Selasa, 14 Oktober 2008
Ofisku Yang Tak Hebat Pun
*siap ngan model lagi.
Sebab Bard tanpa segan silu menayangkan ruang kerjanya yang merupakan sebuah bilik. Aku pun tanpa segan silu menayangkan juga ruang kerja aku yang buat masa ini masih lagi merupakan sebuah bilik.
Namun sedikit masa lagi aku akan berpindah ke ruang kerja yang merupakan sebuah cubical sahaja. Kadang-kadang tu terasa macam downgraded saja bila dihantar bertugas di Kedah ni memandangkan tempat kerja yang tak der bilik. Sebabnya dulu masa di Penang aku ada bilik, malah suatu ketika tu bilik aku tu siap mengadap laut dan dapat melihat laut selat Melaka lagi.
Dari segi tugas pula, aku rasa macam upgraded pulak. Aku tidak lagi melakukan tugas sama yang aku lakukan di Penang selama 4 tahun. Tugas di sini bagi aku lebih mencabar dan perlu lebih kerap turun padang. Walaupun masih terkial-kial memahami tugas baru, namun apapun, perjuangan perlu diteruskan. Blog ini perlu diupdate sekerap mungkin.
Haha. PTD kontrak yang baru memulakan tugas di sini sudah terkial-kial dan tercarut-carut mahu bertukar ke tempat lain. Jadi sebagai abang yang baik, seboleh-bolehnya aku cuba membantu mereka apa yang patut. Lagipun mereka semua masih lagi anak-anak gadis. Aku pun bermula sebagai pegawai kontrak, jadi aku tidak mahu mereka kekal kontrak terlalu lama, semoga mereka cepat-cepat diserapkan sebagai pegawai tetap.
*iklan.
Kepada semua pegawai lantikan persekutuan atau yang berkhidmat dengan badan berkanun persekutuan gred 41 ke atas dan sedang bertugas di negeri Kedah Darul Aman adalah dijemput menyertai pasukan perahu panjang untuk sama-sama kita mengalahkan pasuka pegawai negeri Kedah pada pesta air tahun hadapan. Sila hubungi aku atau pejabat aku. Yang takut air tak yah berangan nak masuk.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah! perabot baru sume! monitor LCD lak tu.. ms aku kat kedah dulu ada la..
BalasPadamwah, cantiknya office, kemas lak tu. jeles, jeles....
BalasPadamhahaha.. siot la kau. aku ok apa masa whaler? (kecuali masa aku pengsan)
BalasPadamofis kemas sebab suma keja dah setel.. atau takder keja.. tgklah masa keja tgh menimbun...
BalasPadamha ok, kecuali masa flying fox kat obs, scuba kat bomba, flying fox kat btn. haha.
BalasPadamMUAHAHAHAHA GELAKKAN HADI!!
BalasPadampergh opis yang cantik....leh wat katil meja ko tu....
BalasPadamsungguh ke tak mampu.....menahan trauma. Ah! Ah! Ah!
BalasPadammonitor, mouse dan keyboard mung srupa ngan d ofis aku ..cuma calculator (atau kata cikgu Sazali Hassan ..Kulat) mung jah lain ..besar mcm hok tokey kedai mkn
BalasPadamWAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
BalasPadamcantik gile officeeeeeeee. kerusi kaler hijau, masyuukkkkkkk.
apsal semua orang post gambar office nih? deym.
Aku dok cubicle jer... kecik giler cubicle aku.. tapi x kisahla, yg pntng kerja jalan, ye tak? :)
BalasPadam