Aku percaya suatu syarikat penyedia perkhidmatan sewajarnya juga mempunyai pegawai khidmat pelanggan yang senang dihubungi dan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Kalau dalam pekeliling kemajuan perkhidmatan awam, setiap panggilan ke sesuatu jabatan perlu dijawab dalam masa tiga deringan sahaja. Jangan biarkan pemanggil menunggu lama-lama, nanti diambil orang. Itu di pejabat kerajaan.
Apatah lagi di syarikat swasta yang mengenakan caj yang mahal secara bulanan dan juga menguasai satu perniagaan monopoli dan menindas. Pastinya khidmat pelanggannya perlu lebih cekap dan pantas. Tapi seperti biasa, mereka mendakwa mereka lebih efisien daripada pejabat kerajaan tapi gagal membuktikannya. Untuk mengelak daripada dianggap lembap menjawab panggilan pelanggan, maka mereka mencipta pelbagai alasan. Salah satu alasan adalah menggantikan panggilan dengan mesin penjawab. Selepas mesin menjawab, maka terpaksalah pelanggan menunggu lebih daripada 5 minit untuk bercakap dengan manusia yang sebenarnya, Ini satu taktik hampeh yang menyusahkan hidup aku! Juga aku perlu mengulangi memanggil lebih daripada 3 kali untuk bercakap dengan manusia. Hampehnya servis astro.
Pegawai khidmat pelanggan juga sewajarnya dapat menyelesaikan masalah-masalah remeh yang mungkin dihadapi pelanggan.
Kalau pegawai khidmat pelanggan ini bijak, sudah tentunya dia dengan cepat dapat tahu bahawa masalah aku adalah disebabkan oleh signal yang tidak kuat disebabkan kedudukan piring penerima isyarat astro itu. Tak usahlah mencadangkan supaya aku memanggil juruteknik astro untuk datang memeriksa dan mengenakan caj yang paling-paling busuk pun RM50. Sedangkan masalahnya boleh diselesaikan dengan menlonggarkan beberapa nuts sahaja.
Astro tidak habis-habis nak cekik darah rakyat Malaysia. Mentang-mentanglah dia memonopoli sistem pemyiaran ni. Sikit-sikit nak cekik darah. Dahlah nak tengok tv kena bayar bulan-bulan. Kalau siaran tu siaran terbaru tak apalah jugak, ini siaran ulangan saja yang banyak. Asyik-asyik ulang cerita sama saja! Cuba pikir logik, aku bayar untuk dapat siaran tu, pastu aku jugak kena bayar untuk pastikan untuk aku dapat tengok siaran tu. Ini dah kira double charge!
Kepada semua pengunjung blog lelabu dot com. Dengan ini aku ingin berkongsi pengalaman. Kepada semua, mana-mana yang ada masalah tak dapat tengok sesetengah channel yang dilanggan. Macam masalah yang aku hadapi, tak boleh nak tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Kebetulan yang tak dapat tengok semua channel bukan astro. Tak payah susah-susah. Langkahnya begini.
- Tekan Menu > Satellite Signal . Semak bacaan AGC anda. Kalau lebih daripada 50 tu kira elok dan semua channel tak ada masalah nak tengok. Kalau kurang maknanya signal yang anda terima tu tak kuat dan sesetengah channel tak boleh nak tengok. Pasang speaker tv anda kuat-kuat biar anda dapat dengar bunyi tut-tut tu dari tempat piring astro anda dipasang.
- Ambil tangga dan spannar common atau ring nombor 13. Bawak dua spannar ni. Letak tangga dekat dengan piring astro dan cuba adjust alignment piring astro tu dengan melonggarkan nuts yang ada dekat-dekat situ. Kalau alignmentnya betul, anda akan mendengar bunyi tut-tut tu. Kalau alignment tak betul anda akan mendengar bunyi orang mencarut, ceh, hampeh labu, susah jugak nak dapatkan signal ni.
- Kalau anda rasakan ia susah untuk dilakukan dan rela mengkayakan astro dengan servisnya yang hampeh lagi RM50 anda boleh call astro dan tunggu sepuluh minit sebleum boleh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggannya yang lembap.
- Kalau anda tak nak kayakan astro dan still nak tengok siarannya (aku terpaksa langgan astro sebab susah nak dapat siaran tv kat balik pulau) anda boleh buat macam gambar di atas. hehe.
- Kemudian tekan OK untuk download servis dan cuba tengok siaran yang tak dapat sebelum ni.
Itulah sahaja perkongsian pengalaman saya dengan astro yang hampeh. Mari kita hidupkan budaya do-it-yourself. Kalau boleh masa first time langgan astro tu, collect dekoder dan piring tu sendiri pastu pasang sendiri. Alignment piring tu cuba jengok-jengok rumah sebelah punya. Kerja senang* jer sebenarnya. Chow.
-------------------------------------------
*senang adalah subjektif. bagi seorang pitydee yang pernah masuk hutan jadi askar, jadi polis, jadi bomba, jadi kelasi kapal dan mempunyai degree dalam electronic engineering, ia adalah kerja senang. tq.
salam semua,kepada anda yg menghadapi masalah astro yg bermacam2 hal(technical)kalau tak nak bagi astro hisap darah anda heeeheee....mai saya settlekan segala masalah technical anda dgn charge yg berpatutan plus servis yg cepat(24/7)sila hubungi saya(azam) di h/p: 016-2950770.
BalasPadamsalam semua, oh ya saya lupa nyatakan yg perkhitmatan" troubleshooting astro" sekitar lembah klang sahaja. tips membuat panggilan ke astro dial..1300-82-3838...dengar mesin berkata" tekan satu utk behasa/m'sia" anda terus tekanlah SATU(1)ENAM(6)EMPAT(4)..so tak payah dengar lain2 perkara..tak sampai 1-2 mins akan ada awek2 jawab panggilan anda..tapi kadang2 jika ada masalah yg serious say...system down or technical problem(internal) or pegawai lembab(no offence) itu tayah citer memang berjanggut menunggu...sebab dia pun tak tau nak jawap camne....afterall we're living in a not so perfect world.....tumpang cari makan bro...thanks in advance..utk masalah astro(technical)call: 016-2950770 (azam).
BalasPadamen. azam... ada buat services untuk upgrade ke package lengkap secara percuma tak? orang technical selalunya tau nak adjust decoder tu... kalau tau... mai la dtg rumah...
BalasPadamaku dah 3 minggu tak dapat siaran astro......... selepas tukar pi ke astro Byond. kata 24 jam dapat siaran, kemudian tukar pi 7-10 hari tapi sampai hari ni 3 kali sabtu dah tak dapat lagi alahai nasibbbbbbb, kami anak beranak hari-hari dok tengok tv yang tak dak gambar, pakai arial gambar tak clear.... terpaksalah bergantung kepada astro. Kasihanilah kami yang rasa kena main dengan astro ni .
BalasPadamaku pun dah lame langgan Astro.. macam -macam hal berlaku. latecharge, gangguan siaran, charge itu, charge ini... pendek kata semua RM... Mata duitan betul ASTRO.. tak pernah nak fikir kebajikan pengguna... Kadang2 fedup lak..
BalasPadamalosss kira la harga seteli tu berapa bukan 3,4 posen je wow..jutaan ringit.lagi pun gaji staff astro bukan 6,6 ratus.paling bodoh pun rm 1000 lebih termnasuk aku staff astro..klau hraga bnda lain naik bermakna kos tu dah meningkat.so trpaksa astro naik kan harga,,x kan nk tangung rugi kot org niaga.. lagi 1 tntang buat pngilan kena bayar,haaa so sebab kita guna talian tm .sewa pulak tu bukan freee..dari pada bagi org buat col benda x yg x sepatuknya coll biar kan berbayar,,,baru x ada org main main cn 999 tu free maka banyak laa pangilan palsu http://itvirlife.blogspot.com/ kat bolg aku ni ada siaran radio tv free masuk je tengok kahkah
BalasPadamslm, tahu tak cara nak lock satu channel dekat astro? sbb bila nk lock je terpaksa masukkan nombor pin. masalahnya tak tahu nombor dia apa? boleh tolong?
BalasPadam