Selasa, 2 November 2010

Ketua Pemuda Bayan Baru? Betul Ke?

Gua dah ok dah.

Walaupun dalam event semalam ada sorang mamat tak reti bahasa. Apa kejadahnya bergaduh dengan pakcik RELA.

Gua tak tahu dan memang tak kenal Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Tapi semalam mamat bangang ni mengaku begitu la. Kalau dia saja-saja guna nama memang gua tak tahu.

Dalam event semalam memang sudah direka aliran pengunjung adalah satu arah. Orang lain, bila tersilap jalan, ditegur oleh pakcik RELA tak ada pulak melenting macam mamat nih. Pakcik RELA tu gua tengok menegur bukan main sopan lagi.

Tapi mamat sorang ni memang tak reti bahasa. Siap boleh meninggikan suara dengan pakcik RELA. Siap tanya siapa yang buat arahan macam tu. Kat pintu masuk pun dah tulis awal-awal mana pintu keluar.  Siap mendabik dada sombong nak mampus mengaku yang dia tu Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Ntah betul entahkan tidak! Pakcik RELA tu pun bagi la can. Gua tengok saja. Kalau setakat pakaian smart tapi otak tak ada macam tu la perangai. Dengan pakcik RELA pun nak berlagak. Pakcik tu ikut arahan saja, dah tugas dia.

Timbalan Menteri yang datang rasmikan event tu pun boleh ikut arah aliran pengunjung yang ditetapkan. Dia ni baru Ketua Pemuda tuut Bayan Baru (kalau betul lah) dah berlagak nak mampus. Siap ugut-ugut pakcik RELA nak contact menteri bagai. Gua hairan macam mana orang muda Bayan Baru boleh lantik ketua macam ni.  Itu pun kalau betul dia Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Tapi kalau tengok kadar kembangan lubang hidung bini dia yang ikut bangga dengan perlakuan bodoh laki dia, mungkin betullah apa yang dia mengaku...

Tapi bagi gua, kalau pemimpin pemuda dah perangai berlagak macam tu, gua tak boleh bayangkan kalau dia jadi wakil rakyat atau menteri. Hancur!

Walau apa pun, secara tak langsung mamat bangang yang mengaku Ketua Pemuda tuut Bayan Baru itu telah menunjukkan kepada pengunjung-pengunjung event semalam bahawa dia seorang pemimpin yang bangang (atau mungkin saja-saja mengaku begitu nak aibkan Ketua Pemuda tuut Bayan Baru yang sebenar). Tak standard langsung nak tunjuk lagak dengan pakcik RELA.  Tak reti nak hormat orang tua. Itu pun nasib baik pakcik RELA tak cakap kasar. Kalau pakcik RELA tu lempang muka dia memang gua akan menyebelahi pakcik RELA.

Anak muda tak reti nak hormat orang tua memang wajib diberi pelempang. Atau setidak-tidaknya satu tendangan deras di rusuk kiri.

Lupakan semua tu. Lu layan gambar-gambar sepanjang event  yang gua tangkap ni. Gua baru berjinak-jinak menggunakan lens 70-300mm.

Jangan komen pasal kualiti gambar! Gua tahu gua masih kayu dalam arena ini. Gambar-gambar ini belum dinodai oleh photoshop!

Visitors2

Antara pengunjung bijak yang hadir

Karen Tan AF 2

Karen Tan AF yang menyanyi dan mengaku suka makan budu

Kenny G Malaysia

Kenny G Malaysia menggayakan style Kenny G USA

Nizah Jinaco Enterprise 1

Supervisor kontraktor booth: Jinaco Enterprise

Boria

Boria Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang

Awek Streamyx

Awek booth Streamyx

Mila AF 2

Awek lama gua, Mila AF. Sampai sekarang Mila masih panggil gua "abang". heheh

Mewarna1

Budak-budak mewarna

Band First Step

Band First Step

Visitors

Antara pengunjung yang mencuri tumpuan lensa gua

Mewarna2

Satu! Malaysia!

3 ulasan:

  1. salam...muka dia cmni kah?huhu..

    http://pemuda-bayanbaru-galeri.blogspot.com/2008/12/senarai-pegawai-dan-ahlijawatankuasa.html

    BalasPadam
  2. yang lu tunjuk tu nampak mcm gempal. yg gua cerita tu badan dia slim, pinggang saiz 30, tak tinggi pun.

    muka tu dah iras-iras. muka mamak.

    ntah.

    BalasPadam
  3. Wah..pandainyer awak pukul gambar.. pakai senapang 550D dah skang yer.. teruskan memukul :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...