Khamis, 28 Januari 2010

Teringat Ko Mek Ambo

*post ini akan ditulis dalam bahasa kelate. sila sediakan kamus bergerak  secepat mungkin.


Ambo teringat ko mek ambo. Sebab mek ambo ni tidaklah berpelajare. Mek ambo tak rajin gi skoloh. Baco jawi tak reti, baca rumi tak reti. Satu-satunya hok dia reti adalah baca al-Quran. Ambo nak tanya, adakah budak-budak lo ni hok pandai baca rumi tapi tak reti baca al-Quran lebih baik dari mek ambo? Tepuk dada tanya selera la weh.

Mek ambo kalu gi ke mana-mana, jenguk rumah orang misalannya, tak akan pernah lupa bawa buah tangan. Kalu tak dok ssekut gula, atau gula sekilo, atau susu setin, mek ambo akan berasa ralat sangat-sangat nak gi rumah orang. Ada kita lo ni buat lagu tuh? Kita lo ni bukan setakat tak bawak gapo-gapo, nak gi tu siap telefon suruh tuan rumah masak macam-macam lagi, nak suruh pulak tuan rumah jamu kita.

Mek ambo kalu ado orang mari ke rumah tak rajin lupa buat air. Kalu tak dok milo, teh O pun jadi doh. Kalu tak dok ssekut meri, ssekut gula; ssekut tawar pun jadi doh. Paling-paling tak dok pun, ssekut mayat sedap jugok buat cicah dengan teh O.

Mek ambo kalu tetamu nak balik tak pernah lupa hulur apa-apa. Kalu tak dok sepuluh rial, dua tiga rial pun dia hulur ke tangan budak-budak. Kalu tak dok duit, dia hulur gula sekapit hok ada di dapur. Habih-habih tak dok dio hulur bungkus buat balik gapo hok dio jamu tak di.

Mek ambo kalu nak manggil bekwoh, susah-susah pun dia akan jemput dari rumah ke rumah. Nak panggil walimah ni dia kata, kena bertemu mata. Kena gi rumah orang dulu sebelum nak panggil orang mari rumah kita. Jauh dekat pun kena gi temu mata. Dalam kamus dia tak dok main pesan-pesan. Kalu dia tahu kita manggil bekwoh nikah kawin ni pakai pos kad, atau email, atau SMS; ambo rasa lama doh nnenja singgoh dada ambo.

Banyak lagi weh, tapi setakat ni la dulu. Tu pun banyak hok kita tok leh buat.

*ambo raso bahaso kelate ambo tidaklah sebagus mana....

6 ulasan:

  1. biasala rosli, adat bertandang di rumah orang, biasanya ada buah tangan. tapi budaya anak muda sekarang, diorang rela beli handset canggih-canggih, alat elektronik canggih-canggih, pastu kalau buat "derk" jer kalau bab-bab nak hulur pitih serial dua especially taim hari raya :)

    BalasPadam
  2. aku pun sama, selalu rindukan mak aku kat kampung yg jauh tu..bila sekali sekala balik, tengok kepalanya yg dah memutih tu, sayu ja rasanya. mak aku pun sama la, baca al-quran amat fasih, baca jawi bolehlah bagi B dan baca rumi D...rindu makkkk

    BalasPadam
  3. bagus2...ambo pum fikir g2 jugak...budak2 lonih tk reti doh....kebanykannyo wak tak tau jah adat2 g umoh ore...kalu g umah ore pom leh pulok wak muko tok malu...ore tuo lu tak supo kto jame lonih.....

    BalasPadam
  4. Yey aku paham, walaupun skill bahasa Kelantan aku setakat Aras 1 PTK.

    Paling aku terkejut budak2 zaman sekarang, tak reti nak tunduk bila lalu depan orang tua. Teruk dari tu, leh langkah kaki tanpa mintak ijin.. Rude sungguh..

    Semoga kita yang ada kesedaran ni, kita terapkan pada anak2 kita.

    BalasPadam
  5. tanpo mek.. sapolah demo ...

    bahagian gula nga susu tuh.. ambo ari ni kalu gi jjale umoh saing ambo amal lagi.. tak sedak kalu gi tange kosong.. belar la gu ambo tu rumoh besar jeragut pun kalu setakat susu setin/ gula sekilo tu apa lah sangat dih? tapi tu lah. adat oghe kita.. come doh tuh....

    kemah molek doh nih.. ambo setuju !

    BalasPadam
  6. mother is always the best!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...