Rabu, 24 November 2010

Boleh Tak Kalau Tak Susahkan Orang

Gua hairan macam mana seseorang boleh bekerja dengan menyusahkan orang. Adakah semua yang bekerja di jabatan sumber manusia memang suka menyusahkan orang?

Kali ini dah masuk kali ke berapa entah gua bermasalah dengan jabatan sumber manusia.

Tiga tahun lepas kemalasan seorang pegawai di jabatan sumber manusia telah menyebabkan gua lambat disahkan pelantikan. Seterusnya secara tidak langsung menyebabkan gua hanya dapat satu pergerakan tangga gaji dalam permohonan penetapan gaji permulaan gua.

Hari ini pula, akibat kelalaian seseorang di jabatan sumber manusia di jabatan lama gua, pergerakan gaji gua tidak boleh dilaksanakan lagi tahun ini.

Ini semua kerana kelulusan pergerakan satu tangga gaji bagi permohonan gaji permulaan gua tidak direkodkan dalam buku servis gua di jabatan lama. Hanya satu pergerakan tangga gaji bagi pergerakan gaji tahunan direkodkan dalam buku servis sedangkan pergerakan satu lagi tangga gaji kerana kelulusan penetapan gaji permulaan tidak direkodkan.

Bila buku servis sampai ke jabatan baru, semuanya tidak teratur menyebabkan pergerakan gaji tahunan gua sampai sekarang tidak bergerak lagi. Gua terpaksa mencari kembali surat kelulusan gaji permulaan gua. Macam sial!

Sejak tahun 2008, gua kerugian lebih RM1k setahun kerana kebengapan dan kesalahan orang di jabatan sumber manusia.

Dan sekarang gua bakal kehilangan satu pergerakan gaji juga kerana kebengapan orang di jabatan sumber manusia yang gagal update buku servis gua.

Harap-harap satu salinan surat tersebut masih tersimpan di mana-mana.

Gua juga berdoa, kalaulah satu hari gua menjadi pegawai sumber manusia, gua akan jadi lebih teliti, kerana kesilapan gua bakal menjejaskan rezeki orang lain!

Panas sungguh rasa di hati! Cis!!!

1 ulasan:

  1. sabar ye rosli.
    what comes around, goes around.
    :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...