Selasa, 14 Oktober 2008

Ofisku Yang Tak Hebat Pun



*siap ngan model lagi.

Sebab Bard tanpa segan silu menayangkan ruang kerjanya yang merupakan sebuah bilik. Aku pun tanpa segan silu menayangkan juga ruang kerja aku yang buat masa ini masih lagi merupakan sebuah bilik.



Namun sedikit masa lagi aku akan berpindah ke ruang kerja yang merupakan sebuah cubical sahaja. Kadang-kadang tu terasa macam downgraded saja bila dihantar bertugas di Kedah ni memandangkan tempat kerja yang tak der bilik. Sebabnya dulu masa di Penang aku ada bilik, malah suatu ketika tu bilik aku tu siap mengadap laut dan dapat melihat laut selat Melaka lagi.



Dari segi tugas pula, aku rasa macam upgraded pulak. Aku tidak lagi melakukan tugas sama yang aku lakukan di Penang selama 4 tahun. Tugas di sini bagi aku lebih mencabar dan perlu lebih kerap turun padang. Walaupun masih terkial-kial memahami tugas baru, namun apapun, perjuangan perlu diteruskan. Blog ini perlu diupdate sekerap mungkin.



Haha. PTD kontrak yang baru memulakan tugas di sini sudah terkial-kial dan tercarut-carut mahu bertukar ke tempat lain. Jadi sebagai abang yang baik, seboleh-bolehnya aku cuba membantu mereka apa yang patut. Lagipun mereka semua masih lagi anak-anak gadis. Aku pun bermula sebagai pegawai kontrak, jadi aku tidak mahu mereka kekal kontrak terlalu lama, semoga mereka cepat-cepat diserapkan sebagai pegawai tetap.

*iklan.



Kepada semua pegawai lantikan persekutuan atau yang berkhidmat dengan badan berkanun persekutuan gred 41 ke atas dan sedang bertugas di negeri Kedah Darul Aman adalah dijemput menyertai pasukan perahu panjang untuk sama-sama kita mengalahkan pasuka pegawai negeri Kedah pada pesta air tahun hadapan. Sila hubungi aku atau pejabat aku. Yang takut air tak yah berangan nak masuk.

Isnin, 13 Oktober 2008

Astro Yang Hampeh

Astro yang hampeh. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan isyarat astro yang kuat. Cara ini hanya digunakan di Balik Pulau, Penang dan tidak mendapat kelulusan daripada pembekal perkhidmatan (perlu ker?). Apa jadahnya nak mintak kebenaran kalau nak bercakap dengan manusia yang ada kat astro tu pun susah. Nak bercakap pun kena bayar duit jugak kat astro ni...

Signal Astro Paling Clear Buat Macam Ni

Aku percaya suatu syarikat penyedia perkhidmatan sewajarnya juga mempunyai pegawai khidmat pelanggan yang senang dihubungi dan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Kalau dalam pekeliling kemajuan perkhidmatan awam, setiap panggilan ke sesuatu jabatan perlu dijawab dalam masa tiga deringan sahaja. Jangan biarkan pemanggil menunggu lama-lama, nanti diambil orang. Itu di pejabat kerajaan.

Apatah lagi di syarikat swasta yang mengenakan caj yang mahal secara bulanan dan juga menguasai satu perniagaan monopoli dan menindas. Pastinya khidmat pelanggannya perlu lebih cekap dan pantas. Tapi seperti biasa, mereka mendakwa mereka lebih efisien daripada pejabat kerajaan tapi gagal membuktikannya. Untuk mengelak daripada dianggap lembap menjawab panggilan pelanggan, maka mereka mencipta pelbagai alasan. Salah satu alasan adalah menggantikan panggilan dengan mesin penjawab. Selepas mesin menjawab, maka terpaksalah pelanggan menunggu lebih daripada 5 minit untuk bercakap dengan manusia yang sebenarnya, Ini satu taktik hampeh yang menyusahkan hidup aku! Juga aku perlu mengulangi memanggil lebih daripada 3 kali untuk bercakap dengan manusia. Hampehnya servis astro.

Pegawai khidmat pelanggan juga sewajarnya dapat menyelesaikan masalah-masalah remeh yang mungkin dihadapi pelanggan.

Kalau pegawai khidmat pelanggan ini bijak, sudah tentunya dia dengan cepat dapat tahu bahawa masalah aku adalah disebabkan oleh signal yang tidak kuat disebabkan kedudukan piring penerima isyarat astro itu. Tak usahlah mencadangkan supaya aku memanggil juruteknik astro untuk datang memeriksa dan mengenakan caj yang paling-paling busuk pun RM50. Sedangkan masalahnya boleh diselesaikan dengan menlonggarkan beberapa nuts sahaja.

Astro tidak habis-habis nak cekik darah rakyat Malaysia. Mentang-mentanglah dia memonopoli sistem pemyiaran ni. Sikit-sikit nak cekik darah. Dahlah nak tengok tv kena bayar bulan-bulan. Kalau siaran tu siaran terbaru tak apalah jugak, ini siaran ulangan saja yang banyak. Asyik-asyik ulang cerita sama saja! Cuba pikir logik, aku bayar untuk dapat siaran tu, pastu aku jugak kena bayar untuk pastikan untuk aku dapat tengok siaran tu. Ini dah kira double charge!

Kepada semua pengunjung blog lelabu dot com. Dengan ini aku ingin berkongsi pengalaman. Kepada semua, mana-mana yang ada masalah tak dapat tengok sesetengah channel yang dilanggan. Macam masalah yang aku hadapi, tak boleh nak tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Kebetulan yang tak dapat tengok semua channel bukan astro. Tak payah susah-susah. Langkahnya begini.

  1. Tekan Menu > Satellite Signal . Semak bacaan AGC anda. Kalau lebih daripada 50 tu kira elok dan semua channel tak ada masalah nak tengok. Kalau kurang maknanya signal yang anda terima tu tak kuat dan sesetengah channel tak boleh nak tengok. Pasang speaker tv anda kuat-kuat biar anda dapat dengar bunyi tut-tut tu dari tempat piring astro anda dipasang.

  2. Ambil tangga dan spannar common atau ring nombor 13. Bawak dua spannar ni. Letak tangga dekat dengan piring astro dan cuba adjust alignment piring astro tu dengan melonggarkan nuts yang ada dekat-dekat situ. Kalau alignmentnya betul, anda akan mendengar bunyi tut-tut tu. Kalau alignment tak betul anda akan mendengar bunyi orang mencarut, ceh, hampeh labu, susah jugak nak dapatkan signal ni.

  3. Kalau anda rasakan ia susah untuk dilakukan dan rela mengkayakan astro dengan servisnya yang hampeh lagi RM50 anda boleh call astro dan tunggu sepuluh minit sebleum boleh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggannya yang lembap.

  4. Kalau anda tak nak kayakan astro dan still nak tengok siarannya (aku terpaksa langgan astro sebab susah nak dapat siaran tv kat balik pulau) anda boleh buat macam gambar di atas. hehe.

  5. Kemudian tekan OK untuk download servis dan cuba tengok siaran yang tak dapat sebelum ni.


Itulah sahaja perkongsian pengalaman saya dengan astro yang hampeh. Mari kita hidupkan budaya do-it-yourself. Kalau boleh masa first time langgan astro tu, collect dekoder dan piring tu sendiri pastu pasang sendiri. Alignment piring tu cuba jengok-jengok rumah sebelah punya. Kerja senang* jer sebenarnya. Chow.

-------------------------------------------

*senang adalah subjektif. bagi seorang pitydee yang pernah masuk hutan jadi askar, jadi polis, jadi bomba, jadi kelasi kapal dan mempunyai degree dalam electronic engineering, ia adalah kerja senang. tq.

Khamis, 9 Oktober 2008

Rebut Peluang : Kedai Kunci Bergerak



Pagi-pagi lagi aku mendengar amanat bos aku pasal betapa orang Melayu tidak pandai merebut peluang dan mencari peluang. Katanya, orang Melayu ni kalau peluang lalu depan mata pun tidak akan direbut. Apatah lagi dalam hal mencari peluang, sah-sah orang Melayu akan ketinggalan dan tidak pandai mencari peluang. Maka akan ketinggalanlah bangsa Melayu di belakang bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia tercinta ini.

Setelah dua minggu menghuni rumah sewa di Hutan Kampung maka tibalah masa untuk kami menduplicate kunci memandangkan moshuchi akan berkursus dan aku tercicir daripada mengikuti kursus induksi tersebut. Jengg! Nama orang yang dah blah dari jaypi'em ada plak. Ni yang aku tak puas hati ni!

Yang menarik perhatian aku adalah kedai duplicate kunci yang kami pergi. Mengikut petaan oleh staf moshuchi, "kedai"nya terletak dekat pokok ketapang. Maka mencari-cari dan tercarutlah kami apabila mendapati kedai itu rupanya hanyalah sebuah kedai bergerak (van dahhh..) terletakbawah pokok sebelah bus stand di tepi jalan dari Kangar ke bandar Alor Star.



Maka tanpa berlengah dan penuh berhemah kami meminta apek tu menduplicate kunci untuk kami. Haa.. kan aku dah cakap orang Melayu tak pandai cari peluang. Apek ni dengan selamba jer buka kedai kunci tepi bus stand. First time aku jumpa kedai kunci bergerak! Kalau penguatkuasa bandaraya datang pun diorang tak bleh buat apa-apa sebab sah-sah apek ni akan start van dia dan blah dari situ meninggalkan empat tiang kapcai-kapcai penguatkuasa.



Gambar di atas menunjukkan moshuchi sedang mengarahkan apek tadi duplicate kunci elok-elok. "Haa..apek aa, itu kunci lu kasi duplicate baguih baguih punya. Jangan kasi ada itu gerigis-gerigis.. nanti susah mau masok itu lubang maa... mau masuk kena licin-licin juga.. baru ada siokk..."

So, terbuktikan orang melayu tak pandai rebut dan cari peluang. Maka betullah kata-kata bos aku pagi semalam!

Sapa-sapa nak duplicate kunci bleh call nombor telefon diatas..hehe. Ini bukan iklan berbayar. Tapi moshuchi dah bayar dua ringgit kat apek tu.

Gambar Keluarga Aku.... Terbaru!

My Family

Isnin, 6 Oktober 2008

Mana Hilangnya Pahala Puasa?

Apa yang bengangkan aku bila atas jalan raya di hari raya:

  • potong sebelah kiri - Aku tahulah keta ko laju keta aku tak selaju keta ko. Tapi bila ko potong belah kiri aku jadi tak perasan ko potong ngok! Aku lebih rela ko bagi hi beam kat aku dari ko potong belah kiri.

  • bawak macam siput - Bawak keta macam siput kat jalan satu lorong yang tak bagi can aku potong. Aku tau la jalan tu jalan kampung ko tapi kampung aku jauh lagi. Aku nak kena sampai kampung aku kena bawak laju dari yang ko bawak. Kalo ko bawak macam tu dah tu tak bagi aku potong plak bila masa aku nak sampai. Ko tak per la rumah ko dekat-dekat situ jer.

  • bawak macam siput dok sebelah kanan, bagi lampu tinggi dia buat derrkk jer - Ko kalo bawak slow dok belah kiri. Tapi kalo ko tak sengaja aku tak marah. Tapi kalo dah aku bagi lampu ko buat derrkk jer aku mula la naik hangin. Ko belajar kat driving school mana?

  • traffic light kat roundabout - ini yang aku paling benci, mana punya tempat la dia belajar buat traffic light kat roundabout. Dah roundabout tu biar kan jer la roundabout. Ko nak buat traffic light lagi kat situ apa kes?

  • naik motor sembang-sembang - naik motor sembang-sembang ngan kawan yang naik motor. Pastu buat jalan tu macam jalan bapak dia punya. Aku geram jer nak langgar mat-mat motor yang macam nih.. naik motor konvoi ramai-ramai tu tak per lah, jangan dok sembang-sembang sampai ke tengah jalan plak.

  • menyelit kat tol gate - Ingat ko sorang jer nak bayar tol? Orang lain bleh beratur yang ko tak bleh beratur apa kes? Dah tak tahan sangat nak terberak?

  • pam minyak sambil borak-borak - Abis isi minyak tu start keta blah la wei! Aku pun nak isi minyak jugak, ini terhegeh-hegeh...


Agaknya pahala puasa aku hilang kat atas jalan jer... hehe.

p/s: dah la raya wei.. kerja, kerja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...