Khamis, 28 Januari 2010

Ayam Didik

belajar maksudnya:
berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang; [kamus dewan edisi keempat].

didik maksudnya:
1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); [kamus dewan edisi keempat].

Kalau ditanyakan yang manakah lebih utama, pelajaran anak-anak atau pendidikan anak-anak? Apa pilihan lu?

Pastinya ada sebab mengapa ditukar daripada Kementerian Pendidikan menjadi Kementerian Pelajaran. Yang manakah membawa maksud lebih tepat? Pendidikan atau pelajaran?

Gua lebih suka kepada pelajaran. Belajar itu maksudnya inisiatifnya dari dalaman pelajar, berusaha. Didik itu usahanya daripada pendidik. Anak ayam pun boleh dididik, tapi anak ayam tak boleh belajar. (Rujuk Institut Khalifah bagaimana mendidik ayam, gua serius!)

Kali ni gua nak lu pikir kes berat nih! Oh, maaf, tak payah pikir kalau lu tak dapat bezakan maksud perkataan pendidikan dan pelajaran. Yang dapat fikirkan beza dua perkataan ini sahaja tolong fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...