Ahad, 19 Oktober 2008

Serbu Raya & NIPS

Aku teringat masa di sekolah menengah dahulu, masing-masing sibuk berpersatuan dan berkelab untuk memenuhkan aktiviti atau dalam bahasa lainnya supaya bila akhir tahun akan ada jamuan kelab atau persatuan. Arakian, kalau semuanya mahu aktif dalam berpersatuan, mana cukup ruang takkan semua nak jadi presiden, setiausaha, ajk kan?  Macam seorang sahabat cakap, kalau semua nak masuk syurga, takkan nak biarkan neraka kosong. Amaran! kata-kata sebegini boleh membawa kepada kufur.

Maka, terdapatlah sekelompok manusia yang merasakan diri mereka tidak penting dan tidak bermanfaat kepada sesiapa dan tidak menyertai mana-mana persatuan, kelab mahupun pasukan beruniform. Mereka berasakan bahawa tiada apa yang dapat mereka sumbangkan kepada kelab atau persatuan memandangkan sudah ramai yang menyumbangkan lagu idea kepada kelab atau persatuan tersebut. Jadi, mendaftar menjadi ahli pun tidak, inikan pula nak mengundi. Apa kena ngan diorang ni? Apabila sampainya hujung tahun, maka mereka berasakan diri mereka terpinggir kerana tidak dijemput ke mana-mana jamuan persatuan, kelab mahupun pasukan beruniform yang diadakan. Nak jemput apanya kalau mereka bukan ahli.

Sekonyong-konyongnya, tercetuslah buah fikiran daripada dalam kepala hotak seorang mereka untuk membuat satu jamuan bagi diri mereka sendiri. Secara tidak rasmi mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli kelab NIPS. Atau nama penuhnya Not Important Person Society. Mereka juga memperoleh persetujuan seorang guru, yang juga tidak penting di sekolah tersebut untuk menjadi penaung kelab mereka. Jadi, pada tahun tersebut, dapat lah juga mereka menyertai jamuan akhir tahun anjuran kelab. Haha.

Kreatif bukan? Bila ada sekelompok manusia dengan tujuan yang sama, mereka boleh bersatu.. hehe.

Tamat mukaddimah post hari ini. Itu cerita lama, ini pula cerita yang baru berlaku semalam.

Semalam, aku, Izz dan isteri sama-sama menyertai rombongan jalan-jalan cari pasal, serbu raya untuk tahun ini. Program ini dianjurkan oleh pertubuhan haram tidak rasmi yang belum diberi nama. Tapi keahlian kelab ini adalah terbuka kepada semua bekas-bekas pegawai dan kakitangan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICUJPM atau lebih dikenali sebagai unit. (opis lama aku daaa...)

Jadi, kepada semua bekas-bekas pegawai dan kakitangan unit yang berada di luar sana, daftarlah dengan kami untuk aktiviti serbu raya pada tahun hadapan. (baca dengan gaya optimus prime memanggil geng autobot yang masih bersepah di serata cerok alam-part last citer transformer tu...)

Rumah pertama yang diserbu adalah rumah Salasiah di Taman Sutera, Seberang Jaya, Penang. Pasukan awal yang menyerbu adalah Team Aku (Aku, isteri & Izz), Team Kak Nor (Kak Nor, Kak Aswa & 2 orang anak Kak Nor), Team Abang Pie (Abang Pie, Isteri dan Anak), Team Siti (Siti dan Fifi), dan Team Kak Ita (Kak Ita & anak).

Dalam serbuan ini kami telah berjaya mengesan soto ayam dan juga bihun sup ayam yang disediakan oleh Salasiah dan ibu mentuanya sambil dikacau oleh dua orang anak-anaknya. Bihun sup itu telah berjaya memikat hati kami semua kerana boleh dikatakan sedap dan carikan isi ayam goreng itu sungguh memikat hatiku. Tidak dilupakan juga air oren yang disediakan dapat menghilangkan dahaga. Juga kelihatan rendang yang tidak berjaya memikat hatiku. Huhu.

Selepas habis menggeledah rumah Salasiah, kami menawan Salasiah, ibunya dan anak-anaknya (kini dikenali sebagai Team Salasiah) sebagai tebusan dan membawa mereka ke rumah Lela untuk menggeledah rumah tersebut di lokasi Taman Desa Aman, Kulim. Mengikut maklumat risikan yang diterima, Lela dan suaminya menjalankan perniagaan menjual ikan keli, cili, lemang dan serunding. Semua bahan-bahan ini diedarkan melalui floraagrotech.blogspot.com. Kami perlu menyerbu rumah mereka supaya dapat mengesan sama ada terdapat gulai ikan keli, ikan keli goreng atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Misi kami di rumah Lela berjaya dilaksanakan! Kami dapat mengesan yang berikut:



Ikan keli sangat sedap jika digoreng gareng berkunyit. Tapi jangan terlalu masih nanti korang tak dapat rasa kelemakan isi ikan keli tersebut akibat terganggu dek kemasinan tersebut. Ikan keli juga sangat sedap jika digoreng berlado atau bersambal tumis.


Ikan keli goreng cicah sambal kicap sangat sedap. Namun sambal kicap lebih sedap jika diperahkan air limau nipis ke dalamnya dan dibanyakkan hirisan bawang besar dipotong dadu. Bahan-bahan untuk sambal kicap yang sedap, bawang besar dan bawang merah dipotong dadu, cabai melaka yang dipotong kecil, cabai besar yang dipotong halus, air limau nipis dan juga kicap masin dan kicap cair. Pergghhh...



Gulai ikan keli aku tak sempat nak makan sebab aku dok meratah ikan keli goreng cecah sambal kicap. Nak makan ikan keli gulai pulak nanti kenyang sangat. FYI, berat aku lepas balik DeePiYay dah turun ke 65kg daripada 76kg. Tapi bila timbang semalam, berat aku dah cecah 70kg. Ini tak bleh jadik ni...



Ulam-ulaman sungguh memikat jiwa. Tapi petai tidak boleh disentuh kerana hari ni hari nak beraya. Nanti tengah dok sembang-sembang ada yang komplen mulut bau petai.. tak ke haru.



Ulam-ulaman tidak akan lengkap sekiranya tidak ada apa yang dinamakan sambal belacan. Aku penah makan sambal belacan yang maha sedap. Bila ditanya, rahsianya adalah belacan tu kena bakar dulu, baru rasa dan aroma dia tu lebih uummpppphhhh!



Menu biasa bila hari raya kat area utara ni tak lain tak bukan adalah kasa penang. Sebab dah selalu sangat makan laksa, jadi aku tak jamah pun laksa ni. Nanti kenyang sangat plak!



Skuad serbu sedang menyusun strategi.

Selesai menggeledah dan membaham ikan keli goreng dengan sambal kicap yang sungguh sedap, kami ke lokasi yang seterusnya dengan membawa tambahan tawanan dari rumah Lela iaitu Team Lela (Lela, suami dan 2 anak) serta tebusan yang muncul entah dari mana iaitu Team CC Jamaliah (CC dan anaknya).



Lokasi serbuan seterusnya adalah rumah Che Mat yang terletak di satu lokasi yang dirahsiakan di Kulim (err..lupa apa nama tempat daa..). Kami berjaya menyerbu rumah Che Mat pada ETA1800HRS. Semasa menggeledah rumah tersebut kami telah menjumpai perkara-perkara berikut:


*rendang ayam


*lemang


*soto


*gambar rumah Che Mat

Dari sebuan di rumah Che Mat, kami terus membawa tebusan ke rumah Team Siti untuk sesi post mortem. Namun tidak semua team dapat menyertai post mortem kerana Team Abang Pie terpakasa bergegas pulang ke markas disebabkan terdapat tugasan lain yang perlu diselesaikan.

Di rumah Team Siti kami melakukan post mortem sambil makan laksa johor yang gambarnya tidak sempat diambil keran jurufoto pasukan gagal melaksanakan tugasan. Topik utama post mortem adalah berkaitan gelang tangan seperti yang dapat disaksikan dalam gambar dibawah. Semua tu real tau.. bukan zhulian punya..


*gambar gelang tangan

Sesi post mortem diselesaikan sejurus selepas maghrib dan semua team berpecah untuk kembali ke rumah masing-masing. Namun team Aku telah berjaya ditahan oleh team toys r us dan telah merampas RM129 dari dalam poket aku untuk satu kenderaan seperti gambar di bawah.



TRANSFORMM...Khuuukkaaakaaa...



Kenderaan ini mungkin boleh membantu Izz belajar berjalan.

p/s: Apa kaitannya mukaddimah dengan post, lu ppikir le sendiri!..

*Abg Pie - ex PAP, Kak Nor&Kak Aswa - ex typist, Kak Ita - ex kerani, Siti - ex PA, CC Jamaliah - ex CC, Lela - ex penolong pegawai teknologi maklumat, aku - ex penolong pengarah, Che Mat - bekas timbalan pengarah. Kami sedang mencari bekas pengarah untuk menyertai kelab kami ini.. hehe. Aktiviti tahunan adalah "serbu raya".

7 ulasan:

  1. ASSALLAMUALAIKUM Lelabu dot com,

    Tahun depan saya pun mahu daftar dengan rombongan Lelabu untuk bersama-sama dengan rombongan Lebabu dalam rancangan "SERBU RAYA " ni. Memang bagus sekali amalan kunjung mengunjungi antara satu sama lain terutama sekali sesama pejabat. Ini dapat mengeratkan tali silatulrahim diantara kita sepejabat atau rakan taulan. Kita orang Islam digalakan untuk berkunjung serta bermaafan diantara satu dengan yang lain, semasa hari lebaran ini.Pipitbanda di Sarawak pun ,amalan nya lebih kurang sama dengan di semananjung. Kita sentiasa menzaharahi antara satu dengan yang lain terutama kenalan-kenalan kita yang lama kita tidak jumpa, yang balik semasa hari lebaran ini.
    Hidup ini hanya sekali Lelabu, itu lah kita umat Islam sentiasa beramal,bermaafan sesama umah selain beribadah. Pipitbanda pun bukanlah orang yang alim ,tapi cuba untuk bersembahyang lima kali sehari.
    Wasallam.
    "SELAMAT HARI RAYA KEPADA LELABU DOT COM SERTA KELUARGA SEMOGA SIHAT DAN PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI"

    BalasPadam
  2. Aku pun asyik menyerbu gak weekend lepas, tapi bezanya aku tak kenal pun sapa yg aku serbu. Main terjah jer.

    BalasPadam
  3. wah2..rezeki hari raya....ko belikan je anak ko skateboard...laju sket...hehe

    BalasPadam
  4. huhuh. sketebod? jalan pun macam nak menari ballet lagi..dah nak beli skatebod? haha.

    BalasPadam
  5. terjah pun terjahla..asal dpt beraya!

    BalasPadam
  6. selamat hari raya juga kepada pipitbanda. tq kerana sudi singgah sini.

    BalasPadam
  7. [...] lama aku. Dalam jamuan raya tersebut sempat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang tak menyertai serbu raya hari [...]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...