Selasa, 9 November 2010

Melayu Pulau Pinang - Undilah Parti Komunis Lagi!

Gua baca BH 9/11/2010 edisi utara, muka surat 7 - tajuknya: "tak prihatin" Dr Hilmi dakwa tindakan kerajaan negeri ambil tanah Kampung Genting tak wajar.

......................................................................................................

Sedikit pengalaman gua dalam hal tanah mentanah di Pulau Pinang.

Seingat gua, banyak tanah di Balik Pulau adalah tanah pertanian. Jika mahu dimajukan sebagai perumahan, atau sebagai pembangunan apa pun, memerlukan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco). Mesyuarat Exco dipengerusikan oleh Ketua Menteri.

Seingat gua juga, sebelum boleh dibawa ke Mesyuarat Exco, perlu dibawa dulu ke Mesyuarat Jawatankuasa Tanah. Mesyuarat JK Tanah dipengerusikan oleh Exco Tanah. Kalau sebelum PRU 2008, exco tanah adalah orang Melayu. Ahli-ahli Mesyuarat JK Tanah adalah ketua-ketua jabatan yang ada kaitan dengan pembangunan tanah, macam pejabat daerah, pejabat tanah galian, dan lain-lain. Dan kebanyakan ahli ini adalah orang Melayu. Tapi sekarang gua tak tahu adakah arrangementnya masih lagi begini?

Seingat gua, jika tanah pertanian ingin ditukar ke tanah komersial untuk pembangunan atau lain-lain, perlu dibawa ke Mesyuarat JK Tukar Syarat Tanah Pertanian sebelum boleh dibawa ke Mesyuarat JK Tanah. Dulu JK ini dipengerusikan oleh seorang exco Melayu. Dan ahli-ahlinya juga ketua-ketua jabatan teknikal seperti pejabat tanah, PTG, JPS, JKR, PBT dan lain-lain. Kebanyakan ketua-ketua jabatan ini adalah orang Melayu.  Seingat gua, kalau ada saja cadangan pembangunan tanah di Balik Pulau yang tidak menguntungkan orang Melayu atau bakal memberi tekanan kepada orang Melayu, JK ini akan dengan segera dan sebulat suara menolak cadangan tersebut. Tapi sekarang gua tak tahu adakah arrangementnya masih lagi begini?

Hari ini gua nak tanya orang Melayu Pulau Pinang: Bagaimana tanah orang Melayu di Kampung Genting & Pondok Upeh, Balik Pulau yang padat penduduk Melayu (tanah kepunyaan orang Melayu) boleh dibuat keputusan untuk diambil balik untuk tujuan pembangunan institusi pengajian tinggi? Sedangkan masih banyak tanah di Balik Pulau yang tidak ada penduduk (tanah yang tidak diusahakan) boleh diambil balik? Adakah ini cara halus untuk mengusir orang Melayu yang memiliki tanah sendiri dari Balik Pulau? Seterusnya mengusir orang Melayu keluar dari pulau Pulau Pinang?

Jawapannya mudah :

  1. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, bukan orang Melayu

  2. Exco Tanah, YAB Lim Guan Eng, bukan orang Melayu

  3. Exco Pertanian, YB Law Choo Kiang, bukan orang Melayu


Adakah mereka ini akan memikirkan nasib orang Melayu?

Jadi, orang Melayu Pulau Pinang, undilah lagi cha-ya-nun-alif dari parti komunis untuk kesejahteraan di masa depan. Anda akan segera dihalau dari pulau Pulau Pinang.

Sejujurnya gua tak tahu perkara ini diperingkat mana. Adakah sudah diluluskan Mesyuarat Exco atau diperingkat mana. Satu saja harapan jika perkara ini telah diluluskan di mana-mana peringkat iaitu delay tactics. Tak payahlah gua nak kena sebut orang Melayu mana dari kalangan yang gua sebut kat atas nun yang boleh applykan delay tactics ni. Paham-paham lah sendiri demi maruah bangsa.

Cheh!

Benda serius macam ni pun nak gua bagitahu jugak. Tak boleh ke nak pikir sendiri? Bagi gua tulis benda merapu sudahlah, jangan sampai gua tulis benda-benda serius macam nih!

6 ulasan:

  1. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ni la padahnya..pangkah sgt parti komunis tu. itulah..terang-terangan kita tahu agenda mereka..
    bro lu pun duduk kat sebelah pulau juga kan? memang rasa macam nak pijak2 je kan puak2 tu...
    buat melayu pulau pinang tak kira di seberang prai apatah lagi di pulau..masih ada masa untuk hangpa semua mengubah keadaan..piru13 nanti jangan jadi buta hati bila memangkah undi...pandang la jauh2 sikit masa depan...

    BalasPadam
  2. melayu pulau pinang masih tak sedar diri lg, penang akan jadi mcm singapore.

    BalasPadam
  3. Ada apa la pada Melayu?
    Kalo bole convert bangsa ni, kan best.
    Melayu = bangsa racist.
    Mujurla Melayu ni tak lahir kat Palestin,
    kalo tak sure dah lama pupus...

    BalasPadam
  4. @abuharraz,

    selagi x kena batang hidung sendiri dia takkan rasa apa-apa.

    bila terkena hidung dia baru lah dia terberak ditengah jalan.

    gua ingat lu ni agak bodoh juga. perjuangan di palestin adakah kerana agama atau kelangsungan bangsa? bukankah perjuangan mereka utk kelangsungan bangsa palestin?

    baca dan baca. fahamkan.

    BalasPadam
  5. dulu penang diperintah oleh parti melayu.. KM dia nama mohd koh tsu koon...yang kaya raya sana pun orang melayu dari india.. sekarang cina halau orang melayu.. dulu mohd koh tsu koon hanya pindahkan melayu... oo baru ku faham

    BalasPadam
  6. @abuharraz,

    hak melayu jangan dipersoalkan klu melayu dikatakan racist, takkan ko aman hidup kat Tanah Melayu ni...bengap!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...