuk dia ada lah. Dari hitam pekat nak jadi putih melepak. Fitnah pulak dia naik "raa" dengan budak-budak.
Sudah dia mati barulah terhegeh-hegeh nak cari lagu dia. Sibuk tengok video clip dia. Budak-budak yang tak kenal Michael Jackson sebelum ni pun dah pandai buat moonwalk.
Pasang lagu kuat-kuat. Pusing dua tiga round. Media player tu pun kalau boleh bercakap dah lama dia sebut, "WTF?!"
Sama juga lah. Dulu tak minat pun dengar lagu nasyid. Macam nak bernanah telinga tu kalau dengar lagu nasyid. Lagi-lagi kalau lagu nasyid dari Rabbani. Yang boleh masuk sikit lagu-lagu nasyid jiwang dari Inteam. Lagu nasyid kurang hajar. Nak bercinta melempias nafsu pun guna nama nasyid. Itu pun hapal sebab nak tekel awek ala-ala jilbab labuh belajar sekolah Arab.
Sekarang bila Ustaz Asri dan pergi tak kembali, barulah terhegeh-hegeh cari cd Rabbani. Kononnya minat habis dengan Rabbani. Abis geledah sejarah asal-usul Rabbani. Asal dari Nadamurni lah, Al-Arqam lah. (Oh, jamaah Al-Arqam tukar nama lagi. Dulu Rufaqa', kena haram, sekarang dah jadi Global Ikhwan pulak. Aku pun dijemput sekali pergi perasmian Kelab Poligami diorang hari tu. Rugi tak pergi!)
Gua, lu, dia, mak dia, bapak dia. Sapa-sapa saja. Sama saja perangai.
Nanti bila dah mati, baru kita terhegeh-hegeh nak mintak dengan Allah pulangkan kita ke dunia. Nak buat amal. Terhegeh-hegeh. Bila ada peluang ni, tak pernah nak direbut!
Tarawih Bukan Tarawikh
Kepada yang sibuk-sibuk nak cerita pasal solat sunat tarawih bulan-bulan puasa ni. Ingat ini.
Ejaannya tarawih, bukannya tarawikh.
Sekian, terima kasih.
Ejaannya tarawih, bukannya tarawikh.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)