Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) mencadangkan agar kereta yang sudah berusia 15 tahun dilupuskan dan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di negara ini.Salam sejahtera,
Bila saya terbaca berita ni dua tiga hari lepas, satu jer yang terlintas dalam kepala saya, kereta Opel Kadett Fuad dalam bahaya! Jadi, maafkan saya kalo tajuk itu mengganggu anda... :smile:
Kalo tanya saya, jawabnya tak setuju! Sebabnya:
- Saya penah tengok satu kereta Mitsubishi Gallant Sigma Wagon (kereta ni biasanya orang buat niaga pasar malam) masih larat naik bukit Relau (jalan baru ke Balik Pulau) untuk berniaga di Pasar Rabu. Kalo ikut umurnya, rasanya dah lebih 15 tahun.
- Honda Civic mayat, masih gagah lagi di jalan raya. Agak-agak saya model Civic mayat ni pun dah lebih 15 tahun umurnya.
- Sekarang tempoh orang buat pinjaman beli kereta dah 7 tahun. Takkanlah baru pakai 8 tahun tanpa bayar ansuran (
lepasbebas hutang) dah nak dipotong? Kesian kan? - Kesian kat abang saya yang kerja bengkel di Kelantan. Kalo ikutkan, banyak yang datang bengkel dia semua yang pakai kereta lama. Macam kereta Datsun buah hulu, Toyota KE30, Mitsubishi Gallant, dan sebagainya. (fyi, Datsun, nama lama bagi Nissan)
- Dan yang paling penting, kereta Opel Kadett Fuad dalam bahaya! Kereta yang banyak berjasa, setakat KL-Penang kacang jer, pastu Penang-KB ikut Gerik, sampai jugak Fuad ke kampung. Kereta lama ni memang power. Jadi buat apa nak lupus?
Semoga bertemu lagi,
~leLabu~
Aku baru aje jual honda civic yang diguna sejak 1990, 11 bulan yang lepas. Masih elok and I got 9K for it. Aku tak setuju dengan langkah yang ingin diambil oleh kerajaan Malaysia. Sebab utama - kereta baru kat Malaysia ni mahal nak mampus. Harga sebiji Wira, oops .. Gen2 kan sekarang, terlalu tinggi jika dibandingkan dgn kosnya. Kat negara lain, budak yg baru start kerja dah boleh pakai kereta baru, kat Malaysia, kereta 2nd hand aje lah yang mampu.
BalasPadamerr, rasanya ini baru cadangan Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), bukan cadangan kerajaan lagi.
BalasPadamalah, diorang ni nak suruh org beli kereta la ni. kan ker jualan keta lembab sekrg nih. so, diorg bg la mcm2 cadangan nak cover periuk nasi diorang.
betul.. ada agenda depa ni.. abis, takkan aku nak buang van nissan aku yang banyak berjasa pada aku, kan?
BalasPadamsorry ... ah.. but to me, apa saja yg keluar kat paper/tv ada kaitan dgn kerajaan walaupun it's from FMCCAM
BalasPadamNak kereta laku senang jer. Semua jenis kereta proton dijual pada harga kurang RM10000 dari harga skrg. Gerenti berebut org beli. Org Malaysia punya selera ialah besar, murah, jimat, dan tidak menimbulkan masalah. Gerenti laku. Tak caya, cuba turunkan harga!!
BalasPadamambo pkai opel kadett slambo jah wat berulang dr Kota bharu g kuala Berang...
BalasPadam