Oh, anda pasti perasan yang sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam blog ada!
Ada yang cerita pasal nak cari duit dan ada yang cerita pasal hal-hal peribadi. Yang pasti, berblog sudah menjadi budaya di seluruh dunia. Kenapa? Kerana blog boleh jadi tempat luahkan perasaan - biasanya kalo geram kat orang saya bleh kutuk dia kat dalam blog dan blog juga boleh menjadi tempat mencari wang tambahan.
Sebenarnya saya nak cerita pasal satu company dari Malaysia ni, yang terlibat dalam pengiklanan. Ya, kalo anda perasan di sidebar saya ada satu poll. Oh, apa kaitannya poll dengan iklan? Poll itu akan bertukar menjadi iklan sedikit masa lagi. Tak percaya?
Advertlets.com
Ini adalah satu program pengiklanan di blog yang semakin popular. Senang cerita, anda akan dibayar apabila blog anda menyiarkan iklan dari Advertlets.com.
Atau kata tuan punya:
Advertlets.com is an Asian blog/weblog advertising network that offers the remarkably sensible proposition of targeted, unintrusive advertising that benefits the online advertising and blogger community, as well as their readers.
Kenapa saya mendaftar dengan Advertlets.com ?
Sudah tentu kerana saya boleh membuat duit dengan memaparkan iklan di blog saya ini. Oh, sudah pasti iklan yang disiarkan di blog saya ni amat relevan dengan anda. Sebab itulah ada poll, tujuannya mahu mengetahui apa yang menjadi minat anda-anda semua. Jadi, jangan lupa ambil bahagian dalam poll tersebut!
Ok, saya tahu anda risau sama ada anda akan diterima sekiranya anda ingin mendaftar. Jawapan saya: anda pasti diterima.
Blog yang mempunyai pengunjung unik 100 ke atas layak mendaftar untuk program ini. Jadi anda janganlah risau. Jika anda seorang blogger sejati, sudah pasti anda mempunyai pengunjung unik melebihi 100 orang!
Jangan berlengah lagi. Jom putting the bling in blogging. Malaysia Boleh! Majulah Bloggers Untuk Negara!
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan