Khamis, 9 Oktober 2008
Rebut Peluang : Kedai Kunci Bergerak
Pagi-pagi lagi aku mendengar amanat bos aku pasal betapa orang Melayu tidak pandai merebut peluang dan mencari peluang. Katanya, orang Melayu ni kalau peluang lalu depan mata pun tidak akan direbut. Apatah lagi dalam hal mencari peluang, sah-sah orang Melayu akan ketinggalan dan tidak pandai mencari peluang. Maka akan ketinggalanlah bangsa Melayu di belakang bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia tercinta ini.
Setelah dua minggu menghuni rumah sewa di Hutan Kampung maka tibalah masa untuk kami menduplicate kunci memandangkan moshuchi akan berkursus dan aku tercicir daripada mengikuti kursus induksi tersebut. Jengg! Nama orang yang dah blah dari jaypi'em ada plak. Ni yang aku tak puas hati ni!
Yang menarik perhatian aku adalah kedai duplicate kunci yang kami pergi. Mengikut petaan oleh staf moshuchi, "kedai"nya terletak dekat pokok ketapang. Maka mencari-cari dan tercarutlah kami apabila mendapati kedai itu rupanya hanyalah sebuah kedai bergerak (van dahhh..) terletakbawah pokok sebelah bus stand di tepi jalan dari Kangar ke bandar Alor Star.
Maka tanpa berlengah dan penuh berhemah kami meminta apek tu menduplicate kunci untuk kami. Haa.. kan aku dah cakap orang Melayu tak pandai cari peluang. Apek ni dengan selamba jer buka kedai kunci tepi bus stand. First time aku jumpa kedai kunci bergerak! Kalau penguatkuasa bandaraya datang pun diorang tak bleh buat apa-apa sebab sah-sah apek ni akan start van dia dan blah dari situ meninggalkan empat tiang kapcai-kapcai penguatkuasa.
Gambar di atas menunjukkan moshuchi sedang mengarahkan apek tadi duplicate kunci elok-elok. "Haa..apek aa, itu kunci lu kasi duplicate baguih baguih punya. Jangan kasi ada itu gerigis-gerigis.. nanti susah mau masok itu lubang maa... mau masuk kena licin-licin juga.. baru ada siokk..."
So, terbuktikan orang melayu tak pandai rebut dan cari peluang. Maka betullah kata-kata bos aku pagi semalam!
Sapa-sapa nak duplicate kunci bleh call nombor telefon diatas..hehe. Ini bukan iklan berbayar. Tapi moshuchi dah bayar dua ringgit kat apek tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wahahaahaha! jeles la pulak orang reject dapat gi Genting! rilek la oi. kedai kunci bergerak tu mmg cool la. teruskan carutan anda berdua!
BalasPadamamboi labu, cekap2.
BalasPadammasa bila ko amik gambar pun aku tak sedar.
untuk pengetahuan ye, Moshuchi adalah lelaki yg berbaju kemeja putih tu ye, bukan yang 'besar' tu ataupun yg baju hitam berbelang-belang tu.
betullah, orang Melayu tak pandai rebut peluang apatah lagi nak mencari peluang. Fikir-fikirkan.
satu lagi untuk pengetahuan ye..Moshuchi tidak pernah sama sekali mengeluarkan atau mengucapkan dialog-dialog seperti dalam artikel di atas. Harap maklum...hampeh labu.
BalasPadamwooiisshh.. haha.. itu mosshuchi ada cakap dalam hati maaa..
BalasPadamkedai tu dah berpuluh tahun ada kat situ.. nampak ja mcm tu.. ada 2-3 biji bmw n merc tuh.. aku slalu gi kat apek ni kalau nak buat kunci.. kira expert tuh..
BalasPadamapek arrr... lu mmg pencari peluang ha... dlm kesempitan ada kesempatan wooo.... gua tabik spring la lu ada belani bt idea ini mcm.....
BalasPadamas kum semua, saya ingin mempelajari ilmu membuat kuci, sesiapa yang tahu dimana tempat kursusnya tolong panjangkan kepada saya, t.kasih
BalasPadamingin belajar ilmu kunci call saya..
BalasPadamnik 0145002814