Jumaat, 13 April 2007

Ha..Kan Dah Kata!

Salam pertemuan semua,

Sudah lama menunggu saat ini, akhirnya kita semua mendapat kepastian.

Kalo ada yang nak pertikaikan keputusan yang dibuat ni, saya nak tanya balik, "Awak tu sapa? Awak tahu pasal agama ker? Awak tu tahu nak buat hukum halal haram ker? Kalo awak tak tahu, terima jer lah fatwa orang yang sememangnya tahu ni!"

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan sebarang pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap serta pameran jin, hantu dan keranda adalah haram.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata skim pelaburan seumpama itu, seperti yang ditawarkan Swiss Cash Mutual Fund, didapati mengandungi unsur riba.

Beliau berkata, berdasarkan rujukan beberapa ayat al-Quran, majlis itu mendapati pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap tidak dibenarkan.

"Kita menasihatkan umat Islam yang membuat pelaburan melalui internet supaya menghentikannya serta-merta.

“Masih banyak skim pelaburan berlandaskan Islam yang disediakan kerajaan, boleh disertai umat Islam,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah ke-77 majlis itu di Kuala Terengganu. Muzakarah tiga hari bermula Selasa lalu itu disertai semua mufti.

BH 13.04.2007


p/s: kepada kawan-kawan saya, yang rancak ber SwissCash, udah-udah ler tu! Tak payahlah kita nak bagi makan anak-anak kita dengan sumber yang haram.

6 ulasan:

  1. ini satu respons yg dihantar ke email saya:

    Kepada semua yang ingin mengetahui kenapa ini terjadi...

    Saya adalah seorang dari yang terlibat dalam skim jutawan ini...sebelum ini saya ada cerita mengenai perkara ini yang akan terjadi kepada beberapa kawan saya dan akhirnya terjadi perkara demikian..ini adalah kerana Bank di Malaysia telah mendapat impak dari skim jutawan dan menyebabkan banyak orang tidak membuat pinjaman dari bank dan hasil dari itu bank telah kerugian sebanyak 23% dari sektor kewangan..Hasil dari itu pihak bank meminta supaya kerajaan masuk campur untuk mengelakkan kerugian dari pihak bank.

    Dangan itu kerajaan membuat keputusan supaya Majlis Fatwa Malaysia mengistihar bahawa skim internet yang menjana kekayaan ini diharamkan, dengan itu orang Melayu tidak akan lagi memasuki mana-mana skim tersebut.

    Saya berasa dukacita apabila mendengar perkara itu, tapi kalau nak kira haram kenapa pinjaman bank dan kad kredit tak haram sedangkan ia ada riba.....ia ada 'bunga' senanyak 3%,4.5% setahun sama juga so kira haram ler kalu kita yang kena bayar..fikirkan sebelum anda membuat atau menghantar sebarang maklumat mengenai perkara diatas.


    Pesan saya: fikir akhirat la bro..HARAM tetap HARAM. Bank walaupun dia ada bunga, tp utk yg Islam dia bg altenatif perbankan Islam. Swisscash ada guna konsep yg Islamik atau bagi alternatif yg Islamik?

    BalasPadam
  2. Biasa la labu...Masih ada juga org yg nak tegakkan benangnya yg sememangnya dah basah tu.... :) Ada yg email saya siap kata ulamak2 tu bukannya pakar dalam bidang ekonomi. So, dia orang tak tau apa2 tentang pelaburan2 mcm ni... Macam la dia orang tu pakar pulak ttg pelaburan. Sedangkan Azizi Ali pun dah awal2 lagi sanggah tentang pelaburan2 mcm ni.

    Eh...cik lelabu, kita ni sebenarnya berdekatan jer ni. Saya kat Bayan Baru jer. Bila bole jumpa ekk... Kadang2 tu ada gak ke Lik Lau. Macam mana nak kontek ni? Tinggalkan no hp ker kat blog saya nanti. Bole gak kita borak2 ttg blog ke suatu hari nanti.

    BalasPadam
  3. jimieray: saya dulu pun dok bayan baru gak, kat bukit gedung. tp dah lepas kawin nih dok balik pulau plak..no h/p ada kat "about". insya-allah, kalo ada masa kita bleh jumpa kenal-kenal..

    BalasPadam
  4. Uikkk....kat Bukit Gedung kaa....
    Satu tempat la kiter. Saya kat Persiaran Mayang Pasir 5.

    BalasPadam
  5. tiada apa yang dapat kukatakan selain dari rasa kesiaaan... kesiaaaan... kesiaaaan...

    menangis tak berlagu... tapi lagu hari raya laaa.

    pelabur jadi arang, tajaan jadi abu... semuanya tak menjadi...

    tiada apa yang yang hendak kukata...

    itulah degil sangat...

    lagi baik buat duit dengan blog, tak rugi apa-apa pun.... wahahha

    kalu dah sesal pendapatan tu... bemakna kena kembali ke pangkal jalan... masih ada peluang kedua untuk meneruskan hidup...

    yang berlalu biarkan berlalu... bangun semuladari kesilapan yang lepas...jadikan ia sebagai pedoman masa depan. letakkan dalam kepala minda separa sedar kita...

    skim cepat kaya akan cepat koyoo...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...