Rabu, 22 Oktober 2008

Balanced?

Antara tugas-tugas aku di pejabat sekarang ini adalah untuk menyelaras dan memantau kerja-kerja pembinaan masjid-masjid yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Sekali fikir, kalau orang yang menderma wang dan harta benda untuk masjid dikira sebagai wakaf dan pahalanya akan mengalir sehingga kiamat. Bagaimana pula dengan aku yang membanting tulang (?) menguruskan pembinaan masjid tersebut? Semoga aku ikhlas menjalankan tugas ini dan Allah memberikan pahala atas pekerjaan yang aku lakukan. Tak dapat 100% bagi pahala 1% pun jadik laa...

Tapi yang tak sedap pula.. bukan tugas membina masjid sahaja bawah tanggungjawab aku. Kerja-kerja menguruskan duit untuk pembinaan kuil dan tokong pun aku kena handle jugak. Abis macam mana tu? Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku...

Huhu..

4 ulasan:

  1. Assalamulaikum,

    Sahabat ku Lelabu dot com,setiap apa sahaja yang kita kerja kan dengan hati yang ikhlas dan jujur, memang ada pahalanya, baik besar atau pun kecil pahala itu, pahala juga namanya.Kalau saya diberi tugas macam lelabu dot com buat,memang saya bersyukur dan pikul tanggung jawab itu dengan sebaik mungkin.Pipitbanda harap Lelabu dot com pun begitu. Tapi yang malang bagi kita adalah masyarakat kita yang berpikiran sempit dan BUTA MATA, Bagi orang yang berpikiran sedimekian rupa,mereka sentiasa mengharapkan ganjaran setiap yag merka lakukan. Tapi tak mengapa lelabu dot com , ALLAH maha besar.Pipitbanda doakan semoga Lelabu dot com mendapat pahala dan sihatwalafiat selalu.
    Wassallam

    BalasPadam
  2. insya Allah ko dapat gak. membantu sesama manusia beribadat kan...

    BalasPadam
  3. ya la... ku pun setuju kata mu tu labu... bgaimana pule mereka yg manage projek tu... kurang tepat klu yg hanya wakaf tu shj yg mendpt kredit sehingga bile2... kredit perlu juga bersaling kait dgn yg mendekati pembinaan tu... mcm ku juga... kerja ku juge melibatkan projek jmbtn kat melaka tuk kemudahan org ramai.. ku tiada kredit ke :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...