Isnin, 30 April 2007

leLabu Jr

Inilah leLabu Jr. Belum apa-apa dah pandai melompat.. :razz:

lelabu jr

Gambar ni masa Dr nak ukur dan tentukan berapa usia dia, jadi tak jelas sangat. Masa dok scan tu, dengan jelas nampak badan dia, kepala dia, kaki dia, tangan dia. Siap melompat lagi..Dr pun terkejut...

Actually ini waris kedua. Tapi yang pertama hari tu keguguran... :sad:

So, yang ni kena jaga elok-elok. Kena tatang bagai minyak yang penuh nih. :razz:

Jumaat, 27 April 2007

Gelaran Yang Dipertuan Agong Disalah Sebut

Salam pertemuan,

Hari ini cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke 13, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Mizan

Saya menonton istiadat pertabalan ini di tv pagi tadi.

Cuma saya ingin mewar-warkan perkara ini. Kesalahan dalam menyebut gelaran Yang Dipertuan Agong. Semua pengacara di RTM1 dan juga TV3 tadi menyebut gelaran dengan tidak betul. Mari saya betulkan...(hehe, macam terer lak.. :razz: )

Inilah pentingnya tahu sedikit tulisan jawi dan sedikit bahasa Arab.

Perkataan yang selalu silap disebut adalah "Al-Wathiqu". Rasanya semua menyebut "al-wa-ti-qu". Ramai yang menyebut "thi" sebagai "ti". Sebenarnya huruf "th" itu menggantikan huruf tsa, huruf keempat dalam tulisan jawi. Saya tidak tahu kenapa huruf "th" digunakan, kerana biasanya "ts" digunakan. Ejaan Al-Wathiqu dalam jawi adalah alif-lam-wau-alif-tsa-qaf. Jadi sebutan itu sepatutnya "al-waa-tsi-qu" (di mana "tsi" bunyinya huruf tsa, dan qu itu dibunyikan huruf qaf..)

Saya tidak pandai sangat bahasa Arab, maka saya tak pasti apakah maksud kedua-dua wathiqu dan watiqu itu, jika kedua-duanya bermaksud yang baik-baik, itu tidak mengapalah. Tapi kalo watiqu itu maksudnya tidak baik, maka kita mendoakan yang tidak baik pada Yang Dipertuan Agong kita.

Saya harap, ada yang membetulkan sebutan ini, kerana asal perkataan itu adalah dari bahasa Arab, kemudiannya ditulis jawi, kemudiannya ditulis rumi. Tapi bila ditulis rumi, lain pulak bunyinya...

Sehingga bertemu lagi,

~leLabu~

p/s: Yang tahu bahasa arab tu, apa maksud al-watsiqu dan al-watiqu?

UPDATE

hehe..rupa-rupanya anak buah aku jugak ada masalah nama. Bapaknya bagi nama Athirah (atirah), padahal sebenarnya sebutan dalam bahasa arab atsirah (asirah). Inilah padah terlalu bergantung kepada tulisan rumi. Dan padahnya bila penyalin ke tulisan rumi tersebut menyalin huruf tsa jadi "th".

Kepada sesiapa juga, yang nama anda atau anak anda ada huruf "th", ketahuilah, dalam bahasa arab bunyinya "tsa" bukannya "ti". Sebaik-baiknya, sebut ikut bunyi asal bahasa arab!

Rabu, 25 April 2007

Kereta Opel Kadett Fuad Dalam Bahaya

Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) mencadangkan agar kereta yang sudah berusia 15 tahun dilupuskan dan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di negara ini.
Salam sejahtera,

Bila saya terbaca berita ni dua tiga hari lepas, satu jer yang terlintas dalam kepala saya, kereta Opel Kadett Fuad dalam bahaya! Jadi, maafkan saya kalo tajuk itu mengganggu anda... :smile:

Kalo tanya saya, jawabnya tak setuju! Sebabnya:
  • Saya penah tengok satu kereta Mitsubishi Gallant Sigma Wagon (kereta ni biasanya orang buat niaga pasar malam) masih larat naik bukit Relau (jalan baru ke Balik Pulau) untuk berniaga di Pasar Rabu. Kalo ikut umurnya, rasanya dah lebih 15 tahun.
  • Honda Civic mayat, masih gagah lagi di jalan raya. Agak-agak saya model Civic mayat ni pun dah lebih 15 tahun umurnya.
  • Sekarang tempoh orang buat pinjaman beli kereta dah 7 tahun. Takkanlah baru pakai 8 tahun tanpa bayar ansuran (lepas bebas hutang) dah nak dipotong? Kesian kan?
  • Kesian kat abang saya yang kerja bengkel di Kelantan. Kalo ikutkan, banyak yang datang bengkel dia semua yang pakai kereta lama. Macam kereta Datsun buah hulu, Toyota KE30, Mitsubishi Gallant, dan sebagainya. (fyi, Datsun, nama lama bagi Nissan)
  • Dan yang paling penting, kereta Opel Kadett Fuad dalam bahaya! Kereta yang banyak berjasa, setakat KL-Penang kacang jer, pastu Penang-KB ikut Gerik, sampai jugak Fuad ke kampung. Kereta lama ni memang power. Jadi buat apa nak lupus?
Apa pandangan anda? 12,604 orang rakyat Malaysia berpendapat begini...

kereta 15 tahun lupus

Semoga bertemu lagi,

~leLabu~

Isnin, 23 April 2007

Asal Usul "Doggy Style"..

Salam pertemuan,

Cuba anda tengok gambar ini... inilah yang dinamakan doggy style.. :smile:

Alat mainan anjing

Oh, dia ini kegersangan barangkali. Oh, ini satu idea daripada orang Amerika barangkali. Memberikan anjing-anjing mereka yang gatal itu tempat untuk melempiaskan nafsu... :lol:

alat mainan anjing

Ok, tamat pasal gambar di atas. Cerita lanjut gambar di atas boleh dibaca di sini.

Cerita lain...

Semalam saya menonton rancangan American Inventors di ntv7.

Apa yang dapat saya katakan, memang menarik apabila sesuatu idea diketengahkan. Walaupun kadang-kadang nampak macam bodoh jer idea tu, tapi mereka berani mencuba. Idea-idea yang saya tengok semalam adalah:

  1. Alat untuk training american footbal - tujuannya nak suruh pemain bola tu tangkap bola dengan tangan. Dengan alat ini, nak tangkap bola, mesti guna tangan, dah tak bleh nak tahan ngan dada dulu atau tahan dengan perut dulu. :razz:
  2. Payung yang cara nak tutupnya adalah tarik. Susah lah nak citer macam mana...tapi kelebihan dia, senang bila masuk kereta dalam hujan.
  3. Penyodok pasir yang boleh letak guni kat belakang. Sekali sodok dah terus masuk dalam guni pasir tu.
Taderlah hebat mana pun kan? Memang nampak tak hebat, tapi bila dah dikomersialkan nanti, barulah kita sedar ia satu inovasi yang hebat.

Sebab idea-idea tu ada potensi untuk dipasarkan. Berapa ramai rakyat Amerika yang nak main footbal kan... (ramainyer..) Berapa ramai pulak yang selalu susah nak masuk kereta dalam hujan kan... (semua!) Berapa ramai buruh-buruh Indon di Malaysia..ramai! Opps,..soklan terlari topik.

Point saya, walaupun kita rasa idea kita tak sehebat mana, tapi bila dikomersialkan, ia sememangnya hebat!

~leLabu~

Majulah Bloggers Untuk Negara!

Salam pertemuan,

Oh, anda pasti perasan yang sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam blog ada!

Ada yang cerita pasal nak cari duit dan ada yang cerita pasal hal-hal peribadi. Yang pasti, berblog sudah menjadi budaya di seluruh dunia. Kenapa? Kerana blog boleh jadi tempat luahkan perasaan - biasanya kalo geram kat orang saya bleh kutuk dia kat dalam blog dan blog juga boleh menjadi tempat mencari wang tambahan.

Sebenarnya saya nak cerita pasal satu company dari Malaysia ni, yang terlibat dalam pengiklanan. Ya, kalo anda perasan di sidebar saya ada satu poll. Oh, apa kaitannya poll dengan iklan? Poll itu akan bertukar menjadi iklan sedikit masa lagi. Tak percaya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...