Semalam aku menghadiri satu ceramah pasal amalan 5s. Mengikut kata penceramah daripada MPC-Malaysia Productivity Corporation tersebut, amalan 5s telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1980-an lagi. Pada awalnya amalan 5s ini difokuskan kepada bengkel-bengkel dan syarikat-syarikat kecil sahaja. Namun semenjak 1990-an ia telah dikembangkan ke industri-industri besar di Malaysia terutamanya syarikat dari Jepun.
Dalam sektor awam pula, amalan 5s baru sahaja diperkenalkan dalam tahun 2000-an (?). Dan, yang paling membanggakan, penerima anugerah bagi amalan 5s terbaik peringkat kebangsaaan 2006 adalah Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Diulangi sekali lagi, KOTA BHARU.
Sebelum ini sememangnya MPC telah cuba memperkenalkan 5s di pejabat-pejabat daerah tetapi pentadbiran kerajaan pesimis. Mereka mengatakan 5s tidak akan dapat dilaksanakan di pejabat daerah kerana di pejabat daerah terlalu banyak fail. Tapi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu berjaya melakukannya. Bravo! Aku bangga menjadi rakyat KOTA BHARU... hehe
Perkara paling seronok didengar adalah pengalaman penceramah semasa beliau ke negara Nepal. Mengikut ceritanya, di negra Nepal memang sukar untuk mencari tong sampah. Bukan sebab negara Nepal sangat bersih. Tapi sebab tong sampah merata-rata di negara Nepal. Sampah dibuang merata-rata. Mungkin sebab sudah menjadi budaya, maka hidup dalam sampah itu sudah menjadi keadaan biasa bagi mereka. TAPI, jangan salahkan warga Nepal yang mencari rezeki secara halal atau haram pulak bila tengok negara kita kotor dan masih ada sampah di tepi jalan.
Kemudiannya kami rehat tengahari dan menikmati jamuan hari raya. So, nikmatilah gambarnya sahaja...
Ramainya yang hadir dalam majlis sambutan hari raya tu. Dari seluruh negara menghadirinya. Tapi yang bestnya, yang kerja kat HQ ni siap bleh tapau lagi tu. Tak hengaaat nyer tapau. Ingat diorang jer nak melantak. Aku pun nak melantak jugak..
Menu yang kami sediakan adalah laksa Kedah dan dadih. Kedua-duanya habis.. habis lagi awal daripada yang biasa.
Antara menu yang orang (pejabat lain) lain sediakan:
Kambing golek, BBQ sotong, ayam, udang, ketam, ikan keli, satay kajang hj samuri, cendol, ABC, nasi dagang terengganu, tapai sarimah melaka, laksa lemak kelantan, laksam kelantan, nasi briyani hamidiah penang, sup tulang, kuih lapis sarawak, kuih muih, dan macam-macam lagi la.. memang makan mewah giler semalam.
Ni masa laksa tengah banyak, ramai yang beratur nak makan laksa sampaikan kuah laksa tak cukup. Aku dengan gentlemannya pegang senduk kuah tu dan cakap, "Haa.. mai abang tolong tuang kuah noo.. buka apaa.. abang tak mau bagi kotoq tangan tu kena kuah laksa.." Err,.. sebenarnya aku takut kuah laksa tu tak cukup.. hehe
KayPi aku plak, sampai-sampai jer terus serbu gerai aku nak pekena dadih. Gaya dia pekena dadih tuh dah lama tak dapat... haha
Tapi.. bila dah abis makan-makan tu.. tiba-tiba jer aku teringat kat warga negara Nepal seperti yang diceritakan oleh penceramah 5s tadi. Sampah merata-rata.. agaknya ada jugak warga Nepal yang join jamuan raya kitorang...
Choww!!
oit..asal x ajak....
BalasPadamko nepal ker? haha.
BalasPadamsorry beb. ini jamuan utk warga icu jerk.
ko ICU Kedah? Kem salam kat member aku, Mariza.
BalasPadammelantak macam nak gila, lepas tu tanya orang; "Aku nampak gemuk ke?"
BalasPadamwah... meriah ek..... nape xajak ku.....
BalasPadamdah kim salam dah kat dia. ko roomate dia ke hapa? aku lupa apa yg dia citer...haha. aku mudah lupa.
BalasPadamaku nampak gemuk ker?huhuh.
BalasPadamerrk..lupa plak nak ajak. sorry aaa..heheh
BalasPadam