Seingat gua, mamak ni berkira nak mampus.
If memory serves me correctly (uhuk! - ayat Iron Chef), kalau makan ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, tom yam campur, telur dadar, kerabu kaki ayam dan minum jus tembikai kat kedai tom yam siam, kalau bil tu ada sen-sen dikira halal jer. Tak adanya nak diminta 50 sen daripada pelanggan kalau dah makan pun cecah puluh-puluh ringgit.
Tapi kalau makan kat kedai mamak, makan ratus-ratus pun, kalau dah dia kira ada 50 sen, kena bagi jugak 50 sen tu. Tak pernahnya nak bagi diskaun. Kalau pulak dia nak bagi belen sen-sen kat gua, semahu-mahunya dia nak bagi cokelat Hacks. Gila ke hapa mamak nih? Berkira!
Gua tak tahu pulak apa perkaitannya antara kedai tom yam siam dengan kedai mamak.
Tapi bagi gua, kedai mamak dan perlakuan pekerja kaunter kedai mamak pasti ada kaitan dengan Cikgu Matno! Berkira! Tak percaya?
p/s : Walau apapun, kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Sebab Cikgu Matno *BEST!!
p/p/s: Cikgu, gua tak der MBA lagi… belum layak dapat MBA dan rajin pergi surau mengaji kitab macam Cikgu Matno lagi...
knp harus ditunjuk lauk yg sedap ini.... aduh...laparnya perut...
BalasPadam